LAFAZ NIAT PUASA HARI ARAFAH HARI KE-9 DALAM BULAN ZULHIJJAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera .


LAFAZ NIAT PUASA HARI ARAFAH HARI KE-9 DALAM BULAN ZULHIJJAH Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar. 

 

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a, Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka baginda bersabda : 

“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (HR Muslim) 


INFO,INFO AGAMA, NIAT PUASA ARAFAH, HARI ARAFAH, LAFAZ NIAT PUASA ARAFAH, AMALAN HARI ARAFAH, KELEBIHAN HARI ARAFAH, APA ITU HARI ARAFAH


LAFAZ NIAT PUASA HARI ARAFAH

 

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلِّهِ تَعَالَى 

 

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala.




AMALAN PADA HARI ARAFAH


Hari ni selepas masuk waktu Maghrib dah masuk hari 9 Zulhijjah 1442H / 19 Julai 2021 .


1. Puasa hari Arafah ( jom esok kita semua berpuasa nak )

- akan diampuni dosanya setahun yg lalu dan setahun akan datang .


2. Perbanyakkan berzikir - 1000x


لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ

يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ


3. Perbanyakkan baca surah Al - Ikhlas 1000x dimulai dgn Bismillahirrahmanirrahim

-manfaatnya adalah apa sahaja yg kita minta , kita Doa . In Shaa Allah esok hari Allah akan perkenankan .


4. Perbanyakkan berSedekah . ALLAH akan limpahkan rezeki kita .

- sebab esok 9 Zulhijjah hari Arafah sebelum kita menyambut hari Raya Aidiladha .


Semoga menjadi manfaat buat kita semua .


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Selamat berpuasa bagi yang berpuasa. Semoga ibadah kita diterima Allah

    #Staysafe

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, selamat berpuasa. Terima kasih atas perkongsian. InshaAllah bermanfaat.

    BalasPadam
  3. Thank you for sharing awak :)

    BalasPadam
  4. Selamat berpuasa CCL. Hari yang afdhal untuk berdoa.

    BalasPadam
  5. Salam Aidil Adha CCL sekeluarga :)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...
    Selamat Hari Raya Aidiladha Lyana

    BalasPadam
  7. tahniah kpd yg berjaya berpuasa pd hari Arafah. semoga beroleh ganjaran bsr drpdNya aminnn

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan