READING LIST DASHBOARD BLOG MERAGAM



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


READING LIST DASHBOARD BLOG MERAGAM Selamat berhujung minggu uolss, haihh sejak 2 3 hari ni mood nak ziarah blog rakan-rakan blogger lain ke laut . Nak tahu apa sebabnya ?? 



READING LIST DASHBOARD BLOG, READING LIST BLOG, MASALAH BLOG


Reading list dashboard blog buat hal !!

Macam gambar yang CCL nyatakan di atas , reading list dashboard entah tiba tiba sahaja ia buat hal, perkara ni dah berlarutan sehingga 3 hari da . 3 hari juga laa CCL kurang ziarah blog rakan-rakan , mujur la ada beberapa blog yang CCL selalu kunjung dalam bloglist CCL . Dapat juga la ziarah kawan-kawan melalui bloglist . 


Tak tahu sebabnya kenapa reading list begitu . Bukak pada phone pun sama, gigih juga bukak blog guna laptop pun masalah yang sama jugak . Dah berpuluh kali refresh still kosong dan kosong . Stress juga bila difikirkan balik  . Ia la bila blog ada masalah sikit-sikit macam ni mula la kita yang sebagai blogger tak akan senang duduk . Memang bila masalah ni berlaku tak akan dibiarkan lama-lama takut nanti beri kesan pulak pada blog sendiri kan . 


Memang sangat penting lah reading list dashboard pada blog ni , di situ jugalah kita boleh baca apa yang rakan blogger lain update kan cerita-cerita di blog masing-masing . 


Doakan reading list dashboard blog CCL kembali sihat seperti biasa . Eh japp reading list blog korang ok tak ?? Ada sesiapa tahu macam mana nak kembalikan reading list ni macam sediakala ?? 


CUKUP SEBULAN PEMERGIAN ARWAH TOKWAN

  


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


CUKUP SEBULAN PEMERGIAN ARWAH TOKWAN Hari ni 30 Julai 2021, sudah cukup sebulan pemergian arwah tokwan CCL. Rindunya pada arwah tokwan memang akan selalu terpahat pada hati CCL, memandangkan CCL memang sangat rapat dari kecil lagi sehinggalah arwah tokwan hembuskan nafas terakhir . Bila dapat berita yang menyedihkan itu memang CCL rasa sedih teramat sangat . Lagi-lagi apabila jenazah siap dikafan kan, CCL tatap muka arwah tokwan dengan sepenuhnya seakan tidak percaya akan pemergian tokwan .



Ziarah kubur arwah tokwan selepas sebulan pemergian


Untuk pengetahuan semua tokwan CCL meninggal disebabkan saluran pendarahan utama di bahagian bocor dan berlaku pendarahan yang banyak dalam perut . Arwah tokwan selalu mangadu sakit perut, kadang-kadang ok , kadang tak ok . Pernah juga mak saudara bawa tokwan pergi check up di klinik, tapi dokter hanya cakap sakit perut biasa . Sehinggalah pada satu malam, sakit perut tokwan memang tak tertahan sangat-sangat beliau minta anaknya , iaitu pak saudara CCL sendiri (pakngah) minta bawanya ke Hospital Tunku Fauziah,Kangar (HTF) . Tokwan CCL tinggal di Kodiang, Kedah, begitu juga dengan mak saudara (maklang) dan juga pak saudara (pakngah) . Memandangkan HTF yang paling dekat so tokwan dibawa kesana dengan segera ke bahagian kecemasan . 


Setelah masuk bahagian kecemasan untuk check up seluruh badan tokwan, tokwan kena admit di wad selama dua hari . Dokter bagitahu sakit perut tokwan bukan biasa-biasa, saluran darah utama bahagian perut dah bocor . Tapi doktor dah suntik dengan gel supaya bahagian bocor itu tertampung untuk sementara waktu . Saluran darah utama di bahagian perut tokwan yang bocor perlu dilakukan pembedahan kecil, memandang HTF tak ada doktor yang pakar so HTF akan hantar tokwan melakukan pembedahan di Hospital Kuala Lumpur. Tapi malangnya, doktor di Hospital Kuala Lumpur tidak dapat terima pesakit memandangkan keadaan covid-19 di sana amat tinggi dan amat membimbangkan . So pembedahan tergendala, doktor pun bagi nasihat kebocoran tersebut tak banyak dan amat sikit so boleh bertahan sehingga pembedahan dilakukan . 



Keadaan arwah tokwan selepas discharge.stay seminggu dirumah dengan family CCL


Selepas dua malam tokwan bermalam di HTF, akhirnya tokwan dapat juga discharge, tapi tak balik Kodiang, tokwan tinggal dengan family CCL di Perlis . Memandangkan jarak rumah CCL dan HTF sangat dekat , so kalau jadi apa-apa senang nak uruskan . Selama seminggu tokwan dirumah alhamdulillah tokwan nampak sihat, kadang-kadang dia cakap berasa tak selesa bahagian ari-ari . Kadang-kadang ok . Kadang berselera makan, kadan tokwan cakap tak boleh makan banyak , nanti sakit perut . Tokwan nampak sihat tapi diri sendiri yang tanggung tokwan sendiri yang tahu.


Gambar terakhir bersama arwah tokwan sebelum tokwan balik rumanya .
 

Selepas seminggu, tokwan tingggal bersama family CCL, selepas selesai urusan medical check-out di HTF, khabarnya tokwan nak balik ke rumahnya di Kodiang. Katanya dah terlalu lama tinggal sini . Seminggu . Tokwan rindu padi, rindu ayam-ayam kat rumah . Hari isnin petang tokwan gerak,balik rumahnya . Sebelum balik sempat familly CCL bergambar dengan tokwan . Tarikh 28 Jun 2021 CCL tak akan lupa sampai bila-bila, itu hari terakhir CCL spend time bersama arwah tokwan, hari terakhir CCL salam, peluk cium arwah tokwan, hari terakhir CCL bergelak ketawa dengan arwah tokwan , dan juga merupakan lambaian terakhir cucu-cucu kepada tokwan dan juga lambaian terakhir tokwan kepada cucu-cucu . Memang tak dapat dijangka keadaan sebegini 


Malam selasa selepas selesai solat isyak , tokwan mengadu sakit perut datang lagi, kali ini sakit sangat-sangat, segera tokwan dihantar ke HTF semula, tokwan ditolak terus masuk ke zone merah , khabarnya saluran darah utama tokwan yang bocor hari tu dah pecah dalam perut , dokter supaya upaya membantu untuk menutup semula kebocoran tetapi gagal . Setelah doktor suntik semula gel, tokwan tak dapat bertahan dengan lama . Sebelum tokwan hembus nafas terakhir sempat dia menatap anak cucu menantunya . 


Selesai solat jenazah, dalam perjalanan bawa arwah tokwan ke tanah perkuburan


Tepat hari Rabu 30 Jun 2021 pada jam 1.30pagi arwah tokwan hembus nafas terakhir.Tokwan pergi dengan keadaan yang tenang, degupan jantung dan penafasan turun dengan tenang sahaja . Allah ambil arwah tokwan dalam keadaan yang tenang . CCL sebagai cucunya redha dengan pemergian arwah tokwan . 




Arwah tokwan selamat dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan kampung di Kodiang kedah, urusan mandian jenazah semua diuruskan oleh pihak hospital . Jenazah arwah tokwan disembahyangkan di rumah arwah tokwan pada jam 11pagi dan selesai urusan semua pada jam 12 tengahari


Al-fatihah untuk arwah tokwan 

Haji Ismail bin Sudin 

27 Julai 1950 - 30 June 2021

INTRODUCING SHOPEEPAY DAY ON 1 AUGUST !



Assalamualaikum dan salam sejahtera 



INTRODUCING SHOPEEPAY DAY ON 1 AUGUST ! ShopeePay mendorong penggunaan e-wallet sambil memberi lebih banyak cara kepada orang ramai untuk meraih Ringgit mereka 8.8 Brands Festival melalui ShopeePay Day khusus pada 1 Ogos.Pengguna boleh mendapat wang tunai sehingga RM8 apabila mereka membeli Voucher ShopeePay dengan harga hanya 1 sen dari portal Deals Near Me di aplikasi Shopee.




Dengan kira-kira 140,000 perniagaan menerima ShopeePay di seluruh negara, pengguna dompet mudah alih dapat menantikan tawaran dari farmasi, pembuat roti, peruncit dan tentu saja, kedai kopi yang berlimpah. Berikut adalah beberapa jenama yang akan memberikan tawaran hebat mulai 1 Ogos.



Juicy Fresh Fruit Juice



Jenama Jus Nombor 1 Korea yang ditubuhkan pada tahun 2010 bukan sahaja menerima ShopeePay, tetapi juga menawarkan pulangan tunai RM8 dengan perbelanjaan minimum RM20 apabila anda menebus baucar ini yang tersedia pada Hari ShopeePay. Sesuai dengan musim tempatan, pergilah ke salah satu daripada 13 gerai mereka dan mencuba susu durian mereka.



Salad Atelier



Dengan orang-orang yang terperangkap di rumah ketika berada dalam keadaan terkurung, ada yang beralih ke diet nabati seminggu sekali dalam usaha untuk tetap sihat. Salad Atelier akan menawarkan baucar tunai RM8 dengan perbelanjaan minimum RM15 apabila anda membayar dengan ShopeePay untuk makanan sihat anda untuk mendorong diet seimbang.



Zus Coffee




Setelah mengaktifkan ShopeePay di aplikasi mudah alih mereka untuk mendorong pelanggan setia mereka untuk terus menikmati kopi bertaraf dunia dengan harga yang berpatutan, Zus Coffee akan menawarkan pulangan tunai RM6 dengan pembelanjaan minimum sebanyak RM20 baucar selama Hari ShopeePay ini. Cubalah ais krim Magnum terbaru dengan kopi atau pilih sebotol coklat es seberat 1 liter di 32 lokasi mereka.


Sekiranya anda peminat jenama - anda juga boleh membeli baucar lain dengan potongan RM3 untuk Latte selepas makan tengah hari.



Boat Noodle



Bagi mereka yang mahukan makanan Thai, Boat Noodle akan menjual baucar 1 sen, menawarkan Diskaun Langsung RM8 dengan perbelanjaan minimum RM20 semasa Hari ShopeePay di semua 33 lokasi di seluruh Malaysia



MPH




Sebagai jenama terkemuka Malaysia, MPH terus melayani rakyat Malaysia dengan minat membaca buku dan alat tulis. Bagaimanapun, belajar dan bekerja dari rumah masih melibatkan meletakkan pena ke kertas, dan membaca buku teks sambil terus melakukan kerja di buku latihan. Untuk itu, MPH akan menawarkan pulangan tunai RM8 dengan perbelanjaan minimum RM80 untuk ditebus di mana-mana 11 cawangan mereka di seluruh negara apabila anda menggunakan dompet mudah alih ShopeePay anda.



Multicare Pharmacy



Korang juga harus memperhatikan keperluan untuk tetap sihat semasa hidup dengan wabak. Oleh itu, membeli bekalan untuk merawat dan memantau kesihatan anda tetap menjadi keperluan. Untuk ini, Multicare Pharmacy menawarkan pulangan tunai RM8 dengan perbelanjaan minimum RM20 apabila anda membayar dengan ShopeePay, jika anda menggunakan baucar ShopeePay mereka yang dibeli dengan harga hanya 1 sen pada 1 Ogos di salah satu daripada 66 gerai mereka.


Bersedia untuk memanfaatkan potongan baucar ini dan banyak lagi pada Hari ShopeePay pertama semasa anda menggunakan dompet mudah alih anda untuk mendapatkan bekalan dan secawan kopi wajib setiap hari!


Untuk lebih banyak tawaran mengenai Hari ShopeePay ini pada 1 Ogos, sila ke https://shopee.com.my/m/shopeepayday


Tertakluk kepada terma dan syarat.

SHOPEE : TERBELI FOLDING DESKTOP PHONE STAND YANG SANGAT MULTIPURPOSE

Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


SHOPEE : TERBELI FOLDING DESKTOP PHONE STAND YANG SANGAT MULTIPURPOSE Beli gadget melalui shopee . Iya la time pandemik ni nak keluar pergi kedai jual gadget pun rasa malas . So adanya shopee tekan-tekan je tunggu barang sampai ke pintu rumah . Antara gadget yang murah yang berjaya memikat hati CCL untuk membelinya ialah "folding desktop phone stand"



SHOPEE HAUL, FOLDING DESKTOP PHONE STAND, GADGET MURAH, PHONE STAND MURAH , REVIEW , PHONE STAND YANG MURAH


Folding desktop phone stand ni adalah antara salah satu gadget barang murah kualiti padu . Gadget yang sangat berguna untuk semua orang . Banyak jugak fungsi-fungsinya . So CCL pun terjebak untuk beli satu  . Harga pun murah-murah sahaja tak sampai RM10



Ciri-ciri folding desktop phone stand


SHOPEE HAUL, FOLDING DESKTOP PHONE STAND, GADGET MURAH, PHONE STAND MURAH , REVIEW , PHONE STAND YANG MURAH


-terdapat empat warna iaitu hitam, putih , pink dan mint green 

-bersaiz kecil dan mampu simpan di dalam poket 

-ada ciri-ciri adjustable 

-ketinggian stand boleh dilaraskan (ketinggian dalam 10cm )

-folding phone boleh dilaraskan

-multipurpose 

-boleh digunakan pada tab mahupun handphone 



Kegunaan folding desktop phone stand


1.Untuk kegunaan anak-anak PDPR

Sekarang musim PDPR, so kebanyakan kita ada yang menggunakan handphone dan ada yang menggunakan tab, terutamanya handphone lah,  . Kalau ada yang menggunakan tab , cover tab boleh dilipat dan menjadikan tab tersebut berdiri dengan,sokongan cover . Tetapi untuk folding desktop phone stand ini juga boleh digunakan pada handphone dan juga tab so tak lenguh tangan untuk memegang gajet tersebut .


2. Merekod video dari jarak yang dekat 

Untuk korang yang selalu buat video-video basic secara jarak dekat, CCL syorkan korang wajib ada stand mampu milik ni . Dengan adanya stand ini memang sangat mudah,nak rekod video, korang tak perlu pegang handphone lama-lama untuk rekod video . Dan video korang pun akan nampak cantik tak bergoyang . 


So korang boleh dapatkan folding desktop phone stand ini di Shopee dan juga Lazada . Harga pun mampu milik , dan harga setiap kedai berbeza-beza tau . Yang penting bawah RM10 . Yang CCL beli ni harga RM4.80 melalui shopee di kedai INI



 



CARA KENAL PASTI KETAM JANTAN DAN KETAM BETINA SERTA TIPS MEMILIH KETAM YANG SEGAR

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera .


CARA KENAL PASTI KETAM JANTAN DAN KETAM BETINA SERTA TIPS MEMILIH KETAM YANG SEGAR Geramnya tengok ketam segar di pasar. Gemuk dan besar saiznya. Memang sedap kalau masak kari, masak lemak, bercili, kam heong dan sebagainya. Kalau Ketam yang baru naik dari laut, rebus bersama serai pun dah cukup buat korang berselera untuk makan.



Cara mengenalpasti ketam jantan dan ketam betina 


TIPS , KENALPASTI KETAM JANTAN DAN KETAM BETINA, CARA PILIH KETAM SEGAR, KETAM SEGAR, TIPS MEMILIH KETAM SEGAR


Bila dah minat sangat makan ketam ni, mesti korang dapat bezakan  antara ketam jantan dan betina? Ha…Kalau perasan,dalam gambar di atas, ada perbezaannya bukan . Lepas dah kenal jantan betinanya, kena la pula tahu macam mana nak kenal dan tahu ketam yang hendak dibeli tu berisi ke tidak. Rugilah kan beli ketam tapi bila dimasak, isinya tak ada. Dahlah harganya boleh tahan mahal. 


Mungkin sesetengah dari kita tidak tahu  cara untuk mendapatkan ketam yang segar. CCL akan berkongsikan cara cara tersebut



Tips memilih ketam yang segar


1. belilah ketam selepas bulan mengembang kerana isi ketam lebih padat dan banyak pada waktu ini.


2. lihat pada warna cengkerang. Jika ada warna kebiruan menandakan ketam masih segar.


3. pilih ketam yang lebih berat dari yang lain kerana ketam yang berat menandakan isinya padat.


4. lihat belakang ketam. jika bentuk tiga segi dibelakangnya masih melekap, ia adalah ketam segar.


5. mesti ada bau laut .


6. masih cukup sifat seperti kaki ketam masih kuat melekat pada badan.


7. pilih ketam betina kerana ada telur dan lebih banyak isi.


8. tiada tompok-tompok hitam.



Semoga panduan ini sedikit sebanyak membantu anda memilih ketam yang segar, padat dan penuh isi. Selamat mencuba!




DAPAT "CANVAS POUCH BAG" HADIAH TOP COMMENTATOR DARI BLOGGER KAK RET

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


DAPAT "CANVAS POUCH BAG" HADIAH TOP COMMENTATOR DARI BLOGGER KAK RET Al-kisah sehari sebelum umat islam menyambut Aidiladha, abang posmen singgah lagi ke rumah CCL bagi parcel putih, dalam parcel tak dapat teka lagi apa isi dalam parcel tersebut . Sebab barang yang CCL order melalui shopee semua dah selamat sampai . Tiba-tiba teringat pulak pada Kak Ret, hari tu CCL tersenarai dalam blog Kak Ret "Top Commentator bulan June", so Kak Ret nak pos something katanya . So CCL fikir-fikir balik parcel ni mesti dari Kak Ret . 


Bila CCL dah buka parcel, isi dalamnya adalah Canvas Pouch Bag, geledah-geledah jugak dalam parcel tu nak kan kepastian hadiah ni mesti Kak Ret . Yes akhirnya berjaya jumpa juga. . Betul tekaan CCL hadiah ini dari Kak Ret .



Canvas Pouch Bag


hadiah dari blogger,CANVAS POUCH BAG,CANVAS POUCH BAG PRINTED,


Bestnya dapat Canvas Pouch bag ni ,CCL sukakan material kanvas yang sangat tahan lasak . Material kanvas pun sangat tebal . Design pada pouch bag ni pun simple dan sangat-sangat cantik . Siap ada printing nama CCL lagi . So lepas ni tak payah pening-pening kepala , CCL boleh gunakan canvas pouch bag pemberian Kak Ret ni untuk letak barang-barang makeup dan toiletries  . Saiz pouch bag,ni pun sederhana besar jangan risau muat je untuk isi barang-barang tu . 


Terima kasih untuk Kak Ret untuk pemberian hadiah Canvas Pouch Bag yang cantik . Bila pakai hadiah pemberian dari Kak Ret of course la selalu teringatkan Kak Ret . Untuk rakan blogger lain  yang belum kenal siapa Kak Ret . Boleh laa follow blog Kak Ret di https://anakomak6.blogspot.com


Terima kasih sekali lagi kak Ret . CCL doakan semoga hubungan ukhwah kita akan terjalin sampai bila-bila . Semoga Kak Ret dimurahkan rezeki seluas langit . aamiin.aamiin 

6 TIPS PENTING YANG ADA PADA DURIAN "MUSANG KING"

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


6 TIPS PENTING YANG ADA PADA DURIAN "MUSANG KING" Terdapat pelbagai jenis durian yang ada di pasaran terutama pada musim durian. Durian Musang King telah menjadi kegilaan ramai kerana ia dikatakan baka durian yang paling sedap. Namun, harganya juga boleh dikatakan mahal untuk sebiji durian.


Ada beberapa kes penipuan yang berlaku dalam penjualan buah durian ini. Terdapat peniaga mendakwa ianya buah durian Musang King sebaliknya buah durian dari jenis yang lain, ia disebabkan buah durian ini kelihatan sama, tetapi pada dasarnya ia tidak serupa.


Sebagai pembeli dan peminat sejati buah durian, kita harus mengenali buah durian yang ingin kita beli terutama Musang King. Ini bagi mengelakkan kita menjadi mangsa penipuan peniaga dan akhirnya berlaku kerugian.


Baru-baru ini CCL ternampak ada seseorang yang sudi berkongsi tips cara kenal durian musang king menerusi laman sosial media Tiktok Datuk Micheal Lim 


Cara Mengenal Pasti Durian Musang King:


TIPS, DURIAN MUSANG KING, MUSANG KING, KENALPASTI DURIAN MUSANG KING, CIRI-CIRI DURIAN MUSANG KING, CARA MENGENAL DURIAN MUSANG KING


1. Bulatan pada bawah batang buah durian Musang King lebih besar sedikit berbanding buah durian yang lain.



TIPS, DURIAN MUSANG KING, MUSANG KING, KENALPASTI DURIAN MUSANG KING, CIRI-CIRI DURIAN MUSANG KING, CARA MENGENAL DURIAN MUSANG KING

2. Terdapat bentuk ‘star’ pada bawah buah durian Musang King.



TIPS, DURIAN MUSANG KING, MUSANG KING, KENALPASTI DURIAN MUSANG KING, CIRI-CIRI DURIAN MUSANG KING, CARA MENGENAL DURIAN MUSANG KING


3. Duri pada durian Musang King berjarak jauh berbanding durian jenis lain dengan duri yang agak dekat.



TIPS, DURIAN MUSANG KING, MUSANG KING, KENALPASTI DURIAN MUSANG KING, CIRI-CIRI DURIAN MUSANG KING, CARA MENGENAL DURIAN MUSANG KING

4. Warna isi durian Musang King ialah warna kekuningan.



TIPS, DURIAN MUSANG KING, MUSANG KING, KENALPASTI DURIAN MUSANG KING, CIRI-CIRI DURIAN MUSANG KING, CARA MENGENAL DURIAN MUSANG KING

5. Isi dan bau durian Musang King lebih kuat berbanding buah durian jenis lain.



TIPS, DURIAN MUSANG KING, MUSANG KING, KENALPASTI DURIAN MUSANG KING, CIRI-CIRI DURIAN MUSANG KING, CARA MENGENAL DURIAN MUSANG KING

6. Biji buah durian Musang King lebih nipis daripada biji durian lain yang lebih tebal.



Mudahkan panduan mengenali buah durian Musang King yang dikongsikan oleh Datuk Michael Lim ini. 



SENANGNYA NAK REMOVE MAKEUP MENGGUNAKAN 11 BERRIES MAKE-UP CLEANSING SHERBET DARI PRODUK NIGHTLABS

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


SENANGNYA NAK REMOVE MAKEUP MENGGUNAKAN 11 BERRIES MAKE-UP CLEANSING SHERBET DARI PRODUK NIGHTLABS Cantik kan makeup tu  ? Ha tapi kalau dah dekat masa nak tidur , mesti lah kena Remove makeup semua tu. Kalau tak remove alamatnya esok bangun pagi memang tumbuh la jerawat sebab pori dah tersumbat . Cantik macam mana pun makeup tu still kena remove dan bersihkan muka bagi bersih-bersih okay ? 



Tiap hari, korang wajib tau buat Double cleansing. Kalau baca mana mana tips, diorang akan bagitahu first step nak kulit sihat ching ching, Setiap hari CCL akan buat double cleansing sebelum betul-betul pakai pencuci muka . Antara double cleansing yang CCL pernah buat diawal dulu adalah menggunakan Wet tissue dan Miceller water  tapi tak berapa nak best . Makeup tak tanggal habis .sekarang CCL beralih ke cleansing oil. Memang puas hati pakai cleansing oil sebab lagi mudah dia tanggalkan mekap dengan cepat . 



REVIEW, 11 BERRIES MAKEUP CLEANSING SHERBET, CLEANSING SHERBET, CLEANSING OIL , TIPS KECANTIKKAN, KEBAIKKAN 11 BERRIES MAKEUP CLEANSING SHERBET, TIPS REMOVE MAKEUP DENGAN MUDAH


Walaupun CCL selalu double cleansing menggunakan Cleansing oil tetapi baru-baru ni CCL cuba remove makeup menggunakan "Cleansing sherbet" .Kesan solekan kalis air sukar ditanggalkan?Cuba bertukar kepada Nightlabs 11 berries Make-up Cleansing Sherbet. Diperkaya dengan 11 beri berkhasiat, ia bukan sahaja menanggalkan solekan kalis air tetapi juga membersihkan, melembapkan, melegakan, anti-penuaan dan anti-bakteria. Hasilnya, kulit lebih bersih dan lembap pada keesokan hari.Untuk pengetahuan korang Cleansing Sherbet Ia sama seperti cleansing balm cuma teksturnya lebih lembut dari cleansing balm. 



Antara 11 jenis berries dengan sifat antioksida utama produk " 11 berries makeup cleansing sherbet dari Nightlabs" 


REVIEW, 11 BERRIES MAKEUP CLEANSING SHERBET, CLEANSING SHERBET, CLEANSING OIL , TIPS KECANTIKKAN, KEBAIKKAN 11 BERRIES MAKEUP CLEANSING SHERBET, TIPS REMOVE MAKEUP DENGAN MUDAH


-Blackberry

-Blueberry

-Raspberry

-Strawberry

-Cranberry

-Acaiberry

-Bilberry

-Lingonberry

-Gojiberry

-White mulberry

-Golden himalayan raspberry



11 Berries makeup cleansing sherbet Nightlabs bebas dari 

-tiada paraben

-tiada silikon

-tiada MIT

-bebas dari alkohol



Antara bahan kandungan yang terdapat dalam " 11 berries makeup cleansing sherbet "


REVIEW, 11 BERRIES MAKEUP CLEANSING SHERBET, CLEANSING SHERBET, CLEANSING OIL , TIPS KECANTIKKAN, KEBAIKKAN 11 BERRIES MAKEUP CLEANSING SHERBET, TIPS REMOVE MAKEUP DENGAN MUDAH

Trigliserida Caprilik / Capric, Minyak Mineral, 

PEG-20 Glyceryl Triisostearate,Polyethylene, Pentylene Glycol, Macadamia Ternifolia Seed Oil, Helianthus Annuus (Sunflower) Oil Seed, Vaccinium Angustifolium (Blueberry) Fruit Extract, Rubus Fruticosuitus (Blackberry) Ekstrak Buah, Ekstrak Buah Rubus Idaeus (Raspberry), Ekstrak Buah Fragaria Chiloensis (Strawberry), Ekstrak Buah Vaccinium Myrtillus, Ekstrak Buah Rubus Ellipticus, Ekstrak Buah Vaccinium Vitis-Idaea, Ekstrak Buah Vaccinium Macrocarpon (Cranberry), Ekstrak Buah Lycium Ekstrak Buah Alba, Parfum, Phenoxyethanol, Tocopheryl Acetate, BHT, Ethylhexylglycerin, CI 17200



Apa yang best 11 berries makeup cleansing sherbet ? 


REVIEW, 11 BERRIES MAKEUP CLEANSING SHERBET, CLEANSING SHERBET, CLEANSING OIL , TIPS KECANTIKKAN, KEBAIKKAN 11 BERRIES MAKEUP CLEANSING SHERBET, TIPS REMOVE MAKEUP DENGAN MUDAH

1.Diformulasikan daripada minyak macadamia dan minyak biji bunga matahari ianya berkesan menanggalkan solekan walaupun solekan tersebut kalis air .


2.Selepas mengurutkan sherbet pada kulit kering, tambahkan sedikit air dan secara automatik ia akan berubah menjadi pembersih wajah.


3.Ekstrak Cranberry dan Ligonberry bukan sahaja kaya dengan antioksida tetapi juga mengandungi sebatian pigmen yang membantu menegangkan kulit iritasi.


4.Gabungan hebat antara minyak emolien dan ekstrak tumbuhan dapat memastikan kulit sentiasa lembap.


5. Ekstrak bilberry dapat meningkatkan kemampuan kulit untuk melindungi diri dari kerosakkan UVA 


6. Ekstrak blueberry yang berfungsi untuk menerima kerosakan akibat daripada cahaya inframerah. 


7.Ekstrak mulberry yang dapat membantu tona kulit sekata dan mencerahkan kulit wajah 



Tekstur dan proses


REVIEW, 11 BERRIES MAKEUP CLEANSING SHERBET, CLEANSING SHERBET, CLEANSING OIL , TIPS KECANTIKKAN, KEBAIKKAN 11 BERRIES MAKEUP CLEANSING SHERBET, TIPS REMOVE MAKEUP DENGAN MUDAH

11 berries makeup cleansing sherbet Nightlabs nyata ianya jelas lebih lembut daripada tekstur cleansing balm .Teksturnya cair pada kulit seperti losyen dan berubah menjadi cair seakan-akan minyak seperti korang pakai cleansing oil. 

apabila bersentuhan dengan air dan semasa anda membasuhnya, sherbet akan dibersihkan dengan bersih.



Bau

Aroma manis feminin yang berbeza. Saya menjangkakan baunya seperti jem strawberi / blueberry / beri campuran tetapi tidak, tetapi baunya manis. Mungkin sangat menggembirakan bagi sesetengah orang tetapi bagi saya tidak mengapa.



Kebaikan

-digunakan sebagai double cleansing

-menanggalkan makeup dengan mudah

-membersihkan blackhead dan whitehead 

-membersihkan liang pori

-menghilangkan kotoran pada wajah

-melembapkan kulit wajah

-bertindak secara lembut

-tidak mengeringkan kulit wajah 

-mengelakkan jerawat baru dari kulit wajah



Cara penggunaan

1.Pastikan tangan sudah dicuci bersih dan dikeringkan .

2.Ambil sedikit cleansing sherbet menggunakan spatula dan sapukan pada kulit wajah.

3. Urut dengan lembut dengan jari sehingga cleansing sherbet bertukar menjadi minyak.

4.Boleh tambahkan sedikit air pada wajah supaya minyak tadi bertukar menjadi creamy 

5.Urut perlahan-lahan sehingga kesan makeup tertanggal dan boleh cuci kulit wajah dengan air yang bersih.



Kesan lepas pakai 11 berries makeup cleansing sherbet . 


REVIEW, 11 BERRIES MAKEUP CLEANSING SHERBET, CLEANSING SHERBET, CLEANSING OIL , TIPS KECANTIKKAN, KEBAIKKAN 11 BERRIES MAKEUP CLEANSING SHERBET, TIPS REMOVE MAKEUP DENGAN MUDAH

Hampir seminggu konsisten memakai produk Nightlabs ni even time nak cuci mekap, memang sangat fall in love sangat-sangat dengan 11 berries makeup cleansing sherbet . Yang bestnya bila buka penutup sudah terbau-bau haruman berries yang sangat sweet, teksturnya yang sangat smooth senang disapu pada kulit wajah, hanya satu jari calitan ke seluruh kulit wajah sudah cukup untuk menanggalkan makeup di muka . Memang sangat-sangat mudah tak perlu sental dengan kuat.


Lepas sapukan ke seluruh kulit wajah, depends pads korang sama ada nak terus basuh guna air ataupun lap dengan wet tissue, kalau korang basuh dengan cair, tekstur tadi akan bertukar menjadi milky, tetapi CCL suka lap guna wet tissue ataupun tisu biasa, lepas lap baru bilas muka dengan cleanser . Terasa kulit wajah nampak lembap sangat, liang-liang pori pun dicuci dengan bersih . Lepas cuci muka bersih-bersih haruman berries still melekat pada kulit wajah 


Untuk korang yang nak merasai kelembapan dengan haruman 11 berries produk dari Nightlabs ni , boleh dapatkan rangkaian produk Nightlabs di platform berikut Shopee, SaSa Malaysia, Yoskin dan Hermo Malaysia. 


Rutin cantik korang  lebih lengkap dengan Nightlabs!