Assalamualaikum dan salam sejahtera
Doa Masuk Bulan Rejab Sedar tak sedar, pada hari Isnin, 23 Januari 2023, kita akan sama-sama melangkah masuk ke bulan Rejab.Kurang daripada 70 hari pula kita bakal bertemu lagi dengan bulan Ramadan.
Seperti bulan Ramadan, Rejab juga merupakan salah satu bulan yang tergolong dalam bulan-bulan haram dalam Islam.Sempena menyambut kedatangan bulan Rejab yang bakal tiba, jom kita bersama-sama lafazkan doa masuk bulan Rejab seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Doa yang hangpa boleh amalkan ketika memasuki bulan Rejab adalah seperti berikut :
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan
Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
[HR Baihaqi]
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kelebihan Surah Al-Kauthsar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai kelebihan terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
LAFAZ NIAT PUASA HARI ARAFAH HARI KE-9 DALAM BULAN ZULHIJJAH Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar.
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a, Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka baginda bersabda :
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (HR Muslim)
LAFAZ NIAT PUASA HARI ARAFAH
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلِّهِ تَعَالَى
Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala.
AMALAN PADA HARI ARAFAH
Hari ni selepas masuk waktu Maghrib dah masuk hari 9 Zulhijjah 1442H / 19 Julai 2021 .
1. Puasa hari Arafah ( jom esok kita semua berpuasa nak )
- akan diampuni dosanya setahun yg lalu dan setahun akan datang .
2. Perbanyakkan berzikir - 1000x
لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ
يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ
3. Perbanyakkan baca surah Al - Ikhlas 1000x dimulai dgn Bismillahirrahmanirrahim
-manfaatnya adalah apa sahaja yg kita minta , kita Doa . In Shaa Allah esok hari Allah akan perkenankan .
4. Perbanyakkan berSedekah . ALLAH akan limpahkan rezeki kita .
- sebab esok 9 Zulhijjah hari Arafah sebelum kita menyambut hari Raya Aidiladha .
Semoga menjadi manfaat buat kita semua .
Lafaz Niat Puasa Hari Tarwiyah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
LAFAZ NIAT PUASA HARI TARWIYAH DI HARI KE-8 BULAN ZULHIJJAH Esok merupakan hari kelapan Zulhijjah dan dinamakan hari Tarwiyah. Hari Tarwiyah ini mempunyai dua maksud menurut Imam Ibn Qudamah iaitu hari di mana para jemaah haji mempersiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah dan yang kedua adalah hari di mana Nabi Ibrahim AS mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.
Ayuh kita gandakan amalan di sepuluh Awal Zulhijjah ini dengan melaksanakan amal-amal soleh antaranya berpuasa.