Certot : Lukisan Buku Latihan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Certot : Lukisan Buku Latihan"Hah, tidur!” Aku menepuk mejanya dengan kuat. Tersentak badan Ahmad, lantas dia duduk dengan tegak. Dia mengesat mulutnya yang dibasahi air liur basi. Buku latihannya juga habis dibasahi air busuk itu. 

Certot

“Mana ada, cikgu. Saya terlelap je,” balas Ahmad perlahan.

“Sampai basah buku tu awak kata terlelap. Entah-entah dah sampai Afrika mimpinya.” 

Ahmad yang baru perasan segera mengelap buku itu. 

“Latihan dah siap belum?”

“Belum.”

“Hah, siapkan!”


Tamat sahaja kelas itu, aku terus mengumpul buku latihan para pelajar lalu bergerak ke bilik guru. Buku-buku itu aku tanda satu per satu. Sampai ke buku Ahmad aku jadi geli nak buka bila mengenangkan air liur dia yang kolam tadi tu. Aku gagahkan juga sebab ini adalah tanggungjawab seorang guru untuk menanda latihan pelajar. 

Disebabkan basahnya bahagian depan, aku buka dari belakang. Selak sahaja kulit belakang, aku nampak lukisan yang sangat cantik. Gambar aku tengah mengajar. Umum tahu Ahmad bukanlah pelajar pintar, tapi aku terkagum-kagum melihat hasil seni Ahmad. 

Keesokannya aku panggil Ahmad sebelum perhimpunan pagi bermula dan katakan kepadanya, “Mad, kamu nak tak kalau cikgu sponsor kamu masuk kelas seni?”

Laju Ahmad mengangguk. Sejak itu bermulalah perjalanan hidup Ahmad dalam bidang seni. 

15 tahun kemudian, aku adalah orang pertama yang Ahmad cari setelah dia pulang dari luar negara untuk pameran antarabangsanya yang pertama. Ahmad itu sudah senang sekarang. Dan aku tumpang berbahagia untuknya.



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. dia xpndai dlm pelajaran tp dia sgt berbakat dlm melukis..
    disebalik kekurangan dia ada kelebihan yg Allah bg..

    BalasPadam
  2. dia xpndai dlm pelajaran tp dia sgt berbakat dlm melukis..
    disebalik kekurangan dia ada kelebihan yg Allah bg..

    BalasPadam
  3. Setiap anak ada kelebihan dan kecenderungan masing-masing yang bila digilap akan membuahkan hasil.

    BalasPadam
  4. setiap kita berbeza
    kelebihan tersendiri

    BalasPadam
  5. terima kasih cikgu, sebab bantu Ahmad...

    BalasPadam
  6. so true..disebalik kekurangan, pasti ada kelebihan masing2....

    BalasPadam
  7. begitulah setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2 . asalkan kelebihan yg ada tu diguna sebaik mgkin

    BalasPadam
  8. teringat ex classmate ms sek keb dulu. blkg buku latihan dia byk lukis gmbr kereta. mcm2 jenis kereta. selalu dia gn buku latihan yg x pakai lg. bla kelas PS, lukisan dia selalu dpt tampal dpn kelas.alhamdulillah skrg dia engineer kat Proton

    BalasPadam
  9. setiap anak2 ada kelebihan..kekurangan dari segi pendidikan tapi mahir dalam bidang lain macam ahmad ni pandai melukis...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan