Assalamualaikum dan salam sejahtera
Netflix : Munkar Filem seram Indonesia ini mengisahkan kehidupan gadis remaja belajar di sekolah pondok. Herlina ( Ratu Sofya) belajar di sekolah asrama pondok dan cuba membiasakan dirinya. Jadi banyak lah kesalahan yang dilakunya, tertidur di bilik ketika orang lain mengaji Al-quran selepas waktu subuh. Disebabkan kesalahan dia, seluruh pelajar di denda termasuk Herlina untuk membersihkan tandas. Ada pelajar yang tidak berpuas hati dengan Herlina, mereka memarahi dan minta Herlina bersihkan seorang diri.
Herlina meminta ibunya membawanya pulang kerana dia tak disukai oleh pelajar di sana, kawannya hanya seorang, Ranum ( Adhisty Zara). Namun ibunya minta dia bersabar dan baginya masa untuk memujuk ayah Herlina. Pada suatu malam, Herlina telah di buli oleh rakan-rakannya, mereka masih tidak berpuas hati dengan Herlina, cuba menekap sterika panas ke badan Herlina, ketika cubaan Herlina lari pelajar yang cuba membulinya, dia berlaku kemalangan dan di masukkan ke hospital.
Seminggu kemudian, Herlina kembali ke sekolah pondok dan dia membalas dendam pada orang buli dia. Herlina yang sekarang bukanlah Herlina yang dulu.
Cerita ni tak seram pun, hantu pun tak menakutkan, boleh teka bila hantu nak muncul, sebab babak hantu nak menakutkan pelajar di sekolah pondok berulang ulang. Asal kat tandas je hantu kacau. Bila hantu bagi bagi salam je, mesti dia kacau orang. Hantu ni jenis bagi suka bagi salam, mungkin tanda minta izin nak kacau orang agaknya.
Kebanyakkan pelakon tak menjiwai watak. Pelakon semua cantik tapi tu lah... Ada plot twist , tapi gitu je la plot twist nya.
Selain geram pada pelajar yang membuli, saya geram kat cikgu sekolah ni. Dah ada pelajar jadi mangsa pun , masih diamkan diri, tak ada nak berbincang dengan ibu bapa ke apa ke tapi ye la kan, nama pun cerita adalah yang tak logik nya. Saya kurang terhibur dengan filem ini. 🙃 Tetap tengok sehingga habis untuk buat ulasan filem ini.
Pengajaran nya , katakan tidak pada buli . Jangan diamkan jenayah buli untuk jaga reputasi, fikirkan trauma mangsa buli. Hapuskan budaya buli.
8 Ulasan
Bila tengok cerita tentang buli ini kan, menyirap je..
BalasPadamAda nampak cerita ini tapi nantilah try tengok.. kikiki..
BalasPadamBelum tgk lg
BalasPadamIni rasanya diangkat dari kisah nyata, kalo untuk case bully nya kak. Tp yg dicerita nyata, anak yg dibully meninggal. Kalo yg dibuat film ntah apa2 alurnya 🤣. Jujur saya tak suka lihat film hantu begini. Apalagi kalo pemainnya yaaa gituuu deh 🤣. Cantik2, tp akting tak terlalu bagus. Jalan cerita pun kdg tak jelas. Satu lagi, saya paling males kalo cerita hantu yg dibalut unsur agama.
BalasPadamTak menjiwai watak tu yang tak best tu. Ceritanya macam tak sampai kan.
BalasPadamada nampak citer ni kat list dalam Netflix tapi seram pulak nk tengok sbb gambar dia tu...
BalasPadamdah kenapa kepala saya terbayang kisah arwah zulfarhan pulaa niii
BalasPadamkak SA pun baru layan cita ni.. MA memang x la
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan