Certot : Lemon

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Lemon Adik aku ni badannya besar. Bagi aku, dia taklah besar sangat pun. Tapi mungkin sebab hari tu dia balik rumah menangis-nangis kena ejek dengan kawan sekelas, dia pun berazam nak kurus. Ada satu malam tu, aku nampak dia makan lemon. MAKAN! Bukan minum jus lemon. Dia potong nipis-nipis dan gigit lemon tu macam tak ada perasaan. Aku yang tengok sahaja pun terasa masamnya sampai ke hujung lidah.



“Dik! Kenapa kau makan macam tu? Tak masam ke?”

Dengan wajah tak beriak, adik aku jawab, “Orang cakap makan lemon boleh kurus. Masam, tapi beauty is pain….”

Parah! Dia betul-betul terpukul dengan ejekan kawan-kawannya tu. 

“Kau tak adalah gemuk sangat, dik. Tak payahlah dengar cakap kawan-kawan kau tu.”

“Tapi adik nak kurus….”

Aku peluk bahunya. Aku gosok-gosok rambutnya yang seperti sabut kelapa itu. Tak tahu nak pujuk macam mana lagi, aku bawa diri ke dalam bilik. 

Besoknya, aku nampak adik keluar masuk tandas. Sampaikan ibu tak benarkan dia pergi sekolah. Dibuatnya tercirit dalam kelas, lagi parah. Aku lihat dia yang sedang terdampar di atas sofa ruang tamu. 

“Kak… adik dah tak nak kurus.”

Ketawa terbahak-bahak aku dibuatnya. Penangan lemon memang hebat. Mana dia belajar makan lemon boleh kuruskan badan pun aku tak tahulah.


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Lemon bagus sebagai sumber vitamin C...saya pun ada terdengar lemon boleh menyebabkan kurus...betul atau tidak saya tidak pasti

    BalasPadam
  2. kalau perut x biasa mmg cirit laa jawabnya

    BalasPadam
  3. kalau perut x biasa mmg cirit laa jawabnya

    BalasPadam
  4. Saya baca ini pun langsung terasa asamnya lemon tuh 🤣🤣🤣. Hebat sangat kalo sampai ada yg tak mengernyit muka keasaman saat makan 😅😄

    BalasPadam
  5. betul but ada caranya .. rasa nya minum air lemon tanpa gula pun ok dah but with exercise of coz....ala..x kisah la gemuk ke kurus..janji sihat. ada je yg gemuk pun cantik & comel..kannn?

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan