Sate Ayam VS Sate Daging

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Sate Ayam VS Sate Daging

Sate ayam , sate daging, harga sate ayam, harga sate daging, perapan sate

Petang tadi sempat pergi pasar malam yang berdekatan rumah CCL, walaupun badan masih lagi lemah tetap teman mak CCL ke sana . CCL jarang sekali nak pergi pasar malam ni , petang tadi alang-alang mak CCL ajak pergi juga la . 

Tapi petang tadi tak banyak yang jual , orang pun tak adalah ramai sangat , tak pasti sama ada CCL yang pergi awal . Sebab CCL sampai di pasar malam pun dah pukul 6 petang . 

Beli apa di pasar malam ? Mak CCL macam biasa beli ikan dan sayur . CCL tercari-cari tembikai kuning tapi masih belum ada . So CCL beli anggur hitam , satu kotak RM8 , mujur tak ada biji . Rasa pun manis .

Adik CCL pula kirimkan ayam goreng , dapat la beli beberapa ketul ayam goreng untuk dia . 

CCL pula teringin nak makan sate, lama juga tak makan sate .. so beli la sate daging 10 cucuk dan sate ayam 10 cucuk . Cukup la kami berempat makan . Harga secucuk sate ayam RM1.00 manakala sate daging pulak secucuk RM1.30 . Berbaloi la dengan harga sate pun besar-besar juga . Memang harga di mana-mata tempat lebih kurang sama . Perapan rempah pada sate pun sedap . Kuah pun pekat dan secukup rasa . Cumanya fail sikit pada sate ayam tue , isi digabungkan sekali dengan kulit ayam Isi ayam hanya ada dua ketul sahaja , yang lain Kulit ayam bukan sikit-sikit ya , banyak juga . Tebal pulak tu . Eh confius pulak kulit ayam atau cenonot ayam .

Tempat korang harga secucuk sate berapa ?


 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Ammi prefer sate daging tp ada ayam pun layan je. Tapi melampaulah pulakkan bila kulit je dia kasi

    BalasPadam
  2. ldy suka satey ayam.. yumm yumm yumm

    BalasPadam
  3. Tempat Kak Amie di LD sate ayam RM1.50sen secucuk. Sate daging RM1.80-RM2.00 secucuk.
    Rindu sangat hendak makan sate ayam di Pasar Malam Batang Berjuntai. Harga RM1.00, hemuk pula satenya. Sedap sangat.

    BalasPadam
  4. tempat MA... RM 1 ada .. RM 0.90 pun ada satu tempat ni.. yg lagi mahal of coz la ada jugaks...
    Ibu MA suka satay2 ni.. MA biasa2 je

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan