Assalamualaikum dan salam sejahtera .
SHOPEE : TERBELI FOLDING DESKTOP PHONE STAND YANG SANGAT MULTIPURPOSE Beli gadget melalui shopee . Iya la time pandemik ni nak keluar pergi kedai jual gadget pun rasa malas . So adanya shopee tekan-tekan je tunggu barang sampai ke pintu rumah . Antara gadget yang murah yang berjaya memikat hati CCL untuk membelinya ialah "folding desktop phone stand"
Folding desktop phone stand ni adalah antara salah satu gadget barang murah kualiti padu . Gadget yang sangat berguna untuk semua orang . Banyak jugak fungsi-fungsinya . So CCL pun terjebak untuk beli satu . Harga pun murah-murah sahaja tak sampai RM10
Ciri-ciri folding desktop phone stand
-terdapat empat warna iaitu hitam, putih , pink dan mint green
-bersaiz kecil dan mampu simpan di dalam poket
-ada ciri-ciri adjustable
-ketinggian stand boleh dilaraskan (ketinggian dalam 10cm )
-folding phone boleh dilaraskan
-multipurpose
-boleh digunakan pada tab mahupun handphone
Kegunaan folding desktop phone stand
1.Untuk kegunaan anak-anak PDPR
Sekarang musim PDPR, so kebanyakan kita ada yang menggunakan handphone dan ada yang menggunakan tab, terutamanya handphone lah, . Kalau ada yang menggunakan tab , cover tab boleh dilipat dan menjadikan tab tersebut berdiri dengan,sokongan cover . Tetapi untuk folding desktop phone stand ini juga boleh digunakan pada handphone dan juga tab so tak lenguh tangan untuk memegang gajet tersebut .
2. Merekod video dari jarak yang dekat
Untuk korang yang selalu buat video-video basic secara jarak dekat, CCL syorkan korang wajib ada stand mampu milik ni . Dengan adanya stand ini memang sangat mudah,nak rekod video, korang tak perlu pegang handphone lama-lama untuk rekod video . Dan video korang pun akan nampak cantik tak bergoyang .
So korang boleh dapatkan folding desktop phone stand ini di Shopee dan juga Lazada . Harga pun mampu milik , dan harga setiap kedai berbeza-beza tau . Yang penting bawah RM10 . Yang CCL beli ni harga RM4.80 melalui shopee di kedai INI








