Assalamualaikum dan salam sejahtera
Zim Zim Ala Kazim (2024) Filem Pertama yang mengangkat seorang Ustaz atau Pendakwah terkenal sebagai Bintang Utama Filem. Dato' Ustaz Kazim Elias (DUKE) antara pendakwah yang tersohor di Malaysia dan ceramah beliau mudah mendapat perhatian serta diminati oleh pelbagai lapisan golongan umur terutama orang muda kerana bicaranya yang mudah dan lawak bersahaja sama seperti Ustaz Azhar Idrus (UAI).. Namun semua sudah sedia maklum dengan kisah beliau yang kena buatan sihir dan kisah beliau itulah diangkat oleh Mawi yang kita kenali juga suka menyampaikan dakwah yang bersahaja dan mendalam melalui filem-filem beliau..
Jadi dalam filem ini memang Mawi cuba membawa penonton dengan apa yang terjadi kepada Ustaz Kazim Elias dan jenis atau bentuk sihir yang telah menimpa kepada Ustaz Kazim Elias tapi sayang bagi saya transition antara satu kisah ke satu kisah kadang kala rasa tak lengkap atau tergantung serta macam rush tanpa betul-betul mendalam tentang apa berlaku..Bagi saya kerana ianya kisah benar,jika satu kisah itu dibuat dengan lebih fokus dan lebih terperinci walaupun tetap kena ada fiction mungkin ianya lebih menarik malah jika fokus kepada satu sahaja kisah sihir pun lebih menarik jadi berbanding terlalu banyak flashback yang sekejap-sekejap dan belum sampai lagi mendalam mesej yang ingin disampaikan..
Tetapi pujian tetap harus diberikan kepada Mawi dan Ustaz Kazim yang tetap menyampaikan mesej atau ayat-ayat al Quran yang bersahaja malah berguna untuk diamalkan terutamanya sebagai pendinding.. Setiap scene korang memang korang kena focus kerana banyak mesej tersirat yang ingin disampaikan oleh Mawi sepertimana kita tahu cara beliau dalam filem sebelumnya seperti Tiada Tajuk..(Kalau yang blur memang tak dapat tak menolong kadang-kadang rasa tak sampai termasuk nyanyian lagu-lagu dalam filem itu penuh mesej yang bersahaja -boleh tengok Ustaz Kazim nyanyi terbaik lah)
Main point dalam filem ini kita boleh lihat kadang kala orang sekeliling dan yang lebih dekat seperti keluarga kita mahupun jiran kita sendiri yang depan kita nampak mereka macam OK tapi belakang kita tidak tahu bagaimana iri hati mereka pada kita yang kadang kala dengki/cemburu yang tinggi boleh membawa kepada apa saja mudarat kepada kita..Dan yang paling penting Ustaz Kazim Elias mengajar kita untuk memaafkan orang walaupun mereka salah besar dengan kita serta ingatlah kesalahan dengan manusia perlu kita berjumpa sendiri dengan tuan badan untuk meminta maaf sebelum ianya terlambat..Sebuah filem yang ada lawak dan dalam masa sama ada juga mesej yang ingin disampaikan..
10 Ulasan
Filem yang genre keagaamaan ni perlu lebih focus, x leh main buat aje kan...berat kot filem2 macam ni..susah jugak nak laku...kadang mesej yang nak diutarakan tu tak sampai...
BalasPadamSelagi namanya manusia, susah kita nak ramal ataupun nilai keperibadian seseorang tu.. kadang2 bila kita terlalu positif pun susah, negatif pun susah..hurmm...ntah la..
BalasPadamBelum berkesempatan untuk menonton.. Minggu depan jika ada rezeki
BalasPadammcm menarik jugak filem ni :)
BalasPadamBetul tu
BalasPadamNie masuk list jugak nie... Maybe boleh tengok ngan anak2 next week... Tak sempat plak mgu raya nie nak jengah panggung wayang...
BalasPadamoo..dah ada di pawagam...mak saya minat DUKE..santai tapi sampai..
BalasPadamHarap2 film ini kalo dah tak di pawagam bisa masuk netflix. Jadi saya bisa tonton juga ☺.
BalasPadamBicara sihir, dulu saya tak terlalu percaya krn tak pernah merasakan. Tapi sejak teman baik saya, istrinya diguna2 orang hingga sakit dan meninggal, di situlah saya jadi yakin ðŸ˜. Jahat sangat memang orang yg memakai guna2 ini. Sampai meninggal korban dibuat, hanya krn ditolak cinta waktu itu, sampai segitunya dibuat istri teman saya
oo..ni la cerita yg Iris ckp tu.. MA lama sgt x tgk wayang....tunggu kuar kat astro first la ni
BalasPadamWah.. menarik juga..
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan