Assalamualaikum dan salam sejahtera
Drama Thailand (2024) : Master Of The House Drama Thailand yang bergenre misteri thriller ini mempunyai 7 episod menceritakan kisah antara orang gaji dan tuan rumah di rumah agam. Mengisahkan Kaimook ( Yada Narilya Gulmongkolpech) seorang orang gaji yang telah berkerja selama 4 tahun di rumah agam tersebut kini diserap sebagai isteri kepada tuan rumah, Roongroj Thevasatitpaisarn ( Bie Teerapong Leowrakwong), seorang taikun dan juga pemilik Theva Gems , syarikat barang kemas yang terkenal di Thailand. Roongroj mengumumkan hal perkahwinan dia bersama Kaimook ketika sambutan hari lahirnya, buatkan anak, menantu, cucu dan orang gajinya yang lain terkejut.
Belum sampai sehari bergelar isteri, Kaimook terkejut apabila melihat mayat suaminya di lantai rumah. Pihak polis mengesahkan kematian taikun tersebut disebabkan kemalangan namun Kaimook syak yang suaminya telah dibunuh dan dia mula menyiasat kematian suaminya. Manakala dua orang anak Roongroj, Phupat ( Chai Chatayodom Hiranyatithi dan Mawin ( Gap Thanavate Siriwattanagul) sibuk berebut harta ayah mereka.
Jalan cerita agak perlahan pada permulaan awal, tapi pada ok je la sebab di episod pertama nak perkenalkan watak, bukan watak tuan rumah je, watak orang gaji juga penting dalam drama ni. Kalau yang tak suka perjalanan cerita yang perlahan, tak perlu bazir masa menonton drama ni.
Orang gaji diberi uniform khas dan sangat professional, tertib. Rupanya jika tak menurut arahan majikan, mereka akan menerima siksaan. Tak sangka kejam ya orang kaya di rumah agam ni. Drama ni rating 18 tahun ke atas jadi memang tak mesra keluarga, ada babak intim . Dan tolong jangan komen "boleh menonton dengan anak-anak tak" . Tak sesuai tapi kalau rasa tak segan, sila la menonton seisi keluarga.
Pelakon cantik ,hensem dan menjiwai watak yang di beri. Yang mana watak jahat tu, memang nampak jahat, watak talam dua muka juga menjadi. Pelakon kanak juga pandai berlakon. Teknik kamera dalam drama ni menarik, tak tau apa nama teknik tu, ada babak yang saya suka dengan pergerakan kamera dalam drama ni.
Pengajaran dalam drama ni, duit boleh sebabkan keluarga berantakan. Tak ada duit pun boleh sebabkan keluarga berantakan, banyak duit pun boleh pecah belahkan keluarga, tak buat ahli keluarga bahagia. Orang kaya, jangan la layan orang tak berduit macam hamba abdi, kan manusia juga tu.
Drama ni cukup rencah. Ada babak sedih, ada babak buatkan emosi marah menggeledak, ada babak lucu. Tengok drama ni pelbagai emosi yang saya rasai.
6 Ulasan
ada nampak di netflix....boleh layan ni..
BalasPadamReview nya cukup menarik, ada memang orang yg tega melakukan apa saja demi harta, uang bukan segalanya,tapi tanpa uang orang bisa jadi lupa diri, kelebihan uang juga menjadikan tamak, gunakan uang sebaik mungkin:D
BalasPadamsiapalah dalang sebenar yg bunuh tu kan
BalasPadamLama tak tgk drama thailand
BalasPadamMenariknya lepas baca review..
BalasPadamOk saya masukkan list to be watched saya ❤️. Nampak menarik. Tp memang banyak film atau serial Thai yg bagus2 jalan cerita
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan