Assalamualaikum dan salam sejahtera
6 TIPS PENTING YANG ADA PADA DURIAN "MUSANG KING" Terdapat pelbagai jenis durian yang ada di pasaran terutama pada musim durian. Durian Musang King telah menjadi kegilaan ramai kerana ia dikatakan baka durian yang paling sedap. Namun, harganya juga boleh dikatakan mahal untuk sebiji durian.
Ada beberapa kes penipuan yang berlaku dalam penjualan buah durian ini. Terdapat peniaga mendakwa ianya buah durian Musang King sebaliknya buah durian dari jenis yang lain, ia disebabkan buah durian ini kelihatan sama, tetapi pada dasarnya ia tidak serupa.
Sebagai pembeli dan peminat sejati buah durian, kita harus mengenali buah durian yang ingin kita beli terutama Musang King. Ini bagi mengelakkan kita menjadi mangsa penipuan peniaga dan akhirnya berlaku kerugian.
Baru-baru ini CCL ternampak ada seseorang yang sudi berkongsi tips cara kenal durian musang king menerusi laman sosial media Tiktok Datuk Micheal Lim
Cara Mengenal Pasti Durian Musang King:
1. Bulatan pada bawah batang buah durian Musang King lebih besar sedikit berbanding buah durian yang lain.
2. Terdapat bentuk ‘star’ pada bawah buah durian Musang King.
3. Duri pada durian Musang King berjarak jauh berbanding durian jenis lain dengan duri yang agak dekat.
4. Warna isi durian Musang King ialah warna kekuningan.
5. Isi dan bau durian Musang King lebih kuat berbanding buah durian jenis lain.
6. Biji buah durian Musang King lebih nipis daripada biji durian lain yang lebih tebal.
Mudahkan panduan mengenali buah durian Musang King yang dikongsikan oleh Datuk Michael Lim ini.
10 Ulasan
Berguna sangat untuk yang tak tahu beza durian mcm ain hehe
BalasPadamNo 1 hingga 3 tu penting supaya tak tertipu sebelum membeli
BalasPadamSenang nak kenal macam ni. So nak beli durian musang king boleh check yang no.1 sampai 3 tu kan.
BalasPadamOh camtu hendak tahu Musang King tapi kalau beli siap kopek boleh tahu 2 ciri kemudian.
BalasPadammcm2. jenis durian skrg. cuma pokok2 kat dusun xdak nama.
BalasPadamLama tak makan durian
BalasPadamTips yang menarik. Bagus untuk elak dari ditipu peniaga
BalasPadamLast makan musang king, tahun lepas. Tahun ni tak merasa lagi sebab pergerakan terbatas nak mencari musang king. Harap² ada rezeki sebelum musim durian habis ni.
BalasPadamMusang king memang best. Dah pernah makan dulu. Rasa lemak manis tu sangat natural.
BalasPadamBagus ada perkongsian tips ini. Kalau tidak, mudah diperdaya peniaga.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan