MENIKMATI UBI KAYU REBUS DIMAKAN BERSAMA NYIOR DAN GULA MERAH DI WARUNG TEPI SAWAH, BINTONG PERLIS

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


MENIKMATI UBI KAYU REBUS DIMAKAN BERSAMA NYIOR DAN GULA MERAH DI WARUNG TEPI SAWAH, BINTONG PERLIS  Jarang-jarang sekali CCL,nak jelajah warung-warung untuk sarapan pagi . Selalunya beli bungkus kalau rajin sikit memasak lah kat dapur tu . Untuk lagi yang cerah di Perlis pada hari ni , CCL  nak kongsi dengan hangpa semua satu menu yang boleh dikatakan menu tradisi nenek moyang dahulu kala . Ubi kayu rebus . 


Zaman nenek moyang kita dulu menu ni memang popular lah sebagai salah satu makanan ruji harian diorang bagi masyarakat kampung dan petani . Bagi zaman sekarang ni menu ni bagi CCL dianggap salah satu "menu rare @ menu lagend" . Kalau dulu di kampung-kampung banyak ditanam ubi-ubi kayu , sekarang susah nak nampak pokok ubi kayu . Kalau nak beli harganya memang mahal sikit . 


Teringat dulu arwah tok yang ajar makan ubi kayu yang direbus di makan bersama nyior/kelapa parut dan gula/gula merah . Memang sedap sangat . Sekarang susah nak jumpa menu ni . Tapi di Perlis ni ada salah satu warung yang menyediakan juadah-juadah menu lagend antaranya lempeng kelapa , ubi kayu rebus , putu mayang dan banyak lagi lah . 




Disebabkan lama tak makan ubi rebus ni , so CCL memilih menu ini untuk sarapan pagi . Yang bestnya apabila hidangan yang dipesan dah sampai ke meja , boleh nampak ubi rebus tu panas-panas berasap. Baru sedap dimakan . 


So bagi hangpa yang singgah ke negeri Perlis , nak merasai menu-menu lagend ni boleh waze Warung Tepi Sawah , Bintong Perlis . Suasananya tepi jalan, pemandangan tepi sawah padi , ada rooftop untuk menjamah sarapan pagi sambil cuci mata dengan pemandangan sekitar warung tersebut . Jangam lupa singgah  .


Location : Warung Tepi Sawah, Bintong Perlis

12 ulasan:

  1. Bestnya makan di warung tepi sawah. Rindu nak gi Perlis. Breakfast klasik tapi sedap

    BalasPadam
  2. Lama dah tak jumpa menu ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tue. Makanan org dulu-dulu .Sekarang pokok ubi kayu tak ramai yg tanam

      Padam
  3. Sedapnya ubi kayu rebus. Tak pernah makan dengan kelapa parut dan gula merah. Biasa di selatan makan dengan sambal tumis :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sini ada dua pilihan sama ada nk mkn dgn sambal tumis or kelapa parut . CCL lebih suka mkn dgn kelapa parut

      Padam
    2. Ohh ada dua dua. Ingatkan memang makan dengan kelapa parut je. Tq for info :)

      Padam
  4. Sedapnya..mmg susah nak jumpa menu2 macamni sekarang..kat KL lagi lah, memang tak ada rasanya menu2 tradisi ni..

    BalasPadam
  5. Pernah makan sekali mmg unik rasanya

    BalasPadam
  6. fuhhh sedap kalau dpt makan ni. ubi rebus suka mkn dgn gula atau kelapa parut pun dh sedap

    BalasPadam
  7. masa banjir mmg ubi kayu la kudapan yg mengenyangkan pd waktu pagi..

    BalasPadam
  8. uish makan dengan gula merah.. first time tengok..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Adbox

@templatesyard