Jenis Gula Yang Selalu Kita Guna Kat Rumah Hangpa tau dak yang gula ada banyak jenis ? Gula ni kemang benda wajib kita ambil kat rumah , tapi tidak disarankan untuk ambil secara berlebihan sebab boleh memudaratkan kesihatan .
Gula halus
Gula ni biasanya kita gunakan dalam baking sebab texture dia halus . Kalau nak buat air ke boleh guna sebab mudah larut .
Gula kasar
Sukar nak larut sebab texture dia kasar , so tak berapa nak sesuai nak letak dalam minuman .
Gula aising
Dikenali juga sebagai gula serbuk atau gula halus , selalunya digunakan untuk dibuat frosting serta hiasan kek dan pastri .
Gula kastor
Haa gula ni yang selalu hang buat baking kan . Gula ni sama dengan gula pasir halus . So memang sesuai guna untuk baking ,meringue, pembuatan sirap, adunan kek dan sebagainya.
Gula merah
Tekstur gula yang lembab ni memang sesuai digunakan dalam pembuatan kuih tradisional macam kuih kasui, lompang , agar-agar gula merah . Gula ni bila kita cairkan kena tapis tau sebab dia macam berpasir.
Gula perang
Gula ni ada dua jenis , light brown sugar dan dark brown sugar . Gula ni sesuai untuk buat baking dan bancuh dalam air kopi .
Gula melaka
Sebab gula ni keras, susah nak larut , so kena potong guna pisau . Sedap letak dalam bubur cha-cha , bubur kacang & macam jenis bubur .
9 Ulasan
Kadang2 beli juga gula batu
BalasPadamGula merah dgn gula melaka tu kdg2 main amik dan pakai jer.. buat rendang pun kalau ada gula melaka pakai lah kalau ada guna merah guna je hahahah boleh tak gitu? :P
BalasPadamAna suka guna gula perang hehe
BalasPadamSha suka guna gula perang untuk bancuh kopi sekarang.. Rasa dia lebih sedap berbanding guna gula putih..
BalasPadamsedang usaha mengurangkan gula
BalasPadamPernah bancuh minuman guna gula tebu. Ada aromanya yang tersendiri.
BalasPadamGula batu satu lagi.
BalasPadamdulu pakai gula perang
BalasPadamlaa ni mmg tak ada gula dah kat rumah tu
sbb jarang guna
nnt harung semut je
tp kat rumah kg mama mmg selalu guna gula
esp yg paket hijau tu
sbb dia selalu terima tempahan kuih
so gula wajib ada...
gula prai memang sedap digunakan dlm masakan
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan