Certot : Kaktus

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Kaktus  Ketika Aqilah sedang berjalan-jalan menemani ibunya ke pasar pagi, dia tertarik untuk melihat kaktus-kaktus kecil yang tersusun cantik di dalam deretan pasu. Ibunya pula sedang membelek orkid. Entah dekat mana pula nak digantungnya tu pun Aqilah tak tahulah. Dah macam pusat pembiakan orkid rumah mereka itu dikerjakan ibunya. 

Certot, cerita kontot, cerita pendek, certot kaktus

“Kamu nak ke kaktus tu?”

“Tak apalah. Orang bukan pandai jaga pun.”

“Ambillah. Ibu bayarkan. Jaga kaktus senanglah. Jangan siram selalu. Kalau tanam kaktus pun mati, kamu tanam jelah diri kamu, Qilah hoi!”

Aqilah ambil sepasu kecil kaktus bulat yang banyak duri-duri putih. Dia pilih kaktus ini kerana ia nampak paling polos, comel dan macam tak akan mendatangkan masalah yang banyak buat dirinya. Kaktus itu dinamakan Kak Tus.

Hari-hari Aqilah bercakap dengannya. Seminggu sekali dia siram dengan air. Dia seronok menjaga Kak Tus. Sehinggalah dia perasan sesuatu yang aneh pada badan Kak Tus. Bahagian yang paling hampir dengan tanah sudah berubah warna kekuningan dan apabila ditekan ia LEMBIK! Ini mimpi ngeri. Aqilah berusaha melakukan ‘pembedahan’ ke atas Kak Tus. Namun, ia semakin layu dan mengecut. Aqilah harus menerima hakikat dia gagal menyelamatkan Kak Tus. 

“Siram pokok bukan ikut masa, Qilah hoi. Dia ikut tanah tu. Kalau kamu tengok tanah dia basah lagi, tak payahlah kamu siram. Ni sibuk juga nak siram. Spesies-spesies kamu ni elok jaga pokok bunga plastik je.”

Berbisa sungguh kata-kata ibunya itu.


p/s : Certot singkatan kepada Cerita Kontot @ Cerita Pendek .



Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Memang berbisa remarks ibu. Kan dah kena setepek 😂

    BalasPadam
  2. alamak... terasa pulak sbb mula2 MA pun x minat pokok, pas tu kumpul bunga plastik je..pas tu baru terjebak ngan pokok2 bunga ni...tu pun byk yg dah tinggal kenangan.. ha ha ha....

    BalasPadam
  3. Dah laaah, Ini samaaa macam saya pelihara kaktus pun mati 🤣🤣. Makanya sampai skr tak nak lagi pegang tanaman 😅

    BalasPadam
  4. setepek kena...kaktus mmg x perlu disiram selalu sebab dalam badan dia pun dah ada air...

    BalasPadam
  5. cactus mcm senang nak tanam tp still kena folo rules dia jugakkkk

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan