Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 , Tahun Naga

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 , Tahun Naga Tahun naga dalam kalendar zodiak Cina yang dipercayai membawa simbol kekuatan, kehormatan, kejayaan dan keberuntungan ternyata memberi tuah kepada golongan peniaga barang kelengkapan dan makanan untuk perayaan Tahun Baharu Cina

Baca juga : Pantang Larang Sepanjang Tahun Baru Cina

Naga merupakan simbol yang sinonim bagi masyarakat Cina dan berkait rapat dengan legenda, perayaan, astrologi, seni, nama dan simpulan bahasa. Naga dikatakan mengawal unsur semula jadi lain yang dikaitkan dengan hujan, angin, awan, guruh dan kilat. Memasuki tahun baharu kalendar lunar pada 10 Februari 2024, Tahun Naga merupakan antara detik yang paling diraikan kerana mengikut ilmu warisan masyarakat Cina kuno, feng shui, tahun ini bakal membawa perubahan yang besar kepada masyarakat.

Deko chinese new year , decoration chinese new year

Sekadar perkongsian deko-deko di sudut  kecil tepi office CCL sempena  Tahun Baru Cina . 

Baca juga : Budaya Wajib Semasa Tahun Baru Cina

Deko chinese new year , decoration chinese new year

Pukul 12 tengah malam semalam sempat tengok tembakan bunga api yang tak kurang juga cantiknya . So ini jer gambar yang sempat CCL snap . Meriah bunyi detuman bunga api . 

Happy Chinese New Year untuk semua kaum Cina . 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Cantiknya deko CNY tu...
    Semalam tak dengar pula bunyi orang main bunga api area perumahan Naniey..

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut CNY buat swmua yang berbangsa cina...x sempat akak nak buat entry..sibuk kat hospital jaga Mak Pah

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan