CUKUP SEBULAN PEMERGIAN ARWAH TOKWAN

  


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


CUKUP SEBULAN PEMERGIAN ARWAH TOKWAN Hari ni 30 Julai 2021, sudah cukup sebulan pemergian arwah tokwan CCL. Rindunya pada arwah tokwan memang akan selalu terpahat pada hati CCL, memandangkan CCL memang sangat rapat dari kecil lagi sehinggalah arwah tokwan hembuskan nafas terakhir . Bila dapat berita yang menyedihkan itu memang CCL rasa sedih teramat sangat . Lagi-lagi apabila jenazah siap dikafan kan, CCL tatap muka arwah tokwan dengan sepenuhnya seakan tidak percaya akan pemergian tokwan .



Ziarah kubur arwah tokwan selepas sebulan pemergian


Untuk pengetahuan semua tokwan CCL meninggal disebabkan saluran pendarahan utama di bahagian bocor dan berlaku pendarahan yang banyak dalam perut . Arwah tokwan selalu mangadu sakit perut, kadang-kadang ok , kadang tak ok . Pernah juga mak saudara bawa tokwan pergi check up di klinik, tapi dokter hanya cakap sakit perut biasa . Sehinggalah pada satu malam, sakit perut tokwan memang tak tertahan sangat-sangat beliau minta anaknya , iaitu pak saudara CCL sendiri (pakngah) minta bawanya ke Hospital Tunku Fauziah,Kangar (HTF) . Tokwan CCL tinggal di Kodiang, Kedah, begitu juga dengan mak saudara (maklang) dan juga pak saudara (pakngah) . Memandangkan HTF yang paling dekat so tokwan dibawa kesana dengan segera ke bahagian kecemasan . 


Setelah masuk bahagian kecemasan untuk check up seluruh badan tokwan, tokwan kena admit di wad selama dua hari . Dokter bagitahu sakit perut tokwan bukan biasa-biasa, saluran darah utama bahagian perut dah bocor . Tapi doktor dah suntik dengan gel supaya bahagian bocor itu tertampung untuk sementara waktu . Saluran darah utama di bahagian perut tokwan yang bocor perlu dilakukan pembedahan kecil, memandang HTF tak ada doktor yang pakar so HTF akan hantar tokwan melakukan pembedahan di Hospital Kuala Lumpur. Tapi malangnya, doktor di Hospital Kuala Lumpur tidak dapat terima pesakit memandangkan keadaan covid-19 di sana amat tinggi dan amat membimbangkan . So pembedahan tergendala, doktor pun bagi nasihat kebocoran tersebut tak banyak dan amat sikit so boleh bertahan sehingga pembedahan dilakukan . 



Keadaan arwah tokwan selepas discharge.stay seminggu dirumah dengan family CCL


Selepas dua malam tokwan bermalam di HTF, akhirnya tokwan dapat juga discharge, tapi tak balik Kodiang, tokwan tinggal dengan family CCL di Perlis . Memandangkan jarak rumah CCL dan HTF sangat dekat , so kalau jadi apa-apa senang nak uruskan . Selama seminggu tokwan dirumah alhamdulillah tokwan nampak sihat, kadang-kadang dia cakap berasa tak selesa bahagian ari-ari . Kadang-kadang ok . Kadang berselera makan, kadan tokwan cakap tak boleh makan banyak , nanti sakit perut . Tokwan nampak sihat tapi diri sendiri yang tanggung tokwan sendiri yang tahu.


Gambar terakhir bersama arwah tokwan sebelum tokwan balik rumanya .
 

Selepas seminggu, tokwan tingggal bersama family CCL, selepas selesai urusan medical check-out di HTF, khabarnya tokwan nak balik ke rumahnya di Kodiang. Katanya dah terlalu lama tinggal sini . Seminggu . Tokwan rindu padi, rindu ayam-ayam kat rumah . Hari isnin petang tokwan gerak,balik rumahnya . Sebelum balik sempat familly CCL bergambar dengan tokwan . Tarikh 28 Jun 2021 CCL tak akan lupa sampai bila-bila, itu hari terakhir CCL spend time bersama arwah tokwan, hari terakhir CCL salam, peluk cium arwah tokwan, hari terakhir CCL bergelak ketawa dengan arwah tokwan , dan juga merupakan lambaian terakhir cucu-cucu kepada tokwan dan juga lambaian terakhir tokwan kepada cucu-cucu . Memang tak dapat dijangka keadaan sebegini 


Malam selasa selepas selesai solat isyak , tokwan mengadu sakit perut datang lagi, kali ini sakit sangat-sangat, segera tokwan dihantar ke HTF semula, tokwan ditolak terus masuk ke zone merah , khabarnya saluran darah utama tokwan yang bocor hari tu dah pecah dalam perut , dokter supaya upaya membantu untuk menutup semula kebocoran tetapi gagal . Setelah doktor suntik semula gel, tokwan tak dapat bertahan dengan lama . Sebelum tokwan hembus nafas terakhir sempat dia menatap anak cucu menantunya . 


Selesai solat jenazah, dalam perjalanan bawa arwah tokwan ke tanah perkuburan


Tepat hari Rabu 30 Jun 2021 pada jam 1.30pagi arwah tokwan hembus nafas terakhir.Tokwan pergi dengan keadaan yang tenang, degupan jantung dan penafasan turun dengan tenang sahaja . Allah ambil arwah tokwan dalam keadaan yang tenang . CCL sebagai cucunya redha dengan pemergian arwah tokwan . 




Arwah tokwan selamat dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan kampung di Kodiang kedah, urusan mandian jenazah semua diuruskan oleh pihak hospital . Jenazah arwah tokwan disembahyangkan di rumah arwah tokwan pada jam 11pagi dan selesai urusan semua pada jam 12 tengahari


Al-fatihah untuk arwah tokwan 

Haji Ismail bin Sudin 

27 Julai 1950 - 30 June 2021

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Al- Fatihah untuk arwah tokwan..
    Kadang sakit nampak macam biasa tapi bila check up kat hospital baru tahu apa yang jadi sebenarnya..
    Klinik kalau check up memang biasa2 je..

    BalasPadam
  2. Al fatihah. semoga arwah tokwan ditempatkan dikalangan orang2 beriman.

    ccl beruntung ada banyak kenangan gambar dengan arwah. Ain tak ada :( ralat sangat. bila dah tak ada ni mampu ulang2 tengok gambar yang sama saja

    BalasPadam
  3. Rezeki Lyana dapat spend masa bersama tokwan di saat akhir.

    Al-Fatihah untuk tokwan Lyana

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

    BalasPadam
  4. Alfatihah buat arwah Tok Wan..

    BalasPadam
  5. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solih.

    BalasPadam
  6. Al fatihah semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan