Assalamualaikum dan hai semua
Beli Adjustable Space Untuk Locker Locker pun dah siap berwajah baru, so sekarang masuk fasa CCL nak deko-deko pulak. Hehe..asalnya plan nak buat tema ala-ala aesthetic gitu tapi cancel je lah..dah lari warna kan.., janji ada locker sendiri untuk letak barang pun dah cukup membahagiakan ..
Kali ni CCL beli adjustable space untuk pasang dalam locker. Senang gila nak guna tak payah skru, tak payah lekat-lekat bagai. Just ketatkan kiri kanan dalam ruang locker je, siap! Mula-mula macam tak percaya jugak, “eh ketat macam tu je tak jatuh ke kalau letak barang banyak?” Tapi memang tak jatuh pun sebab dia grip kuat, janji adjust betul-betul ngam.
CCL beli dua, so dapat la bahagi ruang jadi tiga tingkat atas, tengah, bawah. Yang CCL punya ni saiz 30x40cm, tapi boleh laras ikut ruang. Best sebab bukan untuk locker je, nak guna dalam almari baju pun boleh, almari dapur pun sesuai. Cuma kalau untuk almari, elok ambil yang panjang sikit dari ni..Harga pun murah je, RM12 satu. Boleh la kan untuk sesi deko-deko kecil-kecilan ..
Assalamualaikum dan hai semua
Locker Lama Dah Makeover! Sekarang Pinky-Pinky Gitu ! Sambungan lagi kisah locker CCL yang dah lama tertangguh nak siap ni .. sebelum ni bermain teka teki tentang pemilihan warna locker .. ramai juga yang menjawab teka teki tersebut .. tengkiu juga untuk uguys semua ..
Taraaaa! Inilah dia wajah baru si locker CCL and team ... pinky-pinky uolls! ..Tak jadilah impian CCL nak buat tema aesthetic kononnya..Untuk geng lelaki tuu… tabahkan hati ya.. Asalkan boleh simpan barang, kira okey la kan. Locker baru, semangat pun baru!
Satu tin cat je cukup untuk makeover satu locker ni. Cat luar dalam terus, nampak macam baru keluar kedai tau. Hehe, berseri betul bila tengok hasilnya ..Lepas siap cat tu, memang tak sabar nak tengok hasil akhir bila kering. Sekali tengok, eh bukan main berseri! Macam locker baru beli dari kedai tau.. Kalau dulu nampak kusam, calar sana-sini… sekarang dah jadi glow up terus. Siap ada yang datang tanya, “weh, ni locker baru ka?” padahal hasil cat CCL dan team..yang penting sekarang locker dah siap, semua pun boleh simpan barang masing-masing..
Apa pun, projek cat locker ni kira berjaya la walaupun tema aesthetic tak jadi..yang penting semua bagi kerjasama.. ada yang tolong pegang, ada yang tolong kipas, ada juga yang tolong tengok je dari jauh (konon bagi semangat)..Sekurang-kurangnya locker lama yang dah kusam tu dah berwajah baru, nampak ceria bila lalu depan. Kalau mood kerja tengah sendu pun, tengok locker pinky-pinky ni terus boleh senyum sikit ..ehh tiberrrr ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tumbler Kosong Bertukar Menjadi Tumbler Cute ! Sebelum ni tumbler pinky-pinky ni memang kosong tanpa sebarang bentuk design. . Kisahnya kawan CCL ada beli novel, so dapat la free git penanda buku besertakan beberapa sticker . Disebabkan kawan CCL tak nak sticker tu, so dia bagi pada CCL , lupa pula nak snap gambar sticker tu ada design arnab, buah, dan bunga .
Bila tengok sticker comel ni mula laa idea mula berkembang dalam otak . Mula tu nak tampal pada planner book CCL, lepas tu datang pulak idea nak tampal pada tumbler CCL yang kosong .. so ambil beberapa design bunga dna buah strawberi . tampal sikit- sikit kangg banyak nanti nampak serabut pula kan ..
Lepas makeover tumbler yang kosong , auchh nampak comel nampak minimlist pulak design kan ..tampal-tampal jer..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
DIY Mini Rak Dari Kotak A4 Entri lepas CCL ada cerita, CCL terajin pulak nak DIY mini rak lepas kemas office tu kan .. tapi tak siap sepenuhnya . Balik rumah CCL cari lebihan wallpaper yang CCL beli di kedai Eco hari tu .. ada lebih banyak..so elakkan membazir dari beli yang baru kan .. ada pun corak-corak kayu ni .. asal boleh je kan .
Siap sudah berbalut .. cantik kan ?? Boleh la ala-ala DIY ni.
CCL letakkan di sudut tepi dinding. Nak letak apa ?? Fikir-fikir tu bahagian atas CCL nak letak ubat-ubat macam panadol, minyak angin, minyak gamat dan plaster luka .. mini first aid gitu kan .. lepas tu nak letak sikit ala-alat makeup macam compact powder, lipstik, lipbalm, lotion dan perfume ..
Bahagian bawah pulak CCL nak isi dengan makanan , maggi cup, minuman sachet, coklat ..and something else makanan .. kalau lapar boleh laa ambil dekat drawer ni ..
Sebelum ni , semua-semua sumbat dalam laci meja jer, bercampuk aduk semua .. so ada mini rak ni nampak kemas tersusun sikit .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selesai Aktiviti Paper Shredder, DIY Mini Rak Guna Kotak A4 Pulak Alhamdulillah .. alhamdulillah boleh tarik nafas lega sikit setelah sebulan juga yer nak kemas-kemas office . Kena shredded paper report-report lama boleh baca laa kat sini dan sini . Barang yang dah rosak macam printer tu pun semua dah letgo .. settle nampak kemas ..cuma tinggal beberapa kotak kosong . Mula laa idea ni datang nak buat mini rak guna kotak A4 ni .
Hanya perlukan dua kotak A4 gabungkan , guna glue gun , lepas tu CCL tampal dengan salotape disekeliling kotak untuk kukuhkan lagi kedudukan. siap !! Mudah sahaja ..
Ni bahagian depan . Nak kena cari pembalut wallpaper tu, nak balut cantik-cantik . Nanti dah siap balut CCL update yerr .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah Siap ! Mini Photobooth Birthday Rania Bajet Tak Sampai RM30 . Entri blog sebelum ni CCL ada cerita rentetan nak siapkan mini photobooth birthday tu kan . Kalau korang belum baca lagi, pergi tekan dekat 'Link Ini' . Entri ni CCL akan letak gambar mini photobooth yang dah 100% siap tauu . Alhamdulillah walaupun plan last minit akhirnya menjadi juga . Tengahari ahad siap pasang kat luar rumah ni . So boleh la susun-susun belon di bahagian bawah kaki buaian tu , and topup belon di bahagian tertentu supaya nampak tidak cacat di situ .
100% siap mini photobooth birthday untuk Rania Izzara . Semuanya 100% kerja keras CCL bersama Mama Rania . Anggaran kos tak sampai RM30 . Ini kalau tempah mau siap la beratus-ratus kan .. CCL minat laa deko-deko benda alah ni ..
Buat props kejap . Shoot baju Rania yang akan pakai birthday dia .
Tambah topi birthday pulak ! Semua tema biru yer ..
First time tau deko-deko untuk birthday ni . Terima kasih untuk Mama Rania mempercayai CCL untuk deko kan buaian Rania ni bertukar menjadi mini photobooth birthday . Tahun depan kita fikir untuk tema lain pulak yer ..