Advertisement

Responsive Advertisement

SALAM MAULIDUR RASUL 1443H

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

SALAM MAULIDUR RASUL 1443H Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu Tarikh keramat dalam sejarah umat islam di seluruh dunia  iaitu kedatangan Nabi Muhammad SAW merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah yang Allah berikan kepada alam semesta . Pada tahun ini semua umat Islam di seluruh Malaysia sama-sama dapat menyambut sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada hariSelasa 19 Oktober 2021 bersamaan dengan tahun 1443H.

 

MAULIDUR RASUL . MAULUD NASI , AMALAN SEMASA MAULIDUR RASUL , PAHALA BERGANDA ,INFO AGAMA, TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1443H ,

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1443H

‘Manhaj Rabbabni Ummah Berkualiti”

-suatu motivasi kepada ummah untuk meletakkan nilai ‘Rabbani’ iaitu mejadikan Allah SWT segala-galanya dalam mendepani apa jua keadaan dan situasi getir dan sukar . ia diinspirasikan daripada sifat an sikap nabi Muhammad SAW itu sendiri .

-Sifat terpuji Nabi Muhammad SAW yang wajar diikuti ialah bersifat benar dalam semua perkataan dan perbuatan  , bersifat jujur , dipercayai  dab juga bijaksana dalam menyampaikan dakwah .

-Nabi Muhammad SAW seorang pmimpin yang beretika tinggi dengan akhlak yang mulia merangkumi sifat integrity , kejujuran dan Amanah sehingga baginda diberi gelaran Al-Amin .

-Nabi Muhammad SAW juga mengamalkan sikap terbuka dan sentiasa mendengar buah fikiran ramai menerusi konsep ‘syura’

-Nabi Muhammad SAW sangat tawaduk dan sentiasa mengagungkan kehebatan Allah SWT yang menjadikan baginda seorang peminpim yang tidak terpengaruh dengan sifat tamak dan sifat mementingkan diri sendiri dengan kebesaran dunia

-Nabi Muhammad SAW sentiasa menyuruh berbuat kebaikkan dan mencegah kemungkaran .

 

Amalan yang boleh dilakukan sempena sambutan Maulidur Rasul

-berpuasa

-berselawat

-berhimpun di Masjid

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. InshaAllah. Salam Maulidur Rasul CCL, selamat bercuti

    BalasPadam
  2. Allahumma salli aala saiyidina Muhammad

    BalasPadam
  3. Marilah kita berselawat. Mudah-mudahan kita dapat syafaat baginda S.A.W di sana..

    BalasPadam
  4. اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
    Teruskan berselawat dan jadikan amalan setiap hari. Semoga kita mendapat syafaat dan pembelaan dari Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti.

    BalasPadam
  5. Selawat hari2... salam maulidur rasul

    BalasPadam
  6. Teruskan berselawat dan istiqomah ikut sunnah Rasulullah SAW.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan