McFLURRY POPPING CANDY SEAKAN SAMA DENGAN McFLURRY SEA SALT

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


McFLURRY POPPING CANDY SEAKAN SAMA DENGAN McFLURRY SEA SALT  Agaknya sudah lama juga CCL tak terjah McDonalds , memandangkan McDonalds ada keluarkan pencuci mulut terbaru , so gagahkan juga drive-thru ke McDonalds untuk merasai McFlurry Popping Candy . Semasa CCL nampak iklan gambar McFlurry Popping Candy ni , CCL dapat agak rasanya seakan McFlurry Sea Salt . tetapi disebabkan teringin juga nak merasai . so relakan diri drive-thru walaupun waktu drive tu terpaksa tunggu beberapa minit disebabkan terlalu sesak  ,


Selesai order Mcflurry popping candy tersebut , apa tunggu lagi terus jamah la sebelum cair . cuaca kat luar pun boleh tahan juga panasnya . kalau tunggu nak sampai di rumah mau lebur dulu lah aiskrim ni . First impression nampak McFlurry ni comel sangat dengan gabungan warna biru dan jugak pink pada popping candy tersebut . 


Baca juga : McDonalds McFlurry Sea Salt


HARGA MCFLURRY POPPING CANDY,MCFLURRY POPPING CANDY,MCFLURRY,REVIEW,mcdonalds,MAKANAN,RASA MCFLURRY POPPING CANDY,REVIEW MCFLURRY POPPING CANDY,

Setelah beberapa kali suapan masuk ke mulut , yes tekaan CCL betul ,rasa  McFlurry Popping Candy sama seperti McFlurry Sea Salt . Cuma ada kelainan sikit tambahan popping candy bagi nampak menarik  . Yang bestnya bila makan aiskrim ni dengan gabungan popping candy dapat rasa letupan - letupan kecil dalam mulut , rancak aje dia meletup yer . 


Rasa McFlurry PoppingCandy ni memang agak manis dan masin  , digabungkan sekali memang sukar juga nak ditelan . Sirap biru yang sangat-sangat memberi kemanisan pada aiskrim tersebut , tetapi kalau digaul rata bersama aiskrim vanilla tersebut mungkin akan kurang rasa manis - manis masin tu . 


cukuplah sekali percubaan , berkali-kali cuba kang tak pasal muda-muda dapat kencing manis tak pun darah tinggi . 



Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. yang ni tak cuba lagi. insyaAllah nanti-nanti bolehlah kita cuba ya

    BalasPadam
  2. Tentu sedap ada candy pop pop tu. Mcflurry sedia tahu yummy..

    BalasPadam
  3. Betul. Sekarang ni menu-menu baru makin manis. Nak makan sampai habis pun tak daya.

    BalasPadam
  4. kalu choc sure laju .. he he he...

    BalasPadam
  5. Terliur tengok... dua-dua belum pernah rasa.

    BalasPadam
  6. memula rs mcm nk try..tp bila tau tahap manis tu rs risau nk try.. haha

    BalasPadam
  7. rupanya cantik, warna-warni macam aiskrim unicorn

    BalasPadam
  8. dua2 saya tak pernah rasa, popping candy ngan sea salt

    BalasPadam
  9. Kaler menarik.. pastel sangat kan? tapi kalau manis tu kurang sikit nak mencuba.. yg paling sy suka yg nestum tu dulu... kalau teringin, beli aiskrim vanilla pastu tabur je nestum.. diy je..hihi

    BalasPadam
  10. letop letop tu teringat makan coklat ada letop letop dulu. McDonalds McFlurry Sea Salt pun saya tak sempat rasa lagi Lyana. Entah bila nak muncul lagi edisi salt sea tu. Nanti bolehlah cuba popping candy ni kalau dah kata seakan akan rasanya.

    BalasPadam
  11. Macam-macam mc flurry ada ya..ketinggalan sungguh akak ni..hihi

    BalasPadam
  12. Dua-dua tak pernah makan lagi. Ada masa nati boleh lah cuba ni.

    BalasPadam
  13. Dah lama tak makan aiskrim mcflurry. Huhuhu

    BalasPadam
  14. kite punya die buat selebet je tau..dah la x byk pon candy pop tu..stress kite

    BalasPadam
  15. Tak pernah try McFlurry selain Oreo. Nak try yg lain la juga nanti

    BalasPadam
  16. Belum cuba lagi Mcflurry Popping Candy ni. SeaSalt pun tak cuba lagi. Nak cuba yang popping candy ni lah kalau lebih kurang seasalt. Yang seasalt tu lama dah habis kan.

    BalasPadam
  17. Anak ammi ada cuba haritu.. Dia x suka

    BalasPadam
  18. Warna nampak menarik, tapi tak rasa teringin nak try..huhu

    BalasPadam
  19. Lebih kurang sea salt cuma letak popping saja. Mcd rotate aiskrim ni

    BalasPadam
  20. Nampak sedap tapi sebab ada letup2 tu, tak berapa berkenan pulak.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan