Assalamualaikum dan salam sejahtera
i-citra : CARA MEMOHON PENGELUARAN KWSP i-citra BERMULA 12 JULAI 2021 SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2021 Seperti yang korang sedia maklum, tarikh permohonan pengeluaran i-Citra awalnya telah ditetapkan pada 15 Julai 2021. Tetapi, pihak KWSP telah memutuskan untuk mengubah tarikh itu kepada 12 Julai 2021. So, para pencarum yang berhasrat untuk mengeluarkan simpanan KWSP boleh membuat permohonan secara atas talian mulai Isnin, 12 Julai 2021.
Syarat-syarat Umum:
Sebelum korang membuat permohonan, pastikan anda mencukupi syarat-syarat umum di bawah:
-berumur bawah 55 tahun.
-mempunyai baki minimum akaun KWSP sebanyak RM150.
-membuat pengeluaran minimum sebanyak RM50.
-meninggalkan baki sebanyak RM100 selepas pengeluaran berjaya.
Cara Membuat Permohonan i-Citra 2021:
1.Layari laman web i-Citra.
2.Klik ‘Permohonan‘ dan korang akan dibawa ke halaman di bawah.
3.Pop up ‘Nota Penting’ akan dipaparkan di halaman tersebut. Pastikan korang baca dan fahami sebelum tekan ‘Tutup‘.
4. Isi maklumat yang dikehendaki dan tekan ‘Teruskan‘.
5. Sahkan identiti korang melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan
6. Pilih ‘Amaun Pilihan Pengeluaran’ yang korang kehendaki, samada pilihan A atau B.
Pilihan A: Skrin akan memaparkan jumlah maksimum Amaun Pilihan Pengeluaran
Pilihan B: korang perlu menetapkan jumlah Amaun Pilihan dengan menggerakkan penunjuk.
7. Tekan ‘Teruskan‘ setelah korang selesai.
8. Lengkapkan ‘Maklumat Pemohon‘, ‘Maklumat Pembayaran’ dan kaji selidik. Kemudian, tekan ‘Teruskan‘.
9. Pastikan korang semak semua maklumat yang telah diisi dan tandakan butang yang diperlukan sebelum tekan ‘Hantar‘.
Permohonan KWSP i-Citra 2021dibuka pada 12 Julai 2021 sehingga 30 September 2021. Jumlah pengeluaran maksimum yang boleh dibuat adalah RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam kedua-dua Akaun 1 dan Akaun 2. Jumlah yang diluluskan korang dibayar secara peringkat.
6 Ulasan
Masih terpk2 nak kluarkan ke tak heheeh.. Sbb i sinar dh aply aritu hehhe
BalasPadamrasa nak mohon juga..hehe
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan pemohon untuk memohon. At least dapat digunakan sebaiknya demi kelansungan hidup.
BalasPadamnice sharing. Semoga dapat membantu yang memerlukan di saat pandemik ni.
BalasPadamTak rasa nk mohon lg hehe..
BalasPadamkpd yg mohon tu moga dipermudahkan...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan