Assalamualaikum dan salam sejahtera
GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS PENGURUSAN KEMATIAN COVID-19 NADMA Bantuan khas pengurusan kematian COVID-19 NADMA , merupakan bantuan one-off sehingga kadar maksima RM5000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 ( kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19)
Syarat kelayakan
Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini .
Hanya kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberikan bantuan khas ini melalui pemohonan waris si mati .
Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini . Sekiranya terdapat lebih dari satu permohonan daripada waris-waris si mati NADMA akan mempertimbangkan permohonan yang pertama sahaja .
Kaedah permohonan
Mengisi borang permohonan dan memastikan dokumen-dokumen lengkap. Pemohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak
Borang permohonan lampiran A yang disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19
Salinan sijil kematian
Salinan kad pengenalan pemohon (waris si mati)
Salinan penyata bank pemohon (waris si mati)
2 Hantar borang permohonan yang lengkap melalui pos / email / whatsapp ke NADMA
Ketua pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri ,
Aras 7 , Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
( up: sekretariat KWABBN)
Alamat rasmi email
+60 11-1321 8056
Kaedah bayaran
Bayaran bantuan khas akan dibuat melalui Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap
Penafian
NADMA berhak untuk menentukan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang telaj ditetapkan .
So untuk hangpa yang ada dalam kalangan ahli keluarga yang meninggal akibat COVID-19 boleh lah bagitahu diorang untuk isi borang tersebut dan rujuk kepada NADMA
9 Ulasan
tq share info ni.. Sekurang2nya ada gak bantuan kepada mereka yg betul2 memerlukan jika ada ahli keluarga yg kena covid ni kan
BalasPadamMoga terhindar dari kematian disebabkan covid..
BalasPadamTq sharing good info utk yg memerlukan
BalasPadamOoo.. baru tahu pasal ni. Ada juga bantuan disediakan, ye.
BalasPadamBagus share tentang ni. Semoga dipermudahkan urusan mereka.
BalasPadaminfo yang bagus
BalasPadamsmoga dpt kurangkn beban waris yg tinggl
BalasPadamInfo bagus ni.
BalasPadamSemoga bermanfaat kepada mereka yang memerlukan.
Semoga urusan waris dipermudahkan
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan