Drama Korea : Marry My Husband Drama ini sudah ditayangkan sebanyak 9 episod dan meningalkan pelbagai emosi pada penonton. Drama fantasi yang menceritakan watak utama diberikan satu peluang untuk kembali ke masa lalu, ubah nasib dia, dia mempunyai peluang untuk elakkan dirinya menjadi mangsa penipuan suami dan khianat kawan baik sendiri.
Pada tahun 2023, Kang Ji Won ( Park Min Young) berada di hospital, mendapatkan rawatan kanser gastrik tahap 4. Dia ditemani kawan baiknya yang dipanggil teman sejiwa , Jung Soo Min ( Song Ha Yoon) . Suaminya tak temankan dia. Suaminya memang tak pedulikan dia, malas bekerja tapi harapkan Ji Won yang sakit untuk bekerja.
Setelah selesai pemeriksaan, doktor meminta penjaga datang untuk membuat bayaran bil hospital. Puas Ji Won hubungi suaminya, Park Min Hwan ( Lee Yi Kyung) tetapi tidak berjawab. Jadi dia buat keputusan balik ke rumah naik teksi.
Sesampainya dia di rumah, dia terkejut melihat suaminya berada di atas katil bersama teman sejiwanya, Soo min. Hancur hatinya melihat perbuatan mereka, lebih hancur mendengar perbualan mereka yang merancang untuk menggunakan duit insurans perubatan dia untuk membeli saham dan beli beg tangan berjenama. Sepatutnya duit itu digunakan untuk bayar kos perubatan dia.
Berlaku pergaduhan antara mereka bertiga, ada babak tarik rambut antara Soo Min dan Ji Won,namun Ji Won maut dalam pergaduhan tersebut. Ye la, suaminya dah tak ada hati dengan dia,pasti lah menyokong Soo Min.
Tetapi tiba tiba Ji Won tersedar dia berada di dalam pejabatnya pada tahun 2013 bersama Min Hwan. Dia berasa trauma ketika melihat Min Hwan teringat babak Min Hwan memukulnya sewaktu dia sedang sakit. Tetapi apabila dia melihat cermin, rupanya dah berubah. Dalam cermin, dia nampak wajahnya sebelum dia jalani rawatan kanser. Dan dia terkejut dia kini berada pada tahun 2013 apabila melihat kalender.
Kini Ji Won nekad untuk ubah nasib dia. Dia tak mahu berkahwin dengan Min Hwan dan hidup terseksa. Rancangan dia , dia ingin kahwinkan Soo Min dengan Min Hwan. Mampukah dia mengubah nasibnya?
Dalam drama ni mengajar kita supaya hati hati dengan rakan kita. Kadang kita tak sedar ada rakan kita dengki dan pergunakan kita saja. Macam dalam drama ni, Ji Won kembali ke tahun 2013, barulah dia sedar yang Soo Min tu banyak buat khianat padanya. Tetapi ada juga kawan yang benar benar ikhlas berkawan dengan kita
5 Ulasan
Ramai eh yang layan cerita ni. Fiza tak berkesempatan lagi nak layan. Macam best pulak Jalan ceritanya...
BalasPadamDrama ni takde dalam netflix kan...
BalasPadamBab curang ni geram je kan.....
BalasPadamtgh lyn juga drama ni
BalasPadamsy rs si yura tu lg psiko dr suminah
lama tak layan drama k-pop
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan