CARA MUDAH RENEW PASPORT MALAYSIA SECARA ONLINE TANPA KE KAUNTER

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


CARA MUDAH RENEW PASPORT MALAYSIA SECARA ONLINE TANPA KE KAUNTER   Alhamdulillah Perdana Menteri pun sudah umumkan rakyat Malaysia sudah pun boleh mula rentas negeri . tak berapa lama lagi nak buka sempadan kan , dah lama sangat terkurung di negeri sendiri, ni pasport pun dah expired, rasanya nak kena renew lah pasport . Tapi malas betul nak pergi pejabat imigresen tu…biasa lah zaman sekarang ni malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai . Virus ni ada je di merata-rata tempat , Persoalannya  boleh ke kalau kita renew pasport online je ? Semestinya boleh . CCL akan share untuk korang yang kaki travel cara renew passport secara online .Sebelum korang kaki-kaki travel mahupun backpakers  pergi ke luar negara, penting sangat tau untuk  pastikan pasport korang mempunyai tempoh sah laku melebihi 6 bulan dari tarikh akhir korang balik.Kalau asyik rasa tak sempat dan susah nak keluar ke pejabat imegresen, korang boleh memperbaharui pasport Malaysia secara atas talian

 

CARA RENEW PASPORT MALAYSIA SECARA ONLINE

MyOnline Pasport telah diperkenalkan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia hanya melalui online dengan membuat bayaran menggunakan kad kredit atau online banking (FPX).

 

CARA RENEW PASPORT ONLINE TANPA KE KAUNTER


CARA RENEW PASPORT , CARA RENEW PASPORT SECARA ONLINE , KADAR BAYARAN RENEW PASPORT , CARA RENEW PASPORT TANPA KE KAUNTER , INFO , INFO SEMASA , PASPORT , BUKU PASPORT , PERMOHONAN PEMBARUAN PASPORT MALAYSIA , RENEW PASPORT MALAYSIA

Cara-cara membuat permohonan pembaharuan pasport Malaysia di Jabatan Imigresen Malaysia secara online adalah seperti berikut:


1. BUKA MYIMMS E-SERVICES

Mula-mula, pergi ke myIMMs e-services di pautan https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport . Setelah membaca terma dan syarat, klik butang ‘Agree’ untuk meneruskan proses pembaharuan pasport korang.

 

2. ISI MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

Seterusnya, korang perlu mengisi maklumat dan butiran peribadi yang diperlukan untuk melengkapkan pembaharuan pasport.Pastikan korang dah sediakan pasport lama di depan komputer supaya mudah nak buat rujukan nanti.

 

3. PILIH CAWANGAN KUTIPAN

Kemudian, korang boleh google cawangan pejabat imegresen yang paling dekat dengan rumah atau pejabat korang.So, senanglah nak pick up bila dah siap nanti.


4. UPLOAD GAMBAR MENGIKUT KRITERIA YANG DITETAPKAN

Seterusnya upload softcopy gambar yang mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya background gambar mesti warna putih, baju / tudung warna gelap. Boleh baca selanjutnya di laman web tersebut.Kalau nak selamat, scan gambar yang dah diambil dekat kedai gambar tu

 

5. BUAT BAYARAN

Lepas dah upload gambar tadi, bolehlah buat pembayaran yang diperlukan secara online.

 Kadar bayaran adalah seperti berikut

i. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200

ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

 

6. SIMPAN RESIT

Setelah semuanya selesai, korang akan mendapat maklumat transaksi seperti status, nombor resit, cawangan kutipan, tarikh kutipan dan masa kutipan.

 


p/:  Sila bawa bersama-sama resit, kad pengenalan dan pasport asal. Bagi pemohon di bawah 18 tahun, sila bawa juga kad pengenalan penjaga dan surat beranak.



Catat Ulasan

0 Ulasan