Assalamualaikum dan salam sejahtera
Coklat Lagend Dulu-Dulu : Lucky Cocoa Candy Pergi kedai runcit dalam kampung berdekatan rumah CCL ni, keluar beli telur masa nak bayar mata terpandang pulak balang coklat yang elok tersusun berdekatan dengan meja Cashier . Pandai pakcik ni susun kan .
Antara salah satu teknik marketing juga . Letak balang yang terisi coklat berdekatan meja cashier, masa pakcik tengah kira-kira barang, mata terintai-intai coklat , lalu ambil dan bayar sekali .. bukan sekadar di kedai runcit ni jer, rata-rata kedai pasaraya pun macam tu juga kan . Pandai diorang alihkan perhatian .
Sebenarnya ada beberapa jenis lagi coklat lagend yang ada . Tapi CCL ambil Lucky Cocoa Candy ni . Malas nak memborong coklat banyak-banyak risau tak termakan pulak nanti .
4 kotak Lucky Cocoa Candy ni dendan harga RM1 ..Hahh murahkan coklat lagend ni . Eh mana pegi lagi sekotak ?? Sekotak dah makan dan buang, baki tiga kotak baru teringat nak snap gambar . Sebenarnya dalam satu kotak ni jangan expect kuantitinya banyak penuh kotak tau !! Kuantitinya sikit sahaja . Berbaloi la dengan harga ..
Nak cari coklat-coklat lagend dulu-dulu ni kena rajin pergi kedai-kedai runcit di kampung-kampung . Pasti ada terjual ..
8 Ulasan
Terus teringat zaman kanak kanak dulu..
BalasPadamSekarang makanan² lejen dulu² muncul balik... Kdg² jumpa juga dekat kedai² 2 ringgit :)
BalasPadamcoklat legend ni paling fav, kalau jumpa je mesti nak beli. sedap. sekarang ni susah sikit nak jumpa. kalau beli online rasanya mahal sikit
BalasPadamDah lama tak makan coklat legend ni. Hehehe ada lagi yaaa
BalasPadamCoklat lama
BalasPadamKalo lucky ini saya tak pernah lihat. Tp memang ada beberapa snack jadul (jaman dulu) yg saya sukaaaa beli 😄. Rasanya tiap makan ini JD teringat masa2 saat sekolah kan
BalasPadamNostalgia kan...banyak dah makanan masa akak kecik2 dulu keluar semula
BalasPadamantara fav gak masak kecik2 dulu ni...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan