KEBENARAN RENTAS NEGERI 11 OKTOBER 2021 DAPAT JUGAK JEJAK KAKI BALIK KE KAMPUNG

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


KEBENARAN RENTAS NEGERI 11 OKTOBER 2021 DAPAT JUGAK JEJAK KAKI BALIK KE KAMPUNG Minggu ni agak sibuk sikit dengan kerja di office , sehinggakan blog sedikit terabai untuk 3 4 hari , blogwalking blog kawan-kawan pun tertunda buat sementara waktu . hari ini disebabkan ada sedikit masa terluang so CCL luangkan sedikit masa untuk update entri dan ziarah blog rakan-rakan blogger . Pada 10 Oktober 2021 yang lalu Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan satu berita gembira buat semua rakyat Malaysia . Berita yang ditunggu-tunggu buat saban hari ialah pengumuman kebenaran rentas negeri yang telah diputuskan sendiri oleh Dato Sri Ismail Sabri iaitu dibenarkan pada 11 0ktober 2021 iaitu jatuh pada hari Isnin .


RENTAS NEGERI,KEBENARAN RENTAS NEGERI,CERITA CCL,

syukur alhamdulillah bila dengar berita tersebut , tak lain tak bukan terbayang - bayang akan halaman kampung  11 oktober 2021 jatuh pada hari Isnin dimana hari tersebut merupakan hari 'Offday" untuk CCL , bermakna dalam seminggu CCL akan bercuti pada hari isnin sebagai cuti mingguan . so tak perlu CCL apply cuti untuk balik kampung , memandangkan kampung CCL diseberang negeri sahaja , tak sampai 1jam sudah selamat jejak kaki ke kampung . 


Ramai yang gembira bila dapat berita kebenaran rentas negeri dan ramai juga yang tengah plan untuk bawa keluarga pergi bercuti - cuti  . bagi CCL tak penting lagi untuk plan bercuti ke mana-mana asalkan dapat balik kampung lepaskan rindu family dikampung itu sudah cukup gembira . walaupun keadaan di kampung sudah tetap semeriah dahulu , tetapi CCL akan tetap balik untuk ziarah pusara arwah tok dan juga arwah tokwan yang sudah pergi menghadap illahi . 


RENTAS NEGERI,KEBENARAN RENTAS NEGERI,CERITA CCL,

Aktiviti utama bila sampai dikampung adalah jejakkan kaki ke kawasan kubur , ziarah puasa arwah nyiang , pusara arwah tok dan juga pusara arwah tokwan . pusara - pusara arwah semuanya dalam satu kawasan perkuburan yang sama , arwah nyiang sudah lama meninggal hampir beberapa tahun yang lalu . arwah tok pulak  baru 1 tahun 9 bulan meninggalkan kami semua .arwah tok dikebumikan di tanah perkuburan yang sama cuma seang beberapa buah pusara sahaja dari pusara arwah nyiang.  terbaru CCL sekeluarga kehilangan arwah tokwan pada tahun ini , baru sahaja 3 bulan . 30 oktober ini genap 4bulan arwah tokwan meninggal . bila dah dapat rentas negeri , memandangkan arwah tokwan baru meninggal ini kali ketiga CCL dapat ziarah kubur arwah tokwan . alhamdulillah pusara tokwan dah diletakkan batu nisan tertera dengan nama beliau , rasa sayu pula bila jenguk kesemua pusara . rasa rindu yang tak digambarkan . lepas rindu pada pusara tanpa boleh menatap wajah-wajah mereka . 


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. seronok sgt kan dpt balik kmpung..
    xpe nt blh pegi holiday plak.. =)

    BalasPadam
  2. Al Fatihah buat semua yang telah pergi.... Alhamdulillah dah boleh merentas

    BalasPadam
  3. Kebenaran merentas negeri kalini mcm takde erti sgt buat ammi. Tak macam masa PKP 1.0, 2.0.. kalini kalau rentas pun mama dah xde. :(

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.
    Seribu syukur dapat balik kampung.
    Mudah-mudahan kami pun dapat rentas negeri juga.

    BalasPadam
  5. Syukur. Sekarang kawasan perumahan dah tak sama macam dulu.

    BalasPadam
  6. al fatihah, sayu je tgk pusara...
    iyer..semua jalan jam lepas umum leh rentas negeri

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, bila dah boleh balik ke kampung, bolehlah lepaskan rindu kita pada keluarga di kampung setelah lama kita berjauhan...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah lepas sekian lama terpisah kan, akhirnya dapat juga pulang lepaskan rindu dgn family. semoga dipermudahkan urusan CCL dan stay safe ya :D

    BalasPadam
  9. Ya syukur boleh balik kampung...

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah dpt tgk pusara dh terubat rindukan

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah...hati gembira bila dapat rentas negeri. Balik kampung diutamakan dulu sebelum bercuti.
    Dapat juga ziarah kubur.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan