PANTANG LARANG SEPANJANG TAHUN BARU CINA .


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


PANTANG LARANG SEPANJANG TAHUN BARU CINA . First CCL nak ucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2021" kepada seluruh kaum cina . Gong Xi Fa Chai . Ada yang dah dapat Ang Pow ke untuk tahun ni ? Alhmdulillah CCL setiap tahun dapat Ang Pow dari uncle . Dapat limau berkotak-kotak dan jugak hamper makanan . Terima kasih Uncle, setiap tahun tak pernah putus-putus berkongsi . 


So kalau hangpa nak tau kaum Cina pun ada tau pantang larang sepanjang tahun baru cina ni . Hangpa nak tau dak ? Terus baca ok . 



Info, TAHUN BARU CINA 2021, PANTANG LARANG PERAYAAN , PANTANG LARANG TAHUN BARU CINA , SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA ,



  • Tak dibenarkan sapu lantai pada hari pertama perayaan kerana ia diibaratkan seperti sapu rezeki .

  • Elakkan buang sampah pada hari pertama perayaan . Kalau boleh simpan dahulu dan boleh buang pada hari kedua perayaan .

  • Elakkan dari pecahkan barang di dalam rumah , nanti hilang kekayaan.

  • Masa perayaan , elakkan daripada tidur petang , sebab orang dulu-dulu cakap kalau tidur waktu pagi , satu hari perayaan tu tak ada "luck" dan akan jadi malas . Tu tanda orang malas . Lagi satu biasanya tetamu akan datang rumah pada waktu siang , so dianggap biadap kalau tidur siang untuk sambut tetamu . 

  • Orang yang belum berkahwin tidak boleh bagi "Ang Pow" kepada orang , tetapi hanya boleh menerima "Ang Pow" sahaja

  • Orang bujang boleh bagi "Ang Pow"  kepada ibu bapa tetapi tidak boleh letak duit dalam "Ang Pow" , kerana dikatakan orang bujang bagi "Ang Pow" nanti tak jumpa jodoh .

  • Tidak boleh cuci rambut pada hari perayaan .

  • Tidak dibenarkan cakap dengan kata-kata yang kurang baik .

  • Jangan kejutkan orang untuk bangun dari tidur. 

  • Elakkan memakai baju hitam pada hari raya pertama tahun baru cina.

  • Tidak dibenarkan membeli kasut semasa CNY sebab kasut dalam bahasa Cantonese "Hai"  membawa maksud mengeluh .

  • Duit dalam "Ang pow" mestilah jumlah yang genap . 

  • Elakkan makan bubur nanti jatuh miskin .

  • Jangan cucuk chopstick , nanti mengingatkan pada orang yang telah tiada.

  • Seelokknya duit dalam "Ang Pow" lebih baik disimpan sampai Chap Goh Meh baru bukak .

  • Kalau berhutang dengan org lain, clearkn hutang tu sebelum raya hari pertama. Jangan ada hutang pada tahun baru. 

  • Pantang pegang buku atau pun study time perayaan sebabnya buku dalam bahasa cina disebut "shu" simbolik kalah.

  • kalau ada kematian dalam keluarga, Chinese tak smbut CNY dah. Kena tnggu after 49 days atau 100 days dlu. Time ni diorang tak boleh  pergi rumah orang, tetapi boleh wish sahaja . Dalam 100 hari juga rambut dan kuku tak dibenarkan potong.

  • Hari pertama perayaan tong beras tidak boleh kosong ataupun tinggal separuh. Mesti kena penuhkan tong beras .

  • kalau ada anak-anak tak tidur dan berjaga dari tengah malam sampai pagi CNY, akan panjangkan umur parents.

  • Elakkan basuh & sidai baju semasa hari perayaan.


Itulah antara sedikit sebanyak perkongsian . Tak salah kalau kita pun tahu pantang larang kaum cina semasa hari perayaan mereka kan . 



Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. banyak jugak yee pantang larang nyee tuu :)

    BalasPadam
  2. Wah.. Macam macam pantang larang ye. Naniey tau yg 1st tu je. Tu pun sebab tengok upin ipin dengan pantang larang ang pow tu je..

    BalasPadam
  3. yang angpau tak leh bukan teruss tu kite tahu hehe

    BalasPadam
  4. Eza baru tahu pantang larang ni semua. Hehe. Dulu tahu sikit-sikit je. Macam jangan guna baju kaler hitam. :) Nice sharing. Done follow sini #2248

    BalasPadam
  5. ohh banyak pantang larangnya ya

    BalasPadam
  6. Banyaknya pantang larang. Saya tahu dua jew : Tak boleh sapu sampah dan elakkan pakai baju hitam time raya.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan