Corn Ribs Cheese ? Sedap Ke Tidak ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Corn Ribs Cheese ? Sedap Ke Tidak ? Corn Ribs Cheese yang tengah hangat diviral kan .. Hari tu pergi food fest memang tak sempat nak try corn ribs cheese ni . Beratur kemain panjang kau .. Malas nak tunggu haa . 

Hari ni singgah food vendor, ehh ada corn ribs cheese . Tunggu lagi takkan nak tengok saja kan , terus ambil letak dalam raga yang dikhaskan untuk letak makanan . 

menu viral corn ribs cheese, jagung cheese, jagung creamy cheese, corn ribs cheese, resepi corn ribs cheese, spicy creamy corn ribs , Jagung ,


Satu tupperware ni  RM10 . Bagi CCL berbaloi beli sebab kuantitinya yang banyak . Dah tu cheese pun memang melimpah-limpah . 

Mula tu memang 50% sama ada nak beli atau tak beli . Tapi menu viral ni kalau tak cuba memang kita takkan tahu rasanya bagaimana kan . So decide untuk beli dan rasa sendiri . Sumpah ! Memang tak menyesal beli . Sedap sangat-sangat . Rasa cheese lemak berkrim, rasa manis jagung dan rasa pedas-pedas dari taburan serbuk cili haaa .. 

Nak cakap muak tu, tak terlalu muak sangat. Tapi boleh diterima anak tekak la . Memang sedap !! Creamy cheese dia memang overloaded sangat tau !! 



Isi Apa Dalam Stackable Drawer Organizer?

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



Drawer aesthetic, rack drawer, stackable drawer, storage box, storage organizer, shopee haul

Tiga hari lepas CCL ada share CCL ada beli stackable drawer organizer ni . Korang ingat lagi tak ? Tak ingat pergi jenguk semula entri stackable drawer storage ni

Hari ni CCL nak tunjuk kat korang CCL letak apa dalam drawer ni. Sebenarnya drawer ni boleh letak apa sahaja tau .. dengan saiznya yang sederhana besar dapat la korang letak barang- barang kecil .. 

CCL isi apa dalam drawer tu ? 
  • Face mask
  • Pengikat rambut
  • Panadol, eyemore, plaster luka
  • Hand cream , lotion
  • Coklat 
  • Eyeliner
  • Ring brooch
  • Tagging baju

Drawer aesthetic, rack drawer, stackable drawer, storage box, storage organizer, shopee haul

Ni side dari sisi drawer tersebut .  Tak besar just nice .  Korang kalau nak beli letak kat atas meja office korang pun berguna tau .boleh isi stationery . 

Mood Melipat Dua Bakul Timbunan Kain

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Melipat kain , bakul kain, timbunan kain, cara melipat baju

Part basuh baju lajuuuu . Part sidai baju pun lajuu . Part kutip yang dah kering di ampaian pun laju juga ..tapi part melipat baju ni part yang paling penyegan .. ehh bukak aib sendiri ? Eh tak ..kadang-kadang nak kena kongsi jugak aktiviti yang kita malas buat, kang CCL asyik kongsi aktiviti yang rajin jerrr akan ada ’anonymous’ yang akan tinggalkan komen .. ehhh kau lahh yang terpaling rajin , kalau lah terpaling rajin dalam semua benda ..  mungkin di posting entri ini pun si anonymous akan komen 'eh nak lipat baju pun nak cerita satu dunia' ... 

Ehh ini blog CCL ,biar laa CCL nak tulis apa pun, CCL bukan tulis pasal orang, bukan tulis benda yang bukan-bukan mengata orang itu dan orang ini ..

Ehh terbebel pulak..sorry korang !

Nak melipat kain baju ni perlukan mood kerajinan ..macam CCL kadang-kadang selepas ambil baju kering diambil ampaian terus lipat, kadang-kadang dilonggok baju ni dalam bakul kain ..bila dah berlonggok dalam bakul ni makin hari makin bertimbun melimpah dari bakul .nak tak nak kena laa melipat juga timbunan baju-baju ni .

Melipat kain , bakul kain, timbunan kain, cara melipat baju

Akhirnya selesai juga melipat dua bakul timbunan kain ni ..bukak drama Dedaun Hijau si Redza Rosli berlakon tu, sambil tarik helaian baju untuk dilipat hahh sekejap jer dua bakul ni habis .. rasa tenang tengok bakul kain tu kosong .. lepas lipat ni kena susun-susun dalam almari pakaian ..

Tapi selepas dua ke tiga hari bakul kain ni tak kosong, kembali terisi dengan baju-baju bersih lagi .. 

Begitulah.. kena ulang semula 



Bekal Nasi Goreng Cili Padi & Ikan Bilis

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Bekal Nasi Goreng Cili Padi & Ikan Bilis Lunch hari ni bawa bekal, bekal apa ? Sudah semestinya bekal nasi goreng . Hari ni kat office dapat jangkaan sibuk .. Ya sibuk. Time lunch laa nak sibuk kadang tak sempat makan, makan terlewat makan itu dah perkara biasa . Hari ni dah get ready awal-awal sebab malas nak fikir nak makan apa .

Biasa la kalau buka Grab Food macam-macam kedai, macam-macam menu lepas tu terus memikir nak makan apa walaupun kadang tu perut dah berbunyi. Makanyaa hari ni bawa bekal . Tak payah nak pening-pening lagi kan. Lagi pun ujung-ujung bulan ni gaji pun belum masuk lagi . So kena berjimat cermat juga la sampai dapat gaji . 

Nasi goreng cili padi, nasi goreng ikan bilis, menu nasi goreng, menu ringkas nasi goreng,


Nasi goreng yang paling ringkas .. blend bawang putih, bawang merah , cili padi dan cili besar ni ke dalam chopper . Tumis dengan ikan bilis ..letak sos tiram sikit ..letak gula dan garam sikit , hah settle .. 

Nasi goreng cili padi & ikan bilis is done ! 

Ehh tiberr teringatkan blogger Dik Rabia, favourite dia nasi goreng jugak .. selalu bawa bekal ke tempat kerja juga tue ..Dik Rabia boleh laa cuba buat nasi goreng cili padi ni .kalau taknak pedas boleh letak cili besar dalam kuantiti yang sikit .. 

Cuba..cuba ..


Stackable Drawer Storage Organizer

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Stackable Drawer Storage Organizer  sebelum beli Tempat simpan kosmetik & skincare yang aesthetic  CCL ada beli stackable drawer ni  . Sebenarnya dah berbulan-bulan beli drawer ni . Cumanya kekangan masa untuk share dalam blog . Alang-alang beberapa hari lepas dah share tempat simpan segala alat makeup & alat skincare  , so why not CCL teruskan share drawer ni kangg terlupa pulak  ..

Drawer aesthetic, rack drawer, stackable drawer, storage box, storage organizer, shopee haul

Actually drawer ni bukan CCL beli seketul macam korang tengok dalam gambar ni tau ada 4 row  . CCL beli satu persatu .. dan setiap drawer tu ada saiz besar dan kecik semestinya berbeza harga . Setiap bulan checkout 2 rows .. lepas 2 bulan cukup laa 4 row macam dalam korang tengok dlaam gambar tu . Sebenarnya kalau nak tambah biar tinggi lagi pun boleh tiada masalah , tapi bagi CCL 4 lapis drawer ni pun dah cukup

Drawer aesthetic, rack drawer, stackable drawer, storage box, storage organizer, shopee haul

Material drawer dari bahan akrilik . Lutsinar , dan setiap drawer dapat button bunny yang comel memudahkan CCL nak buka drawer tersebut . Ruang tak luas dan tak kecik sangat . Sesuai untuk simpan barang- barang kecil supaya tak bersepah . Lagi satu drawer ni tapak stackable. So kalau korang susun ikut row mana yang korang suka dia takkan mudah bergerak . 

Sebenarnya drawer ni banyak kegunaan . Nak simpan alat tulis , alat jahitan dan lain-lain lagi lah .. korang nak tahu CCL simpan apa dalam drawer ni ?? 

Stay tune .. 
eh CCL beli mana drawer ni ? Of course tak lain tak bukan di rumah oren Shopee . 




Gotong Royong Kampung Buat Bubur Asyura

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Gotong Royong Kampung Buat Bubur Asyura Pagi tadi kampung CCL adakan gotong royong di dewan  orang ramai dalam kampung ni. Gotong royong kucai bubur asyura . Ramai juga orang kampung turun tadi . Rancangnya hanya nak kucai 6 kawah sahaja, ehh tiberr jadi 7 kawah .. hahhh mujur laa orang kampung yang turun tolong ni pun ramai , so 7 kawah pun memang tak da hal kalau masing-masing bekerjasama . 

Bubur asyura, bubur asyura utara, bubur asyura versi utara

Bubur asyura, bubur asyura utara, bubur asyura versi utara

Dari pagi, ni haa tengahari baru siap, siap sekali packaging dalam tupperware untuk diedarkan kepada orang- orang kampung . Kalau dah 7 kawah tak pasti berapa banyak bubur asyura yang dah disiap packaging  . Setiap rumah dapat dua tupperware, tapi ada juga yang nak ambil satu tupperware sahaja, duduk seorang diri, risau tak habis . Bagus juga begitu kan ..tak tamak !! 

Bubur asyura, bubur asyura utara, bubur asyura versi utara


Bubur asyura yang tengah panas-panas lagi ni kena biar sejuk sekejap baru boleh makan . 


Certot : Lemon

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Lemon Adik aku ni badannya besar. Bagi aku, dia taklah besar sangat pun. Tapi mungkin sebab hari tu dia balik rumah menangis-nangis kena ejek dengan kawan sekelas, dia pun berazam nak kurus. Ada satu malam tu, aku nampak dia makan lemon. MAKAN! Bukan minum jus lemon. Dia potong nipis-nipis dan gigit lemon tu macam tak ada perasaan. Aku yang tengok sahaja pun terasa masamnya sampai ke hujung lidah.



“Dik! Kenapa kau makan macam tu? Tak masam ke?”

Dengan wajah tak beriak, adik aku jawab, “Orang cakap makan lemon boleh kurus. Masam, tapi beauty is pain….”

Parah! Dia betul-betul terpukul dengan ejekan kawan-kawannya tu. 

“Kau tak adalah gemuk sangat, dik. Tak payahlah dengar cakap kawan-kawan kau tu.”

“Tapi adik nak kurus….”

Aku peluk bahunya. Aku gosok-gosok rambutnya yang seperti sabut kelapa itu. Tak tahu nak pujuk macam mana lagi, aku bawa diri ke dalam bilik. 

Besoknya, aku nampak adik keluar masuk tandas. Sampaikan ibu tak benarkan dia pergi sekolah. Dibuatnya tercirit dalam kelas, lagi parah. Aku lihat dia yang sedang terdampar di atas sofa ruang tamu. 

“Kak… adik dah tak nak kurus.”

Ketawa terbahak-bahak aku dibuatnya. Penangan lemon memang hebat. Mana dia belajar makan lemon boleh kuruskan badan pun aku tak tahulah.


Kemas-Kemas Alat Makeup & Skincare

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Makeup organizer storage device, skincare organizer storage device, cara kemas alatan makeup, storage box untuk alat makeup, storage box anti ,

Siap !! Organizer storage box ni tak kosong lagi .. semua compartment dah siap terisi dengan semua alatan makeup dan alatan skincare . Tersusun elok kat dalam tu . Lepas ni semua  meja makeup tak bersepah lagi la . Kadang lepas pakai makeup sudah semestinya berterabur je atas meja . Ada storage box ni lagi memudahkan  . Anti habuk pulak tu . Siap isi letak di sudut meja makeup nampak cantik , nampak aesthetic sangat . Semua alatan makeup dan skincare yang CCL letak dalam storage box ni adalah semua barang- barang yang CCL kerap kali guna . So mudah nak ambil . 


Makeup organizer storage device, skincare organizer storage device, cara kemas alatan makeup, storage box untuk alat makeup, storage box anti ,

Bahagian atas terdiri daripada 
  • Toner
  • Blackmask
  • Skrub muka
  • Deadorant
  • Serum
  • Foundation 
  • Miceller water
  • Sunblock
  • Hair serum 
  • Loose powder

Makeup organizer storage device, skincare organizer storage device, cara kemas alatan makeup, storage box untuk alat makeup, storage box anti ,

Drawer yang kedua ni ada 
  •  Cleansing balm
  • Compact powder 
  • Moisturizers 
  • Eyeshadow 
  • Blusher 

Makeup organizer storage device, skincare organizer storage device, cara kemas alatan makeup, storage box untuk alat makeup, storage box anti ,

Drawer yang ketiga ni terisi 
  • Perfume 
  • Lipmatte 
  • Maskara

Harap-harap terus tersusun macam ni la . Tak berterabur lagi atas meja makeup . 

Aktiviti Shredded Paper . Lupuskan Report-Report Lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Aktiviti Shredded Paper . Lupuskan Report-Report Lama Dalam entri minggu lepas CCL ada cerita kena spring cleaning office . Kalau yang belum baca boleh laa singgah link ini .  Nak mengemas dan nak buang barang-barang yang dah rosak . Paling lambat part nak kena shredded report-report lama . Memang ambil masa yang lama . 

Barang-barang yang rosak tak boleh dipakai memang dah buang ..terutamanya printer, telefon office yang dah tak boleh pakai tu .

shredded paper, mesin pengisar kertas, mesin shredded paper

Hari ni teruskan lagi aktiviti Shredded paper . Mujur laa mesin ni heavy duty shredded yang sekali shredded boleh la letak helaian kertas tu banyak keping . Kalau letak sekeping dua keping mak oiii lagi lambat kerja ..  dua tiga hari ni mesin ni memang kena kerja keras sikit laa sebab berkotak-kotak kertas nak kena lupuskan . . Kadang shredded paper ni sampai tersangkut kertas . Bukan disebabkan terlalu banyak helaian kertas yang dimasukkan , tetapi lama sangat guna sehinggakan mesin tersebut lanas, terpaksa berhenti dahulu biar mesin ni sejuk baru lah sambung kembali . 


shredded paper, mesin pengisar kertas, mesin shredded paper

Kelmarin dan hari ni .. untuk dua hari ni dapat la shredded paper 3 plastik beg besar ni .. nak dapatkan sebanyak ni pun jenuh juga . Ni baru settle shredded paper dua kotak besar ..ada lagi beberapa kotak .. aduhaii agaknya boleh settle sebelum ujung bulan ni laa ..


shredded paper, mesin pengisar kertas, mesin shredded paper

Shredded paper siap ikat bagi kemas , risau terbuka atau tertumpah satu hal pula nak kena cari vakum . 


Cosmetics & Skincare Storage Box Yang Aesthetics

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Cosmetics & Skincare Storage Box Yang Aesthetics Bulan lepas CCL ada beli storage box . Bekas untuk simpan skincare dan alat-alat makeup .. sebelum ni alat-alat makeup simpan dalam laci meja makeup separuhnya tersusun atas meja makeup . perempuan kan mesti kalau dah siap makeup tu barang makeup semua berterabur kan ? sama la dengan CCL .Kadang-kadang berterabur juga atas meja tu . Nampak sakit mata kan .. So kena ada organizer yang macam ni untuk makeup dengan skincare korang tak bersepah . and kalau nak ambil tu dah boleh nampak semua barang yang kita nak pakai . 

storage box, skincare organizer box, makeup organizer box, skincare storage box anti habuk, makeup organizer box anti habuk, organizer box, shopee

Design storage box ni nampak mewah dan elegent. Ada beberapa warna , tetapi CCL suka warna putih m nak kekalkan tema ala-ala aesthetic gitu .haaa  putih dan pada bahagian pemegang laci tu warna gold .hahhh memang cantik la gabungan warna . Nampak mahal ..tapi harganya tak mahal sangat .. 


storage box, skincare organizer box, makeup organizer box, skincare storage box anti habuk, makeup organizer box anti habuk, organizer box, shopee

Ruang pun banyak boleh muat banyak barang yang korang ada untuk skincare dan makeup .Storage box ni ada 3 compartment . Bahagian atas sekali korang boleh letak skincare botol-botol besar tu . Ruang pun luas tau boleh isi banyak barang . Compartment yang kedua dan yang ketiga datang dengan drawer . Luas juga . Boleh la korang nak isi alat-alat makeup . Jimat ruang kan .


storage box, skincare organizer box, makeup organizer box, skincare storage box anti habuk, makeup organizer box anti habuk, organizer box, shopee

Bahagian atas penutup tu ada pemegang yang boleh dilaraskan  sekali , so mudah la untuk korang angkat storage box ni untuk diubah ke mana-mana sahaja . 


storage box, skincare organizer box, makeup organizer box, skincare storage box anti habuk, makeup organizer box anti habuk, organizer box, shopee

Bahagian penutup lutsinar dari bahan akrilik bahagian atas ni boleh buka pada bahagian depan dan belakang  , lagi memudahkan korang untuk ambil dan nak susun skincare dalam ni . 

Storage box ni memang tahan lasak. Kualitinya bukan sembarangan dan memang sangat berkualiti . 
storage box ni akan membuatkan makeup dan skincare kita lebih kemas dan tersusun . CCL beli kat Shopee . Korang .. pergi beli sekarang 

Netflix : Munkar

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Netflix : Munkar Filem seram Indonesia ini mengisahkan kehidupan gadis remaja belajar di sekolah pondok. Herlina ( Ratu Sofya) belajar di sekolah asrama pondok dan cuba membiasakan dirinya. Jadi banyak lah kesalahan yang dilakunya, tertidur di bilik ketika orang lain mengaji Al-quran selepas waktu subuh. Disebabkan kesalahan dia, seluruh pelajar di denda termasuk Herlina untuk membersihkan tandas. Ada pelajar yang tidak berpuas hati dengan Herlina, mereka memarahi dan minta Herlina bersihkan seorang diri.

Netflix, netflix 2024, filem terbaru 2024  di netflix, filem terbaru di netflix , filem munkar, sinopsis filem munkar


Herlina meminta ibunya membawanya pulang kerana dia tak disukai oleh pelajar di sana, kawannya hanya seorang, Ranum ( Adhisty Zara). Namun ibunya minta dia bersabar dan baginya masa untuk memujuk ayah Herlina. Pada suatu malam, Herlina telah di buli oleh rakan-rakannya, mereka masih tidak berpuas hati dengan Herlina, cuba menekap sterika panas ke badan Herlina, ketika cubaan Herlina lari pelajar yang cuba membulinya, dia berlaku kemalangan dan di masukkan ke hospital.

Seminggu kemudian, Herlina kembali ke sekolah pondok dan dia membalas dendam pada orang buli dia. Herlina yang sekarang bukanlah Herlina yang dulu. 

Cerita ni tak seram pun, hantu pun tak menakutkan, boleh teka bila hantu nak muncul, sebab babak hantu nak menakutkan pelajar di sekolah pondok berulang ulang. Asal kat tandas je hantu kacau. Bila hantu bagi bagi salam je, mesti dia kacau orang. Hantu ni jenis bagi suka bagi salam, mungkin tanda minta izin nak kacau orang agaknya.

Kebanyakkan pelakon tak menjiwai watak. Pelakon semua cantik tapi tu lah... Ada plot twist , tapi gitu je la plot twist nya. 

Selain geram pada pelajar yang membuli, saya geram kat cikgu sekolah ni. Dah ada pelajar jadi mangsa pun , masih diamkan diri, tak ada nak berbincang dengan ibu bapa ke apa ke tapi ye la kan, nama pun cerita adalah yang tak logik nya. Saya kurang terhibur dengan filem ini. 🙃 Tetap tengok sehingga habis untuk buat ulasan filem ini. 

Pengajaran nya , katakan tidak pada buli . Jangan diamkan jenayah buli untuk jaga reputasi, fikirkan trauma mangsa buli. Hapuskan budaya buli. 

Eco Shop : Getah Ikat Rambut Design Polkadot

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Eco shop haul, barang dari eco , getah ikat rambut, pengikat rambut , getah ikat rambut design comel

Bertambah lagi koleksi getah ikat rambut CCL, alang-alang lalu bahagian jual barang keperluan diri ni, nampak getah ikat rambut . Design pun comel ..sebelum ni CCL ada beli getah ikut rambut yang sama tapi design ala-ala leopard . Kali ni berkenan design polkadot pulak . Gabungan warna pun sweet-sweet .. girly kan .. boleh la pakai buat tukar-tukar tiap hari . 

Baca juga 

Drama Thailand (2024) : Master Of The House

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Drama Thailand (2024) : Master Of The House Drama Thailand yang bergenre misteri thriller ini mempunyai 7 episod menceritakan kisah antara orang gaji dan tuan rumah di rumah agam. Mengisahkan Kaimook ( Yada Narilya Gulmongkolpech) seorang orang gaji yang telah berkerja selama 4 tahun di rumah agam tersebut kini diserap sebagai isteri kepada tuan rumah, Roongroj Thevasatitpaisarn ( Bie Teerapong Leowrakwong), seorang taikun dan juga pemilik Theva Gems , syarikat barang kemas yang terkenal di Thailand. Roongroj mengumumkan hal perkahwinan dia bersama Kaimook ketika sambutan hari lahirnya, buatkan anak, menantu, cucu dan orang gajinya yang lain terkejut. 

drama thailand 2024, senarai drama thailand terbaru 2024, master of the room, drama master of the room, sinopsis drama master of the room


Belum sampai sehari bergelar isteri, Kaimook terkejut apabila melihat mayat suaminya di lantai rumah. Pihak polis mengesahkan kematian taikun tersebut disebabkan kemalangan namun Kaimook syak yang suaminya telah dibunuh dan dia mula menyiasat kematian suaminya. Manakala dua orang anak Roongroj, Phupat ( Chai Chatayodom Hiranyatithi dan Mawin ( Gap Thanavate Siriwattanagul) sibuk berebut harta ayah mereka.

Jalan cerita agak perlahan pada permulaan awal, tapi pada ok je la sebab di episod pertama nak perkenalkan watak, bukan watak tuan rumah je, watak orang gaji juga penting dalam drama ni. Kalau yang tak suka perjalanan cerita yang perlahan, tak perlu bazir masa menonton drama ni. 

Orang gaji diberi uniform khas dan sangat professional, tertib. Rupanya jika tak menurut arahan majikan, mereka akan menerima siksaan. Tak sangka kejam ya orang kaya di rumah agam ni. Drama ni rating 18 tahun ke atas jadi memang tak mesra keluarga, ada babak intim . Dan tolong jangan komen "boleh menonton dengan anak-anak tak" . Tak sesuai tapi kalau rasa tak segan, sila la menonton seisi keluarga. 

Pelakon cantik ,hensem dan menjiwai watak yang di beri. Yang mana watak jahat tu, memang nampak jahat, watak talam dua muka juga menjadi. Pelakon kanak juga pandai berlakon. Teknik kamera dalam drama ni menarik, tak tau apa nama teknik tu, ada babak yang saya suka dengan pergerakan kamera dalam drama ni. 

Pengajaran dalam drama ni, duit boleh sebabkan keluarga berantakan. Tak ada duit pun boleh sebabkan keluarga berantakan, banyak duit pun boleh pecah belahkan keluarga, tak buat ahli keluarga bahagia. Orang kaya, jangan la layan orang tak berduit macam hamba abdi, kan manusia juga tu. 

Drama ni cukup rencah. Ada babak sedih, ada babak buatkan emosi marah menggeledak, ada babak lucu. Tengok drama ni pelbagai emosi yang saya rasai. 


Full Bloom Barenbliss Matte Tint | Code 02 Magical Mimosa

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Full Bloom Barenbliss Matte Tint | Code 02 Magical Mimosa Barenbliss . Korang pernah dengar tak produk kosmetik dari 'Barenbliss' . Kalau tak salah CCL produk ni dari Korea dan sekarang produk Barenbliss atau BNB ni dah masuk pasaran Malaysia . CCL pun baru pertama kali nak cuba produk kosmetik dsri Barenbliss ni  iaitu 'Matte Tint'

barenbliss, produk barenbliss, kosmetik barenbliss, full bloom transproof matte tint barenbliss, full bloom matte tint barenbliss, review barenbliss

Full Bloom Transferproof Matte Tint
Lipmatte tint  dengan bertekstur creamy yang ringan dengan aroma bauan buah ceri yang menyegarkan . 

barenbliss, produk barenbliss, kosmetik barenbliss, full bloom transproof matte tint barenbliss, full bloom matte tint barenbliss, review barenbliss


Produk ini juga mengandungi kandungan yang istimewa dengan manfaatnya untuk bibir 

1. Macamadia Organic Oil 
kaya dengan Omega 7 yang efektif menutrisikan bibir

2. Sodium Hyaluronic 
dapat mempertahankan kelembapan bibir 

3. Colour booster technology
diformulasikan dengan film former untuk menghasilkan non-transfer dan tahan lama di bibir . Partikel bertekstur ringan dan powdery untuk hasilkan tekstur yang ringan dan halus pada bibir 

4. Cheerful Cherry Scent 
wangian ceri yang manis menyegarkan serta memberikan perasaan yang selesa ketika memakai produk ini.

barenbliss, produk barenbliss, kosmetik barenbliss, full bloom transproof matte tint barenbliss, full bloom matte tint barenbliss, review barenbliss

Untuk code full bloom Transferproof matte tint Barenbliss ni CCL  dah try Code 02 iaitu code magical mimosa . Amboii kemain kan nama code liptint ni .. warna code ni mild peach pink tauu . Memang sesuai sangat dengan CCL . Lepas apply liptint ni kulit wajah tak nampak pucat . Yang paling best walaupun matte tint tapi tekstur sangat ringan dan tak keringkan bibir . Ada bau aroma buah ceri yang manis. Liptint ni juga long-lasting selamat 12jam , dan sangat waterproof tak mudah tinggalkan kesan pada cawan selepas minum . 


barenbliss, produk barenbliss, kosmetik barenbliss, full bloom transproof matte tint barenbliss, full bloom matte tint barenbliss, review barenbliss

Full bloom Transferproof matte tint dari Barenbliss ni ada 6 code warna . Semuanya shades lawa-lawa tau .. tergoda betul . 

  • Code 01 Fresh Dawn
  • Code 02 Magical Mimosa
  • Code 03 Pollen Harvest 
  • Code 04 sunny Rose 
  • Code 05 Ruby Daisy 
  • Code 06 Sassy Seasons
So uolss yang teringin nak cuba produk ni pergi checkout sekarang 

Instagram : barenbliss_my


Outfit Pergi Kenduri

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Outfit Pergi Kenduri Cerita ni cerita tiga, empat hari lepas . Biasa la pada hari kejadian memang tak sempat nak update dalam penulisan blog .  Bila bukak galeri foto, scroll dan scroll gambar baru laa teringat lalu idea nak update blog pun datang secara tiba-tiba . 

Tiga , empat hari lepas pergi kenduri . Saja nak update outfit .. pergi kenduri of course la berbaju kurung kan . 

outfit, outfit baju kurung, baju kurung moden, kurung moden corak bunga, ootd baju kurung

Mengayakan sepasang baju kurung moden, bertudung bawal . Rasmi baju baru dari tailor CCL . Sebenarnya kain pasang ni dah lama beli, since area CCL ni susah nak jumpa tailor so kain pasang ni terperam la dalam almari . And now dah jumpa tailor jahit baju yang selesa CCL pakai apa lagi , pergi upah baju kurung moden ni haa .. 

Jarang-jarang sekali tau CCL nak pakai baju kurung corak bunga-bunga macam ni . Banyak baju kurung plain jerr CCL .. ini kalau dah baju penuh corak, of course kena gayakan dengan tudung plain . Barulah tak serabut sangat .. kali ni CCL gayakan dengan tudung bawal berwarna pink . Next time boleh gayakan dengan tudung hitam, putih atau hijau turquoise . Satu pasang baju boleh gayakan dengan banyak warna tudung kan . 

Cantik ke cantik sangat ? 



Certot : Tempat Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Certot : Tempat Kita  Ketika masih kecil, ayah ada buatkan rumah di atas pokok. Ayah aku itu kerjanya memang tukang kayu. Banyaklah sisa-sisa papan yang dia ada. Rumah pokok itu letaknya di laman belakang. Di situlah aku selalu menghabiskan masa ketika cuti. Tak kira pagi, tengah hari, atau petang, aku di situ. Melukis, menulis, dan bermain dengan adik-beradik yang lain.

Tiap kali waktu makan, ibu akan panggil kami ke masuk ke rumah. Tapi kadangkala, waktu minum petang terutamanya, ibu dan ayah akan turut menikmati hidangan di bawah rumah pokok kami. Berbual dan bergurau senda tentang pelbagai perkara. Bukan itu sahaja, jika aku merajuk atau marah dengan ibu dan ayah, di sinilah aku akan bersembunyi. 

Ayah memang pernah beritahu yang rumah itu semacam ruang untuk aku dan adik-adik yang lain bertenang. Ruang rahsia kanak-kanak. Tiada orang dewasa dibenarkan masuk tanpa izin. Bila difikirkan semula, ayah memang bijak. Sebab kami ada rumah pokok itu, aku dan adik-adik tak pernah lari rumah atau pergi ke rumah kawan tiap kali kami bertekak. Ayah dan ibu tahu kami selamat di situ. 



Tapi… rumah pokok itu tak kekal dengan kami selamanya. Kerana masalah kewangan, ayah terpaksa menjual rumah kami. Rumah baru kami tiada laman, tapi ia lebih ‘muat’ buat dompet ayah. Kami tinggalkan rumah pokok itu dengan berat hati.

Kini, kami sudah besar. Pernah sekali, aku ke kawasan rumah lama kami atas urusan kerja. Melalui jalan utama, aku dapat melihat laman belakang rumah lama itu. Di situ, aku melihat rumah pokok yang ayah bina dulu masih berdiri kukuh. Siap di tambah buaian pada salah satu dahan pokoknya. Beberapa orang kanak-kanak sedang berlari riang di laman itu. Seorang budak lelaki bertopi lanun melaung kepada yang di bawah, “Kapal ini aku yang punya!”

Aku hanya mampu senyum. Rasa rindu dan berat yang meladung hati hilang dibawa pawana. Aku bersyukur rumah pokok itu masih dihargai. Benar, aku membesar. Rumah pokok itu masih di situ. Menanti jiwa-jiwa muda untuk mengisi cerita dengannya. The kids deserve it better.


Hadiahkan Handphone Realme Untuk Mak

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hadiahkan Handphone Realme Untuk Mak Dah 10 hari berlalu birthday mak , ada buat makan sikit-sikit . Setiap kali birthday mak memang CCL akan bagi sejumlah wang . Mak CCL tak suka sangat bouquet ni , katanya membazir , mahal .so tak nak dia berleter, CCL kasi sejumlah wang sahaja .mudah kan .. 

Realme, handphone realme, realme terbaru 2024 ,

Hari ni cuti, ada la kesempatan sikit nak keluar pergi beli hadiah, memang tahun ni decide nak beli handphone baru untuk mak  . Ada rezeki lebih . InsyaAllah ..dah lama niat nak beli . Hari ni haa dapat juga . 


Realme, handphone realme, realme terbaru 2024 ,

Realme jenis apa dan berapa harga biarlah rahsia ..ehh rahsia pulak kan ..asalkan ikhlas memberi .. Mak kemain seronok laa dapat fon baru ni . 




Selesai Pengebumian Arwah Wan Hassan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selesai Pengebumian Arwah Wan Hassan Alhamdulillah.. alhamdulillah selesai sudah pengebumian arwah Wan Hassan . Semuanya dipermudahkan segala urusan dengan cepat . Selesai dimandikan dan solat jenazah dirumah, diiring dengan van jenazah ke kubur berdekatan rumah CCL . 



Jenazah Wan Hassan dikebumikan di sebelah kubur arwah tok, cuma selang satu kubur sahaja . Mujur cuaca pagi ni tenang-tenang sahaja . Mendung tak hujan . Panas tak terlalu panas . Disebabkan semalam hujan . Keadaan tanah merah kat kubur agak  lembab sedikit . Liang lahad hanya ada air sedikit sahaja, mereka pam sedikit untuk keluarkan air dalam liang lahad supaya senang untuk dikebumikan nanti. 


Arwah tok meninggal tahun ni juga bulan tiga sehari sebelum kita semua sambut Ramadan . Selepas 4 bulan pemergian arwah tok , hari ni arwah tokwan pulak menyusul ke sana .  Redha dengan pemergian mereka berdua tanpa sakit kronik . Arwah tok dan arwah wan menghembuskan nafas di rumah . Redha dengan pemergian mereka . 

Al-fatihah arwah Wan Hassan , lapangkan kuburnya Ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan arwah Wan Hassan di akhirat sana .