Beli Set A&W Beary Family Box

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli Set A&W Beary Family Box  Sempena birthday Mak kelmarin ni,  hanya sempat wish, masing-masing kekangan masa bekerja. Tapi tak bermakna lupa. Lambat atau cepat kami adik-beradik tetap akan sambut birthday mak walaupun hanya beli sebiji kek mahupun buat makan sikit-sikit untuk family . 

Menu di A&W, ayam goreng A&W , recomended menu A&W, spicy aroma chicken A&W, curly fries A&W,  rootbeer A&W, beary family box A&W

Malam ni seusai habis kerja CCL singgah A&W.  Beli makan-makan sikit . Nak singgah KFC ? Ohh tidak semestinya sudah boikot, lagi pun KFC sekarang ni kualiti ayam tak macam dulu . Saiz ayam makin mengecil .  Ayam tak fresh kadang tulang ayam pun dah nampak hitam-hitam . So A&W kan produk bumiputra Malaysia . So support lah . 

Menu di A&W, ayam goreng A&W , recomended menu A&W, spicy aroma chicken A&W, curly fries A&W,  rootbeer A&W, beary family box A&W

CCL beli set combo Beary Family box . Dapat apa? Hahh dalam satu box ni ada 
  • 5 ketul ayam goreng
  • 2 Curly fries 
  • 2 botol rootbeer

Puas hati makan ayam goreng dari A&W ? 
1 box yang CCL beli tu ada 5 ketul ayam goreng . Sangat berpuas hati , saiz ayam pun boleh dikatakan agak besar juga. Seorang seketul pun dah cukup kenyang . Untuk pemilihan ayam ni ada dua iaitu bagi korang yang tak suka pedas korang boleh pilih ' Golden Aroma Chicken' manakala kalau korang suka pedas boleh cuba 'Spicy Aroma Chicken' . Disebabkan family semua suka pedas, CCL decide pun pilih 'Spicy Aroma Chicken' .  Sedap !!  Rasa perapan gabungan rempah pada ayam tu . Pedas tu tak ada la terlalu pedas , just nice gitu haa ..  setiap ketulkan ayam tu memang rangup.

2 box Curly Fries L
Hadir dengan  Curly Fries 2 box bersaiz L . Memang banyak. Kentang biasa la kena terus makan panas-panas sudah semestinya rangup. Rangup di luar lembut di dalam ..githuu . 

2 botol Rootbeer 600ML
Set ni juga lengkap sekali dengan minuman . Rootbeer 600ML dari A&W  . Untuk minuman ni CCL tak berapa sangat , sebab bagi CCL minuman ni agak manis la . Kalau nak minum  kena tambah air kosong sedikit untuk hilangkan rasa manis tu . 

Overall memang sangat berpuas hati beli Beary Family Box ni. Boleh repeat lagi nanti .






Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. dah lama tak ke A&W. area rumah ni takda A&W. last pergi 4 5 tahun lepas kot masa lawat anak kat asrama. ni dah boikot ni lama tak makan ayam goreng. kena cari la pasni









    BalasPadam
  2. Semoga emak sihat2 selalu hendaknya

    BalasPadam
  3. lama x makan... MA suka curly fries nya...dappp

    BalasPadam
  4. Lama tak makan Curly Fries tu.. Sini paling dekat pun dekat jejantas sg buloh.. huhuhu..

    BalasPadam
  5. Lama benor tak makan A&W. Dulu suka makan fries. Sedap. Lagi sedap dari fries special KFC. Tapi ayam goreng A&W keras. Dulu lah. Sekarang tak tahu macam mana. Air beer float yang diorang jual paling best.

    BalasPadam
  6. A&W bukannya asal dari California ya kak? Under perusahaan Lexington . Tapi sama dengan McD dan KFC, license nya dipegang di beberapa company di negara2 lain termasuk Malaysia dan Indonesia juga ada. Tp asal seingat saya dia dr Amerika.

    Cuma masalah dia support atau tak, saya tak tahu. Krn di antara semua franchise, saya masih makan kalo AW. KFC dan McD memang tak nak

    BalasPadam
  7. betul, kadang layan jugak A&W ni bila dah bosan dengan KFC @ McD..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan