CARA KENAL PASTI KETAM JANTAN DAN KETAM BETINA SERTA TIPS MEMILIH KETAM YANG SEGAR

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera .


CARA KENAL PASTI KETAM JANTAN DAN KETAM BETINA SERTA TIPS MEMILIH KETAM YANG SEGAR Geramnya tengok ketam segar di pasar. Gemuk dan besar saiznya. Memang sedap kalau masak kari, masak lemak, bercili, kam heong dan sebagainya. Kalau Ketam yang baru naik dari laut, rebus bersama serai pun dah cukup buat korang berselera untuk makan.



Cara mengenalpasti ketam jantan dan ketam betina 


TIPS , KENALPASTI KETAM JANTAN DAN KETAM BETINA, CARA PILIH KETAM SEGAR, KETAM SEGAR, TIPS MEMILIH KETAM SEGAR


Bila dah minat sangat makan ketam ni, mesti korang dapat bezakan  antara ketam jantan dan betina? Ha…Kalau perasan,dalam gambar di atas, ada perbezaannya bukan . Lepas dah kenal jantan betinanya, kena la pula tahu macam mana nak kenal dan tahu ketam yang hendak dibeli tu berisi ke tidak. Rugilah kan beli ketam tapi bila dimasak, isinya tak ada. Dahlah harganya boleh tahan mahal. 


Mungkin sesetengah dari kita tidak tahu  cara untuk mendapatkan ketam yang segar. CCL akan berkongsikan cara cara tersebut



Tips memilih ketam yang segar


1. belilah ketam selepas bulan mengembang kerana isi ketam lebih padat dan banyak pada waktu ini.


2. lihat pada warna cengkerang. Jika ada warna kebiruan menandakan ketam masih segar.


3. pilih ketam yang lebih berat dari yang lain kerana ketam yang berat menandakan isinya padat.


4. lihat belakang ketam. jika bentuk tiga segi dibelakangnya masih melekap, ia adalah ketam segar.


5. mesti ada bau laut .


6. masih cukup sifat seperti kaki ketam masih kuat melekat pada badan.


7. pilih ketam betina kerana ada telur dan lebih banyak isi.


8. tiada tompok-tompok hitam.



Semoga panduan ini sedikit sebanyak membantu anda memilih ketam yang segar, padat dan penuh isi. Selamat mencuba!




Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Jadi, eloknya beli ketam jantan atau betina?

    BalasPadam
  2. Sekarang jarang dapat makan ketam. Suka tengok orang Korea yang letak ketam dalam ramyun.

    BalasPadam
  3. Sy kalau beli, mesti cari yg ketam betina sebab suka makan telur dia, hehe

    BalasPadam
  4. heheheh slallu yg beli kan ketam ni org lain, kita tau masak n makan je :D

    BalasPadam
  5. baru tahu he hee
    selalu pakai beli je

    BalasPadam
  6. Wak kalau beli ketam, pilih yang betina saja.
    Suka yang ada telur di dalamnya.

    BalasPadam
  7. Ketam betina macam susah jumpa. Dok cari juga tapi banyak ketam jantan lagi. Pernah beli ketam betina memang banyak isi dan telur.
    Terima kasih share tips :)

    BalasPadam
  8. Thanks share. Lama x beli ketam

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan