Assalamualaikum dan salam sejahtera
18 Julai 2024 : Pemergian Arwah Wan Hassan Kehilangan lagi . Ya kehilangan orang yang tersayang . Kejadiaanya awal pagi tadi sebelum subuh . Arwah Wan Hassan telah meninggalkan kami semua .
Dua tiga hari sebelum arwah wan pergi, memang arwah Wan dalam keadaan yang tak berapa sihat tubuh badan, lemah badan .. disebabkan arwah wan tinggal berseorangan di rumah dan disebabkan keadaan wan tidak berapa sihat, ayah CCL dan sepupu CCL bermalam di rumah Wan untuk beberapa hari .
Awal pagi tadi , arwah wan nak ke bilik air . bukan pergi berseorangan tau, dipapah oleh ayah CCL disebabkan wan memang dah nampak tak ada kudrat untuk berjalan . Salah langkah entah bagaimana wan jatuh semasa nak keluar dari bilik air . Ayah CCL papah untuk masuk ke bilik, malangnya wan mengadu kakinya pijak lantai memang tak ada rasa macam pijak lantai . Ayah CCL angkat dan baringkan di atas katil sambil letak minyak di kaki dan urut kaki . Time ni mata wan memang dah terpejam , tapi mulut masih lagi mengeluarkan suara . Time ayah CCL urut, wan mengadu kakinya memang tak ada rasa apa-apa .. dalam beberapa minit begitu Wan dah tidak berkata apa walaupun mata dah terpejam . Tubuh badan wan mula sejuk . Kaki wan turut sejuk . Ayah CCL call ambulans untuk pengesahan ..
Pihak hospital mengesahkan Wan pergi pada pukul 5.30pagi . Time ni anak cucu menantu semua ada dengan Wan. Allahuakbar begitu mudahnya Allah tarik nyawa wan .
Wan akan dikebumikan pada pukul 11pagi . Semua anak cucu menantu ada sini . Hanua tunggu 2 orang lagi sepupu CCL dari Penang bergegas balik ke Perlis . Alhamdulillah abang ngah sampai pagi selepas subuh . Along dari Penang sempat sampai Perlis jam 10 pagi . Alhamdulillah cucu-cucu lelaki dapat mandikan arwah wan buat kali terakhir .
7 Ulasan
Innalilahwainailarojiun
BalasPadamInnalillahi wainnalillahi rajiuunnn.
BalasPadamSalam takziah buat seluruh keluarga CCL.
mudah cara pemergian wan hassan. al fatihah buat arwah
BalasPadamInnalillahiwainnalillahirojiun...Semoga dipermudahkn segala urusannya..Amin
BalasPadamsalam takziah....alfatihah utk arwah wan
BalasPadamInnalilahi wainnailaihi Raji'un ... Semoga almarhum wan diterima semua amal kebaikan semasa hidup, dan dilapangkan selalu kuburnya 🙏.
BalasPadamInalillahi wa innailaihi roziun....mudah"an di terima semua amal baiknya.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan