Certot : Bertenang

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Certot : Bertenang Emosi Fifi berkecamuk. Dia tak tahu sama ada dia patut menangis atau menjerit atau marah hari ini. Semuanya serba tak kena. Dari pagi lagi dia sudah tertinggal bas, terpaksa dia memesan Grab. Melayang wangnya. Sampai ke kelas pula, pintu sudah terkunci. Dia hanya terlambat lima minit. Kemudian, dia membawa diri ke perpustakaan dengan hasrat mahu menyiapkan assignment. Pengecas komputer pula tak bawa. Bateri komputer sudah nyawa-nyawa ikan. 

Kekasih hatinya, Farhan tiba-tiba minta putus. Tanpa sebarang penjelasan. Sebelum pulang, Fifi singgah sebentar di mesin layan diri untuk mendapatkan air. Tekaknya haus, dia penat mental, emosi, sekali gus fizikal. Setelah duit dimasukkan dan butang dipicit, mesin yang sudah beberapa dekad ada di situ mula berkeriuk. Sebotol air mineral dingin ditolak perlahan sebelum… TERSANGKUT! 

Certot, cerita pendek, cerita ringkas

Fifi tak tahu nak kata apa lagi. Mesin ‘gedegang’ pun tidak mahu bekerjasama dengannya hari ini. Entah apa yang merasuki Fifi, laju sahaja tangannya dilayangkan dan mesin itu menjadi mangsa dia melampiaskan amarahnya. Sedang dia hanyut dibawa amarah, tiba-tiba tangan Fifi ditahan seseorang. 

“Tersangkut?” tanya seorang gadis seumuran dengannya yang memakai kot dan seluar slack itu. Kepalanya terlilit tudung hitam yang kemas. Fifi angguk. Gadis itu tunduk dan menolak pintu mesin tadi beberapa kali. Air mineral Fifi tergolek jatuh dengan sendirinya. Gadis itu hulurkan air Fifi. 

“Bad day, isn’t it?” Dia menekan butang soda dan tin itu jatuh dengan mudah.

Fifi angguk. 

“Bertenang. Ia akan membaik nanti. Nak minum?”

Mereka berdua duduk di tepi longkang depan mesin layan diri itu. Tak berkata apa, hanya minum. Perlahan-lahan, radang di hati Fifi mereda. 

Kadang-kadang, kalau perkara yang kita nak tu tak berjalan seperti yang kita inginkan, itu tandanya kita kena berhenti, bertenang, tak buat apa-apa, dan buat semula pelan-pelan,” kata gadis itu. 

Fifi angguk setuju. Betul. Itu yang dia kena buat sekarang. Bertenang.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. betul kena bertenang tp nak sampai ke tahap bertenang tu.. ya Allah.. sabar la duhai hati.. haha
    bertimpa2 ye ujian datang.. hihi

    BalasPadam
  2. Aaah agree sangaaat. Saat emosi, pikiran kita akan bercelaru , tak bisa berpikir jernih. Makanya ada nasehat , jika marah jangan pernah melakukan atau memutuskan sesuatu. Diam dulu. Sampai emosi reda, dan pikiran kita bisa kembali normal.

    Krn itu saat marah, saya tak nak pegang gadget, tak nak ambil keputusan. Krn takut tersalah dan menyesal kemudian.

    BalasPadam
  3. wow cerpen? atau novel baru? heheh

    BalasPadam
  4. certoot = Cerita Kontot ke? nak bertenang tu mmg agak susah sikit tp inshaAllah kita boleh *fighting*

    BalasPadam
  5. Itu jugak yg akak kena buat sekarang...bertenang walau terlalu banyak cabaran...

    BalasPadam
  6. so true...ada masa jadi mcm ni..memang kena bawa bertenang sgt..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan