Kelebihan Surah Al-Kauthsar

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Kelebihan Surah Al-Kauthsar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


AGAMA , INFO , SURAH AL-KAUTHSAR, KELEBIHAN SURAH AL-KAUTHSAR, AYAT PENDEK SURAH AL-KAUTHSAR

Pelbagai kelebihan terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian..

    BalasPadam
  2. Suka baca surah ni dalam sembahyang sebab pendek

    BalasPadam
  3. Terima kasih perkongsian yang baik...
    Baru beberapa hari lepas dengar ceramah,kata ustaz surah ini juga bagus diamalkan untuk membuatkan orang suka dan selesa dengan kita..Masya Allah banyaknya kelebihan surah ini walau hanya 3 ayat

    BalasPadam
  4. Banyak kelebihan surah ini untuk kita amalkan. Thanks, CCL.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. good sharing..

    BalasPadam
  6. pendek je ayatnya.. tp kelebihan sngt bnyk.

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas perkongsian. Walaupun pendek tapi banyak kelebihannya. Semoga menjadi amalan

    BalasPadam
  9. alhamdulillah good sharing ccl...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan