Assalamualaikum dan salam sejahtera
AISKRIM KELAPA HAMPIR CAIR DALAM TEMPURUNG Selamat petang korang semua, cuaca tempat korang kat sana macam mana ya ? Panas terik ? Mendung ? Hujan ? Kalau kat peqelih ni panas terik . Bila dah panas terik ni mula laa dahaga bermacam jenis air berais . Tak kisahlah ais kacang, ais kepal, dessert sejuk-sejuk yang penting dapat menghilangkan haus dahaga . Biasa laa panas-panas terik ni kena banyakkan minum air masak .
Actually petang terik-terik ni, gagahkan diri untuk keluar topup barang dapur serba sedikit . Biasa la hujung-hujung minggu ni banyak pulak orang . On the way nak balik mata terpandang pulak ke "aiskrim kelapa" . Lama pulak tak makan, so singgah bagi rezeki dekat akak ni sikit .
Biasanya kalau nak makan aiskrim dalam kelapa ni selalu masuk Hatyai laa . Disana boleh dikatakan syurga makanan . Semuanya sedap-sedap . Sekarang disebabkan pandemik Covid-19 tak boleh berjalan ke mana-mana . Even teringin nak makan masakan apa pun kena effort masak sendiri takpun beli kedai . Tapi kalau rasa tak sama tak puas juga nak makan .. Mujur kat Perlis ada juga kiosk menjual Aiskrim kelapa .
Aiskrim kelapa dapat sekali dengan buah kelapa ?
Ya . Aiskrim bersama sebiji kelapa . Memang sedap dalam aiskrim bukan hanya ada aiskrim semata-mata , tapi ada juga bahan-bahan yang lain seperti pulut hijau , jagung, buah kana, jagung, nata de coco, pearl dan taburan kacang . Memang sedap sangat . Aiskrim yang diletakkan dalam tempurung bukan semata-mata aiskrim vanilla tau , tapi dapat rasa aiskrim vanilla gabungan dengan aiskrim kelapa, . Isi kelapa pun ada jugak tau . Memang berpuas hati laa makan aiskrim kelapa ni . Harga pun tak mahal . Hanya RM6 sahaja murahkan ? . Sesekali kalau dah teringin boleh cuba lagi memang highly recommended sangat-sangat . Cukup rasa .
Tapi itu laa, sementara nak sampai rumah , cair lah sedikit aiskrim tu . Mujur jarak kiosk aiskrim kelapa dengan rumah ni tak jauh mana, kalau tidak sampai-sampai je terus cair semua tak nampak bayang aiskrim itu lagi kan .
Alhamdulillah dapat merasa aiskrim kelapa.
13 Ulasan
Ha k ret first time makan masa kat PD.. Sedap gak tmbh2 klu eskrem vanila, makan dgn apa2 je oun sedap heheh
BalasPadamSedapnya dapat makan sekerim kelapa time cuaca panas gini
BalasPadamselalu jumpa dekat thailand je atau dulu2 selalu ada thai festival mesti cari eskrem ni!
BalasPadamTak pernah saya makan ais krim sebegini tapi saya yakin, ianya sedap.. Tengok pun dah tau sedap.
BalasPadamTak pernah makan lagi aiskrim dalam kelapa. Mesti best makan time cuaca panas.
BalasPadamUishh sedap ni. Dalam tempurung kelapa terus. Lagi sedap macam tu. Ada macam macam pulak tu kan. Harga murah jugak tu Lyana. Sedap minum sejuk sejuk musim panas ni. Sini panas je Lyana.
BalasPadambetul tu panas yakmat. rs nk tido dlm blk air je😆😆😆
BalasPadamx pe laa janji masih boleh mkn lg, kn?😊
sedapnya aiskrim kelapa! dh la isinya mcm2.. lepas tu hrga murah sgt.. rm6 jeeerrr..
BalasPadamkalo dkt blh jgk pegi beli skrg!.. haha
Teringat masa makan ni di Krabi. Selangor pun panas bahang jugak. Harap bila panas ni mati semua virus covid. Hehe
BalasPadamNampak sedap lahh aduhai.. tgh panas ni dpt aiskrim mmg best
BalasPadampernah jugak makan aiskrim kelapa ni dekat festival halalthai. Sekarang dah covid memang tak merasa lah cerita dia
BalasPadamsedapnyaa... mkn pulak ptg2 mcm ni.. huhhh lega tekak..
BalasPadamIni kalau time cuaca panas membahang dapat pekena aiskrim kelapa .... nikmatnya! 😊
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan