SINOPSIS DRAMA AKU YANG KAU GELAR ISTERI

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


INFO , DRAMA , AKU YANG KAU GELAR ISTERI , DRAMA SAMARINDA , PELAKON DRAMA AKU YANG KAU GELAR ISTERI, SINOPSIS DRAMA AKU YANG KAU GELAR ISTERI , LAGU OST DRAMA AKU YANG KAU GELAR ISTERI


SINOPSIS DRAMA AKU YANG KAU GELAR ISTERI  Bagi mengisi slot Samarinda TV3 kali ini, drama Aku Yang Kau Gelar Isteri akan disiarkan bagi menggantikan Takdi Yang Tertulis iaitu bermula 17 Februari 2021.

Drama kali ini sedikit berbeza dengan drama-drama lain yang pernah dimainkan di slot Samarinda. Kali ini TV3 membawakan drama seram bagi drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini dengan menampilkan barisan pelakon seperti Adi Putra, Sharifah Sakinan dah Nadia Brian.

Janji Setia, Disihir Cemburu

Tayangan : 15 episod di TV3 (Slot Samarinda) - aplikasi iQIYI
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penerbit : Shuhaimi Lua, Wan Siti Fatimah dan Fazrien Ziear
Terbitan : Tanah Beris Film Production
Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pelakon : Dato' Adi Putra, Nadia Brian, Sharifah Sakinah, Atiq Azman, Baby Azreen, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Kuza, Zaki Azeman, Lana Nordin, Ummar Dzariff dan ramai lagi.

Jalan cerita drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini bermula apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).

Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian. Saksikan drama ini sehingga tamat.


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. kiter dgn mak tgk jugak episod 1 semalam.. habeslah nti kena sihir dek laila T__T

    BalasPadam
  2. tggu habis baru marathon :)

    BalasPadam
  3. Ada unsur mistik. Takut la 😱

    BalasPadam
  4. Cerita yang menarik. Tengok juga cerita ni.

    BalasPadam
  5. akak tengok drama ni sebab jalan cerita dia lain dari slot samarinda sebelum ni...cuma k.fiezz ni penakut..haha. so memang standby bantal je lah kat tgn..keluar je hantu ke apa, terus bantal dpn muka...haha

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan