Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mini Photobooth Birthday 30 June , iaitu Ahad lepaskan birthday Rania, mula tu memang Abah dengan mama Rania dah plan awal nak buat sambutan kecil-kecil , adakan makan-makan , so terpaksa stop disebabkan Rania tak sihat, Rania demam campak kecil, tapi alhamdulillah campak Rania dah sembuh , demam pun dah ok so beberapa hari sebelum tarik birthday Rania, abah Rania decide untuk adakan majlis makan-makan ni untuk Rania . So disebabkan last minit plan .. so kita buat yang mana patut.
Mama Rania minta CCL buatkan mini photobooth Birthday untuk Rania . So sambutan birthday Rania untuk pertama kali ni , mama Rania memilih tema biru , So CCL pun ada lagi rikki-rikki la untuk deko-deko birthday . Barang untuk deko ni semua mama Rania yang prepare . CCL cuma list barang-barang yang diperlukan .
Bajet untuk mini photobooth birthday Rania ni tak sampai RM30 tau .. kalau pandai diy sendiri semuanya cukup jimat , tak perlu keluarkan duit beratus-ratus semata-mata untuk mini photobooth ni .
Hari sabtu, kitaorang berdua , CCL dan mama Rania mulakan untuk decoration photobooth birthday . Kami berdua yang tiup tersebut .
Untuk photobooth ni semuanya diy sahaja . Hanya menggunakan buaian Rania, mama Rania hanya balut besi buaian tu dengan menggunakan kain kosong berwarna cream yang sedia ada . Jimatkan .. kain kosong yang diperlukan hanyalah dua meter setengah sahaja cukup untuk menutupi keseluruhan besi buaian tersebut. So selepas siap pasang kain barulah CCL layoutkan dahulu tagging 'Happy Birthday' dan tagging nama ', Rania, Izzara' . Lepas tu barulah mula susun atur belon di sudut tepi . Saiz belon yang ditiup ada yang kecil dan ada yang besar .
Dalam gambar di atas ni hanya siap 70% sahaja .. disebabkan buaian dihias dalam rumah so takut nanti tak muat untuk dibawa keluar ke luar rumah ..
So to be continue pada hari seterusnya unruk tacap-tacap sedikit decoration ni untuk lebih cantik .
Stay tune entry seterusnya ..
4 Ulasan
Baguuus. Memang best kalo kreatif, jadi apapun bisa dibuat sendiri. Lebih hemat cost 👍
BalasPadamsuka tgk belon warna soft blue.. nampak comel je kalau buat deco
BalasPadamWah menarik idea ni..leh try nanti
BalasPadamKreatif.. Comel je walaupun baru siap 70%
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan