Assalamualaikum dan salam sejahtera
Certot : Teknologi Canggih VS Orang Lama Dr. Norizan merupakan seorang pensyarah di salah sebuah universiti awam. Beliau cukup berpengalaman dalam bidang Polisi dan Kemapanan Alam Sekitar. Proses mengajar kini cukup berbeza berbanding dahulu. Perlu mahir menggunakan teknologi seperti peranti digital dan aplikasi yang berbagai-bagai namanya.
“Susah betul nak siapkan bahan mengajar dan video animasi digital sekarang ni. Orang tua manalah pandai nak bermain dengan teknologi ni. Dah macam kena pakai kanta pembesar nak cari semua aplikasi,” rungut Dr. Norizan dalam pejabatnya.
Datang seorang pelajarnya menghantar laporan tesis.
“Kenapa, prof?” Itu panggilan yang biasa digunakan oleh para pelajar ketika berbicara dengannya.
“Saya nak siapkan video animasi tentang alam sekitar untuk kuliah nanti. Dah setengah jam membelek cari setiap tools ni. Saya tak pandai. Kamu boleh tolong saya?”
“Boleh, prof,” jawab si pelajar tanpa menolak permintaan guru penyuluh hidupnya itu.
“Dah siap, prof.”
“Cepatnya!”
Orang muda sememangnya mahir membelek aplikasi video animasi seperti ini. Zaman orang tua sepertinya dahulu, hanya perlu tulis di plastik lut sinar, diletakkan pada alat khas, tekan suis lampu, keluarlah imejnya di skrin depan. Teknologi sangat laju berkembang.
9 Ulasan
Betuuuul. Anak saya yg masih 11 dan 8 tahun jauh lebih pandai pakai aplikasi di gadget mereka 🤣. Saya pula nak edit video saja hrs minta bantuan si kakak 😄
BalasPadamPengetahuan semakin maju dan kita di tuntut untuk mengikuti perkembangan jaman dan teknologi.
BalasPadamhaah betul tu, yg senior usianya mmg agak struggle utk adapt dgn teknologi tools canggih zmn skrg ni
BalasPadambetul.. zaman berganti zaman.. semua dh berubah trmasuk teknologi smakin canggih
BalasPadamTak ada yg lama, tak ada la yg baru...
BalasPadamRabia skrg pun kena edit video aktiviti kanak kanak . hari tu cuma snap gmbr je
BalasPadamDunia TMK sekarang ni rasa tak terkejar!
BalasPadamBertabah lah wahai Dr. Norizan. 😅
BalasPadamBetul tu.. Anak-anak sekarang lagi advanced berbanding kita dulu..
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan