RESEPI : SAMBAL HIJAU PETAI IKAN BILIS CAMPAK-CAMPAK AJE

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


RESEPI : SAMBAL HIJAU PETAI IKAN BILIS CAMPAK-CAMPAK AJE Petang tadi bersiar-siar ambil angin di tepi rumah, tiba-tiba terpandang pokok petai yang berbuah . Apa lagi CCL mula terjah pokok petai tersebut . Pokok petai tersebut ialah kepunyaan tokwan CCL , berbuah tak banyak kali ini , untuk makan sikit-sikit sudah cukup . CCL ambil beberapa papan petai . Isi petai ada yang kecil ada yang besar . CCL perisi (buang kulit) petai lalu teringat nak cuba resepi sambal hijau petai ikan bilis . Selalu buat sambal petai biasa . Kali ini tak salah cuba menu baru . 



RESEPI, SAMBAL HIJAU PETAI IKAN BILIS, RESEPI SAMBAL HIJAU PETAI IKAN BILIS, CARA MUDAH MEMBUAT SAMBAL HIJAU PETAI IKAN BILIS, SAMBAL PETAI HIJAU IKAN BILIS SEDAP



Bahan-bahan yang dikisar 

-bawang merah

-bawang putih

-belacan

-kunyit hidup


Bahan-bahan lain 

-petai 

-ikan bilis (digoreng rangup)

-belacan

-gula 

-garam

-asam keping

-sos tiram 

-minyak masak 



Cara penyediaan 


1.Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama asam keping , gula , garam dan sedikit sos tiram . Tumis sehingga pecah minyak .


2.Masukkan petai dan juga ikan bilis, gaul sehingga sebati . Siap untuk dihidangkan .



Dapat ni tak ada lauk lain pun tak apa dah .Sambal  hijau petai ikan bilis pedas makan dengan nasi putih . 


Selamat mencuba .



Tips : Walaupun bau petai membuatkan sesetengah individu kurang selesa, namun tiada siapa dapat menafikan khasiat petai. Kalau korang kurang selesa dengan bau petai, selepas makan petai, minum kopi tanpa gula ia dapat membantu mengurangkan bau petai.




Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Saya suka sambal hijau, tapi petai saya tak makan. Hehe

    BalasPadam
  2. Terlioq aihhhhh. Anything about petai, Ain onz teruk! mantap betul dengan sambal hijau pulak. Kecoq yaqlioq

    BalasPadam
  3. Sedapnya. Rezeki dapat makan petai fresh.

    BalasPadam
  4. Sedapnya, suka sangat petai, thanks for the recipe, sambal hijau tu menyelerakan..

    BalasPadam
  5. Sedap sambal hijau campur petai.

    BalasPadam
  6. kaki petai mmg suka ni😊

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan