Certot : Surat Buat Atikah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Surat Buat Atikah  Cikgu Fauziah memasuki kelas 1 Bestari untuk sesi pembelajaran selepas waktu rehat tamat. Di dalam kelas, dia perasan akan seorang budak lelaki yang tidak keluar rehat. Cikgu Fauziah menegur budak berbaju sukan yang sedang menulis sesuatu di atas muka surat terakhir buku tulisnya.

“Putra, dah makan belum?”

Putra hanya mengangguk. Cikgu Fauziah cuba menjenguk apa yang ditulis Putra.

“Cikgu, boleh tolong saya?” tanya Putra sambil mengoyak kertas dari bukunya.

“Tolong bagi dekat Atikah kelas 1 Ceria.” Cebisan kertas yang telah dilipat diberikan kepada cikgu Pendidikan Seni tersebut.

Certot


Cikgu Fauziah mengambil kertas itu tanpa sebarang kata. Putra mengucapkan terima kasih, lalu berlari ke luar kelas.

Cikgu Fauziah membuka kertas tersebut dan membaca satu ayat panjang yang tertera.

“Di kubur ada hantu, di istana ada raja, di hatiku ada kamu. Atikah, I looove U!” Cikgu Fauziah terus ketawa sambil memegang perutnya yang sedikit buncit.

“Romantiknya budak sekarang. Kenapalah aku tak terfikir nak buat macam ni dulu? Tak adalah aku membujang sampai sekarang….”

Ketawanya mati apabila mengenangkan dirinya yang masih bujang itu. Dia terus ke kelas sebelah untuk mencari Atikah.


p/s : Certot ringkasan kepada cerita kontot @ cerita pendek 



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. hahaha.. cikgu pon single lagi..
    student dia bukan main ada awek dah! romantik pulak tu main hantar2 surat.. haha

    BalasPadam
  2. hahaha.. cikgu pon single lagi..
    student dia bukan main ada awek dah! romantik pulak tu main hantar2 surat.. haha

    BalasPadam
  3. Hahah bertuah la dpt cikgu sporting.. kalau zaman dulu , mau kena panggil dedua ni haha tulis surat2 mcm ni kena sorok2 haha

    BalasPadam
  4. haha.. comelnye pantunnya..

    kalau ldy jd cikgunya, adkah selamat sampai surat itu pada atikah?

    BalasPadam
  5. budak skrg sng sbb ada tiktok, tiru je idea hahaha

    BalasPadam
  6. ha ha..comei je pantun nya pun...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan