Beli Barang di Watsons Deadorant habis ! Eyeliners pun seakan-akan tanda hampir habis . Maka nak tak nak kena terjah Watsons untuk beli barang- barang tersebut . Adakah CCL keluar hanya dua barangan tersebut atau sebaliknya ? Hahahah . Semestinya tidak !
Hah itu hasil pancingan dari Watsons . Nak beli dua barang jer , ehh terbeli barang lain pulak . Bahaya juga kalau sambil jalan sambil pandang produk itu produk ini alih- alih terambil letak dalam raga watsons .
Misi pencarian deadorant brand Simple yang selalu CCL pakai memang susah nak cari . Skincare brand Simple yang lain ada ya tetapi deadorant ni macam limited sikit . CCL sukakan deadorant Simple sebab tiada bau wangi-wangian . CCL tak selesa sangat pakai deadorant yang ada sedikit bauan. Memang tak boleh pakai , tambah-tambah kalau bauan tu kuat . Alahaiii memang jem .. pusing sana pusing sini memang takkan jumpa deadorant Simple so decide tykar deadorant Simple kepada brand Lady Speed Stick . Pernah pakai juga sebelum ni, bauan tu ada tapi tak berapa kuat sangat ,just sepintas lalu jer bauannya .
Untuk eyeliner, sekarang ni CCL prefer wardah sebab senang nak remove dan tak hitamkan bawah mata . Alih- alih sampai di tempat cashier, staff tersebut recomended untuk cuba eyeliner Maybelline ni , katanya function hampir sama dengan eyeliner Wardah , tetapi yang ini tajam dan senang nak dibentukan . Waterproof .. setelah penjelasan dari staff tersebut why not untuk cuba kan .. so far CCL sebelum nak tukar CCL tlakan tengok tarikh expired tu dulu, takut juga nanti stafff recommend barang makeup yang dh hampir expired . Kang nanti effect pada mata . Bahaya !
Mata terpandang pulak Buy 2 free 1 , so alang-alang shopping tu terus grab la . Sebab jarang- jarang sekali CCL nak masuk Watsons ni . Tetapi salah item pulak . Ingatkan body wash , lepas balik rumah perhati setiap item alamak terbeli hand wash rupanya . Sangkakan tadi body wash . Tapi its okay . Barang tersebut boleh pakai .
Last item yang CCL beli adalah Micellar Cleansing water . Dah ternampak , otak auto terfikir cleansing oil yang ada kat rumah hampir habis . Why not untuk beli juga kan ..
Ehh ada satu lagi terbeli mentos mint juga . Heheh .
Settle semua terus bayar dah taknak jalan-jalan lagi . Risau makin menambah barang dalam raga Watsons ni tau ..
Jumlah semua yang hangus RM71.90
Hangpa pun mesti sejenis perangai macam tu jugakan . Nak beli barang yang habis jer, alih-alih ada jer barang lain yang terikut balik .
6 Ulasan
banyak juga tu kan.. alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke panggal lengan.. tahun depan plak shopping di Watson :D
BalasPadamLama Cuya tak pergi watson.
BalasPadamCuya pon sepesen dengan akk juga.. nak beli barang lain, eh2 tiba2 ada barang lain yg tk dirancang masuk bakul. Heheheh... pompuan memg gitu kot kak?
Kalau Watson akak suka beli gel mandian jenama watson..murah dan jimat sebab botol besar2..selalu gak beli toiletries kat Watson..nak plak ada kad ahli kan..so banyak la promotion dan benefit yang ditawarkan
BalasPadamhahaha..memang taklah beli barang yang nak dibeli tu saja. haruslah geng geng dia angkut balik sekali. Suka beli handwash tu. Sekarang dah ada refill, beli yang refill je lagi dan guna bekas lama.
BalasPadamWatson kalau para isteri dah masuk mmg para suami semua menunggu di luar sahaja hahaha
BalasPadamAsal pakai.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan