Assalamualaikum dan salam sejahtera .
Beli Betik Potong RM1 Selalu kalau keluar pergi bercuti ke mana-mana tempat, of course la wajib singgah mana-mana RnR . Selain ke toilet, aktiviti yang kedua adalah beli jajan, makanan yang mengenyangkan dan tak lupa juga buah-buah potong . Hahh memang wajib tau . Al-kisahnya dua tiga hari ni memang teringin buah betik , cari punya cari mujur ada yang jual betik potong ni .terus ambil tiga potong ..kalau nak beli sebiji terus takut membazir , kalau tak sempat habiskan sebiji takut betik akan rosak dan masam .. So CCL hanya beli sepotong betik ni hanya RM1 sahaja . Tempat korang masih lagi harga RM1 juga ke ?
Betik ni bagus untuk kesihatan tubuh badan , sebabnya ia sarat dengan vitamin dan mineral . Tambah pula isinya oren kemerahan memang penuh dengan khasiat la . Sedikit info untuk korang juga pengambilan betik ni juga kaya dengan vitamin C , Satu potong ada lebih 150% vitamin C sekaligus dapat membantu menghapuskan lendir , kahak dan melegakan sinus .
Yang lagi menarik tentang betik ni ia mengandungi kandungan serat air yang tinggi . So korang yang mana ada masalah sembelit ,kembung perut memang amat digalakkan untuk makan betik untuk melancarkan sistem penghadaman .
So sebenarnya banyak lagi khasiat-khasiat yang ada pada buah betik ni . So korang jangan lupa sekali sekala makanlah buah betik .
12 Ulasan
susah nak dapat betik dah sekarang kalo bukan di rnr. Hehe
BalasPadamsuka buah betik....
BalasPadamLama tak jumpa betik RM1..selalu kalau kat R&R takut nak tengok harga, ambil je lah sebab nak makan..haha
BalasPadamssh dah nak jumpa buah potong mcm ni sekarang..:)
BalasPadammasih seringgit jugak rasanya
BalasPadamNona suka betik!! Memang bagusss.. kat sini.. kalau fresh lagi.. rm2, kalau dah petang nk ke malam, harganya t bertuko la jadi rm1 😅
BalasPadamAkak kurang suka buah betik sebab rasanya kurang sedap di tekak.
BalasPadamTapi baru2 ni encik suami bawa balik betik dari ladang di Perlis atau Kedah (lupa mana satu), sedap manis. Sayangnya betik tu cuma untuk jualan eksport, tak boleh nak membeli.
lama tak makan betik.. nampak sedap
BalasPadamSelalu makan betik. Sesekali masak sup ayam dengan betik mengkal. Sedap.
BalasPadamPaling suka buah betik.. Letak dalam peti ais bagi sejuk kemudian belah dua.. buang biji dan scoop guna sudu.. Kalau yang tua tapi belum lebik pula cicah dengan air asam.. pergh!!
BalasPadamBetik ni kalau makan sejuk-sejuk memang sedap sangat.
BalasPadammurah tu singgit..kat KL ni rasanya tak dapat harga tu..paling murah 2 ringgit..tapi okey lah dalam kategori mesra poket..suka gak buah betik ni tapi riso nak makan selalu, takut lawas sangat..haha...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan