Selesai Pengebumian Arwah Wan Hassan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selesai Pengebumian Arwah Wan Hassan Alhamdulillah.. alhamdulillah selesai sudah pengebumian arwah Wan Hassan . Semuanya dipermudahkan segala urusan dengan cepat . Selesai dimandikan dan solat jenazah dirumah, diiring dengan van jenazah ke kubur berdekatan rumah CCL . 



Jenazah Wan Hassan dikebumikan di sebelah kubur arwah tok, cuma selang satu kubur sahaja . Mujur cuaca pagi ni tenang-tenang sahaja . Mendung tak hujan . Panas tak terlalu panas . Disebabkan semalam hujan . Keadaan tanah merah kat kubur agak  lembab sedikit . Liang lahad hanya ada air sedikit sahaja, mereka pam sedikit untuk keluarkan air dalam liang lahad supaya senang untuk dikebumikan nanti. 


Arwah tok meninggal tahun ni juga bulan tiga sehari sebelum kita semua sambut Ramadan . Selepas 4 bulan pemergian arwah tok , hari ni arwah tokwan pulak menyusul ke sana .  Redha dengan pemergian mereka berdua tanpa sakit kronik . Arwah tok dan arwah wan menghembuskan nafas di rumah . Redha dengan pemergian mereka . 

Al-fatihah arwah Wan Hassan , lapangkan kuburnya Ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan arwah Wan Hassan di akhirat sana . 



Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Allahu Akbar.
    Segalanya dipermudahkan. Tentu semasa hayat kedua-duanya masih ada, banyak amalan baik yang mereka lakukan.

    BalasPadam
  2. Innalillahiwainnailahirajiun.
    Ya Allah mati itu pasti dan kami akan menyusul kemudian.

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah.. moga lapang kuburnya & ditempatkan bersama org-org beriman aminnnn

    BalasPadam
  4. Kematian yang mudah, tanpa sakit kronis dan musibah apapun. Insyaallah almarhum ditempatkan di kalangan muslim yg dicintai Allah ya kak 🤗

    BalasPadam
  5. Al fatihah buat arwah, moga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

    BalasPadam
  6. Semoga tenang roh mereka di sana..

    BalasPadam
  7. Salam takziah Lyana dan keluarga. Semoga arwah ditempatkan bersama sama mereka yang beriman. Semoga semua tabah dan sabar hadapi dugaan ini. Aamiinn...

    BalasPadam
  8. Semoga arwah tenang di sana...amiin

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan