Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI : AGAR-AGAR SAGU PELANGI SEMUDAH 6 BAHAN Dua tiga hari lepas ada ternampak resepi dari page "Buat Orang Lapo" . Kalau korang masih lagi tak tahu page "Buat Orang Lapo" ini adalah salah satu page yang berkongsikan segala pelbagai macam jenis makanan . So CCL tertarik dengan dessert yang dikongsikan oleh admin page "Buat Orang Lapo"
Hari ni saya dah berjaya cuba resepi dari page "Buat Orang Lapor" . Bila dah berjaya buat of course la CCL nak kongsi dengan korang followers blogger CCL . Resepi yang cukup simple .CCL nak ajak korang buat resepi "Agar-agar sagu pelangi semudah 6 bahan". Agar-agar ni sangat sedap dan lembut. Cara membuatnya sama seperti buat agar-agar biasa cuma ada tambahan sagu kat dalam agar-agar ni. Agar-agar ni boleh dimakan macam tu je ataupun dimakan dengan susu cair dan juga air gula.
Bahan-Bahan
Air secukupnya
-1 paket Sagu
-Pewarna Makanan
-3 cawan (750 ml) Air
-10 gm (1 paket kecil) Serbuk Agar-Agar
-¾ cawan (150 gm) Gula
-1 cawan (250 ml) Susu Cair
Cara membuat
-rebus sagu sampai mendidih sehingga sagu hilang mata putih dan menjadi transparent (jernih)
-selepas sagu betul-betul kembang korang boleh tapiskan sagu dan lalukan sagu bawah air paip untuk buang segala kanji yang ada pada sagu , supaya sagu akan nampak berbiji-biji .
-sambil tu korang boleh masak agar agar sehingga mendidih dan masukkan susu cair, gula dan esen vanila. Untuk esen vanilla ini terpulang pada korang sama ada nak letak ataupun tan nak letak .
-asingkan sagu dalam beberapa bekas untuk dimasukkan pewarna .kemudian masukkan agar-agar yang siap mendidih tadi ke dalam sagu yang sudah dicampurkan pewarna dan gaul . Tuangkan dalam acuan . CCL hanya asingkan tiga bekas untuk tiga pewarna sahaja .
-biarkan lapisan pertama supaya sejuk sedikit untuk dilapiskan dengan lapisan yang seterusnya .
-masukkan dalam peti sejuk dan siap untuk dihidangkan .
Tips : CCL akan toreskan agar-agar yang sedikit beku dengan pisau sebelum nak masukkan lapisan kedua supaya lapisan pertama dan juga lapisan ledua bercantum dengan rata . Ini juga tips yang CCL dapat dari admin "Buat Orang Lapo"
15 Ulasan
cantik kaler kaler
BalasPadamcik nor penah try jga dulu, sedapp
CCL buat 3 lapisan je
PadamSedap nyaaa makan time sejuk2 ni.. Makan seketul konpom nk makan seketul lagi ni hehe
BalasPadamBetul . Asal nampak peti ais je terbayang ada agar2 sagu dlm peti .selagi xhabis
Padamnampak macam sedap gila...yummm
BalasPadamSedap . Cuba la .
PadamBerwarna-warni.. Menarik perhatian untuk makan..
BalasPadamHa"a kan . 3 lapisan warna je buat
PadamTak pernah lagi makan. Nampak best sangat tu. Lagi-lagi warna yang cukup striking tu.
BalasPadamSaja cuba resepi baru .time2 pkp ni duduk2 rumah bosan jugak tiada buat apa
Padamalahai comelnya agar2..
BalasPadamcolourful!
canteknya! cnfirm sedap niii. :)
BalasPadammenarik betul warnanya. Ada tambah sagu lagi tu. Memang buat orang lapo terus tengok :)
BalasPadamAlamak sekarang CCL buat reader blog ni lapo. Hehe
BalasPadamagar2 unicorn ke ni😊😊
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan