Aktiviti Shredded Paper . Lupuskan Report-Report Lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Aktiviti Shredded Paper . Lupuskan Report-Report Lama Dalam entri minggu lepas CCL ada cerita kena spring cleaning office . Kalau yang belum baca boleh laa singgah link ini .  Nak mengemas dan nak buang barang-barang yang dah rosak . Paling lambat part nak kena shredded report-report lama . Memang ambil masa yang lama . 

Barang-barang yang rosak tak boleh dipakai memang dah buang ..terutamanya printer, telefon office yang dah tak boleh pakai tu .

shredded paper, mesin pengisar kertas, mesin shredded paper

Hari ni teruskan lagi aktiviti Shredded paper . Mujur laa mesin ni heavy duty shredded yang sekali shredded boleh la letak helaian kertas tu banyak keping . Kalau letak sekeping dua keping mak oiii lagi lambat kerja ..  dua tiga hari ni mesin ni memang kena kerja keras sikit laa sebab berkotak-kotak kertas nak kena lupuskan . . Kadang shredded paper ni sampai tersangkut kertas . Bukan disebabkan terlalu banyak helaian kertas yang dimasukkan , tetapi lama sangat guna sehinggakan mesin tersebut lanas, terpaksa berhenti dahulu biar mesin ni sejuk baru lah sambung kembali . 


shredded paper, mesin pengisar kertas, mesin shredded paper

Kelmarin dan hari ni .. untuk dua hari ni dapat la shredded paper 3 plastik beg besar ni .. nak dapatkan sebanyak ni pun jenuh juga . Ni baru settle shredded paper dua kotak besar ..ada lagi beberapa kotak .. aduhaii agaknya boleh settle sebelum ujung bulan ni laa ..


shredded paper, mesin pengisar kertas, mesin shredded paper

Shredded paper siap ikat bagi kemas , risau terbuka atau tertumpah satu hal pula nak kena cari vakum . 


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. banyaknya ..fuh kalau buang ni setimbun kertasnya

    BalasPadam
  2. kerja yg perlukan kesabaran yg tinggi hehehe

    BalasPadam
  3. tak boleh jual ke shredded pepper tu? buat jual lah habuan utk org yg buat surprise giftbox ke hehe

    BalasPadam
  4. Mesin nampak uzur tapi masih boleh bekerja lagi tu. Mesin pun penat bekerja tanpa henti, inikan pula manusia. Ini kalau terbarai, jenuh nak mengutipnya.

    BalasPadam
  5. Isi dalam bantal pun ok jugak ni....

    BalasPadam
  6. aihh, akak part shredded ni tggu mood datang baru buat..nasib kat jabatan akak skrg, boleh mintak tlg pembantu pejabat yg buatkan..kat ofis lama akak dulu, buat lah sendiri...

    BalasPadam
  7. keje ni buat sorang2 mmg letih..

    BalasPadam
  8. nie kena layan sehari terus..kalau simpan2 or tangguh2 memang jadi malas pas tu

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan