Selera Tekak Masing-Masing

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selera Tekak Masing-Masing Ada yang kata menikmati makanan itu cukup sekadar merasa di lidah. Kalau sedap, makan saja. Tak perlu persoalkan keseimbangan rasa, tekstur, atau bagaimana ia berfungsi dalam tekak. Tapi betulkah begitu, atau kita sekadar terbiasa dengan apa yang kita suka tanpa benar-benar memahami bagaimana tekak kita bekerja?

Setiap kali kita makan, lidah mengesan lima rasa utama. Manis, masin, masam, pahit, dan umami. Isyarat dihantar ke otak, mencipta memori rasa yang menentukan sama ada kita suka atau tidak sesuatu makanan. Hidung pula melengkapkan rasa itu. Sebab itu bila selsema, makanan terasa hambar. Tekstur juga memainkan peranan besar. Ada makanan yang terasa enak kerana gabungan rangup dan lembut, ada yang tidak kena kerana teksturnya yang janggal.



Tapi apa yang lebih menarik, selera bukan sesuatu yang kekal. Dulu tak suka sayur, sekarang boleh makan. Dulu tak tahan pedas, lama-lama jadi ketagih. Otak belajar dari pengalaman, bukan sekadar genetik.

Jadi bila ada yang kata tekak seseorang tak sesuai untuk sesuatu makanan, adakah itu biologi atau sekadar kebiasaan? Kalau kita boleh belajar menerima kopi tanpa gula, kimchi, atau sushi mentah, kenapa tidak budu, petai, atau lemak cili api?

Tekak boleh dilatih. Selera boleh berubah. Begitu juga dengan cara kita menjaga kesihatan. Ramai yang rasa air kosong hambar pada mulanya, tapi bila mula mengurangkan gula, baru perasan betapa segarnya air tanpa perisa tambahan. Sama juga dengan makanan sihat. Apa yang dulu terasa membosankan, akhirnya jadi kegemaran bila kita biasakan.

Kadang-kadang, bukan tekak yang tak boleh menerima. Cuma kita yang belum membiasakan diri.


Samperit Susu RM10 !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Samperit Susu RM10 !! Zaman sekarang ni tak perlu tunggu raya nak merasa aneka kuih raya . Zaman sekarang kalau teringin nak makan kuih raya boleh dapat ja dekat mana-mana .

samperit susu, samperit, samperit susu sedap, kuih raya samperit susu, cara membuat samperit susu, resepi samperit susu

Dua hari lepas CCL ada beli samperit susu . Memang feveret la samperit susu ni , makan-makan cair dalam mulut .. harga untuk satu balang ni RM10 sahaja dengan kuantiti 30biji samperit susu .. murah kan .. first time beli rasa sedap kena dengan citarasa CCL terus CCL submit order lagi untuk raya nanti . Kalau dah sedap why not untuk repeat kan.


samperit susu, samperit, samperit susu sedap, kuih raya samperit susu, cara membuat samperit susu, resepi samperit susu

Samperit susu, sedap dan cair dalam mulut.  

Rania Healing Tepi Sawah Padi

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Family, rania

Ni gambar pagi tadi, kiriman dari Whatsapp Mama Rania . Pagi tak pagi sangat laaa.. tengok sinar matahari dah mencacak atas kepala yerr , si Rania healing tepi sawah padi .  Sawah padi ni depan rumah jer, seronok kan ..buka-buka pintu depan halaman rumah terbentang sawah padi menghijau .. tenang jerr tengok .. tapi sekarang anak padi pun dah mula berbuah , dah mula berubah warna hijau kepada kekuningan ..buah padi pun lebat juga pada setiap anak pokok padi ..sikit masa lagi boleh laa tuai padi nii .. 

Rania healing pagi tadi tak ada laa lama sangat ..duduk-duduk sekejap tepi sawah padi sambil dipantau oleh mamanya .. lepas healing terus masuk rumah . Begitulah aktiviti si Rania pagi tadi .. 



Top Commentators Of January 2025 | Tahniah Blogger NA !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Top Commentators Of January 2025 | Tahniah Blogger NA !! Seperti tahun lepas  untuk carta top commentators tetap CCL teruskan bagi tujuan penghargaan kepada pembaca blog CCL . Kongsi rezeki dengan rakan blogger . Penghujung Disember lalu CCL dah screenshot untuk Top Commentators Januari untuk tahun 2025.  Malam nii baru sempat nak publish entri .. Maaf atas kelewatan tersebut . 

Top Commentators january 2025

Untuk tahun 2025 ..Top Commentators bulan Januari 2025 sebanyak 44 komen jatuh kepada blogger NA .  Terima kasih diucapkan kepada blogger NA kerana sudi terjah blog CCL , dan terima kasih juga top 9 yang lain tersenarai dalam carta untuk bulan Januari . Yang tidak tersenarai dalam carta pun CCL ucapkan terima kasih kerana sudi memeriahkan kotak komen . 

Untuk blogger NA , boleh emailkan detail kepada CCL di virgoyana61@yahoo.com


Hadiah Birthday 2024 | Tumbler Labubu Dari Farah

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hadiah Birthday 2024 | Tumbler Labubu Dari Farah Sedikit lagi rentetan hadiah birthday CCL november 2024 ..lama kan ..haaaa bila nak clear album galeri baru teringat hadiah ni belum kongsi lagi dalam blog . Sengaja kongsikan dekat sini sebagai kenangan dan tanda terima kasih . 

hadiah birthday, tumbler tahan sejuk, tumbler labubu, tumbler printed, tumbler kartun , hadiah birthday untuk kawan perempuan


CCL dapat tumbler kartun Labubu . Comel ..tumbler pun besar juga . Printed pada tumbler ni pun sangat berkualiti . CCL pun dah guna tumbler ni nawa pergi opis . Letak air sejuk memang tahan juga sejuknya ..Lepas ni boleh la tukar-tukar tumbler bawa pergi opis . 

Terima kasih Farah atas hadiah ini . Semoga murah rezeki selalu .. 


Kaki Rania Dah Sembuh

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kaki Rania Dah Sembuh uguys ingat lagi tak awal bulan September 2024 , CCL ada kongsi cerita kaki Rania terkena air panas . Melecur teruk juga la .. 

Korang yang belum tahu kisah Rania terkena air panas boleh terjah entri di bawah 

Dah lama CCL tak update pekembangan Si Rania  . Alhamdulillah ,Rania sekarang sihat, makin hari makin lasak, makin buass, tak hirau laaa kalau kaki sebelah berbalut pun . Aktif sedia . 


Dari balutan besar, sekarang dokter sarankan pakai stoking nipis ni untuk pertumbuhan kulit baru pada kaki Rania .. takut kulit baru jadi kedut . 

Gambar ni gambar bulan 10 tahun lepas .. lupa nak update sini ..alang-alang nak clear gallery ni baru teringat . Pertumbuhan kulit baru di kaki Rania . Licin halus jerr , cuma bahagian pergelangan kaki ada sedikit lagi parut .

Sekarang Rania dah tak pakai stoking nipis tu lagi .. kulit kaki dah ok .alhamdulillah dah full coverage . Cuma ada sedikit parut , Mama Rania ada beli cream untuk hilangkan parut di kaki .




Parcel Delay CNY Dah Sampai !

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Parcel Delay CNY Dah Sampai !  Bila parcel dah sampai of course laa gembira, tak sabar nak unboxing parcel barang yang CCL order tempoh hari . Kisahnya parcel ni delay tak ada la lama sangat . Sebab CCL submit order sehari dua sebelum CNY . Memang dah tahu cuti CNY dua hari tu mana-mana courier akan cuti umum juga . So nak salah kan pihak courier of course la tak boleh . But barang yang CCL order ni bukanlah urgent sangat . 


Parcel delay, sabun fluffy

Tahu..tahu tiga parcel sampai yerr. Eh shopping apa tu ? Sebaik sahaja parcel ni mendarat atas nama CCL, opismate dah bebel lagi .'ehh tengok parcel dan saiz parcel pun dah tahu CCL order apa' . Dengar lah kejap bebelan tu . Sebab memang setiap minggu boleh dikatakan CCL akan order barang ni ... Tapi barang apa ya ?? 


Parcel delay, sabun fluffy

Setelah unboxing parcel tersebut ..jenggg..jengggg .. empat kotak sabun fluffy siap mendarat  !! . sambil unboxing sambil dengar leteran dari opismate , dia cakap buat stock kat rumah kaa ? banyak mana dah ada kat rumah nii memang pakai sehari satu bekas ni habis kaa ? Hahhh gitu laa antara soalan yang mereka ajukan .. 

Sabun ni walaupun pelbagai gabungan warna, uguys mesti akan ada yang cakap ada mekuari .ehhh jangan begitu ..sabun ni 100% homemade. Setiap kali si Mellysa live dekat Shopee tiap kali tu laa kalau ada ingredient dan bau yang best CCL tertarik untuk beli .. antara ingredients yang CCL menjadi kesukaan CCL adalah sabun fluffy yang ada tawas , daun gelenggang, susu kambing, beetroot . Lagi satu bauan manis-manis buah tu ..tergugat tauu .. 

So terbeli laaa empat kotak sabun fluffy ni .. 




Doorgift Kenduri | Dapat Numee Gardenia

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Doorgift Kenduri | Dapat Numee Gardenia Zaman sekarang ni kan pelbagai jenis doorgift kenduri yang ada . Kalau dulu doorgift wajib setiap kali berkunjung ke rumah kenduri dapat bunga telur, coklat tak pun sapu tangan . Sekarang ni dah pelbagai jenis doorgift yang ada . Kreatif kan .. 

Doorgift  kenduri, doorgift murah, doorgift kenduri, doorgift bajet murah, doorgift numee gardenia, numee gardenia


4 hari lepas sempat juga la CCL pergi kenduri kawan CCL  . Dapat doorgift apa ?  Seperti yang uguys tengok dalam gambar CCL dapat doorgift mee kuning keluaran Numee Gardenia . Siap packaging dalam kotak kertas yang cantik ni lagi . Mudah doorgift macam ni kan .. 

Bulan Ni Kena Topup Skincare

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Bulan Ni Kena Topup Skincare Bukan tiap-tiap bulan tau CCL kena topup skincare yang mana dah habis . Bukan satu atau dua skincare tapi perlu topup 5 skincare yang dah habis serentak ni . Maka CCL perlulah melabur sejumlah wang untuk skincare berikut . 

Skincare, topup skincare , beli skincare

Antara skincare yang perlu CCL topup adalah cleansing balm, loose powder, micellar water, moisturizer dan juga sunblock . Agak-agak uguys CCL perlu labur berapa yerr ? 

Tetapi alhamdulillah rezeki, CCL ada terima barang untuk review .. dapat cleansing oil dan juga sunscreen . So jimat laa sikitkan ..harap  skincare yang CCL dapat tue sesuai la dengan kulit muka CCL .  CCL perlu beli tiga item sahaja lah iaitu loose powder, micellar water dan juga moisturizer . 



 


Beli 'Mini Wet Tissue' 10 Pack Hanya RM5.90

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli 'Mini Wet Tissue' 10 Pack Hanya RM5.90 Benda dah murah takkan tak beli kan .. macam biasa CCL teracun lagi dalam Shopee Live . Kali nii terbeli tisu basah pulak yerrr .  

Mini wet tissue, wet tissue murah, tisu basah murah, tisu basah untuk travel

Beli satu kotak terus . Alang-alang dah murah kan ..why not ..why not .. heheh .. satu box ada 10 pax .. banyak tak banyak kan . So dah sampai tu terus unboxing , bagi la dekat kawan-kawan opis CCL ni sikit . 


Mini wet tissue, wet tissue murah, tisu basah murah, tisu basah untuk travel

1 paket tisu basah ni ada 80 helaian tau ..banyak juga . Packaging pun so cutee !!
 

Mini wet tissue, wet tissue murah, tisu basah murah, tisu basah untuk travel

Tapi tue la , saiz tisu basah macam tertera dalam gambar di atas .heheh..dah nama pun mini wet tissue, so saiz pun kecil la kan .. boleh laa buat lap tangan lepas makan jajan-jajan ,  tisu basah ni juga boleh pakai untuk cuci makeup di muka. Dengan saiznya yang kecil ni memang amat sesuai laa untuk bawa travel ke mana-mana . 

Uguys nak beli boleh pergi ke link Shopee ni https://s.shopee.com.my/BEcoXoLSg


Tonton | Drama Langit Ke Tujuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tonton | Drama Langit Ke Tujuh  Langit Ke Tujuh Drama Tonton Original arahan 
Heykal Hanifah yang sudah pun ditayangan  bermula 23 Januari 2025. Sebuah kisah ketaksuban yang membawa kemusnahan, kisah manipulasi yang berakar daripada peredaran ajaran sesat, ibarat menghidupkan kembali bayangan dunia Ayah Pin dan Abuya. Dunia Ayah Abdul  disiarkan secara eksklusif di Tonton minggu ini.

Sinopsis Drama Langit Ke Tujuh

Drama tonton, tonton drama langit ke tujuh, tonton online drama langit ke tujuh, sinopsis drama langit ke tujuh , langit ke tujuh ,

Ayah Abdul seorang yang teliti skibidi bidi, sampai nak bernikah dia yang nikahkan diri sendiri. Siapakah Ayah Abdul? Sudah tentulah penunggang agama yang yang menyebarkan ajaran sesat kepada pengikutnya supaya pengikutnya memujanya dan taksub dengan dia. Dijanjikan dia mampu membimbing penganutnya jalan ke syurga jika taat ajarannya di Tanah Surgo.


Ayah Abdul memiliki tiga orang isteri iaitu Kalsom (Nora Danish), Zaynab (Farahdhiya), dan Suhana(Faezah Elai). Namun, kedatangan seorang wanita muda, Zahara (Chacha Maembong), yang terpengaruh untuk menjadi isteri keempat, mencetuskan perubahan. Setelah mengetahui realiti di Tanah Surgo, Zahara sedar bahawa amalan yang diajarkan di sana sebenarnya menyimpang daripada Agama Islam. Zahara lantas berusaha untuk mendedahkan segala kegiatan di sebalik kepercayaan yang menyesatkan itu. 

Walaupun sudah mempunyai 3 isteri, Ayah Abdul kini sibuk mencari calon isteri keempat. Hanya inginkan anak dara untuk jadi isteri keempatnya. Ketiga isteri yang taat kini sibuk mencari anak dara untuk jadikan isteri keempat suami dia. 

Mak Ina ( Datuk Fauziah Nawi) sanggup jual rumah dan kedai jahit, infakkan segala hasil jualan ke Tanah Surgo dan ikuti ajaran Ayah Abdul. Anaknya,  Yusuf (Nafiz Muaz ) sangat terkejut apabila mengetahui ibunya menjual segala harta dan kini tinggal di Tanah Surgo. Pada masa yang sama, seorang pemuda bernama Yusuf (Nafiz Muaz) pula memasuki Tanah Surgo untuk meluangkan masa bersama ibunya, Mak Ina (Datuk Fauziah Nawi), setelah lama berpisah. Namun, hari demi hari, Yusuf mula menyaksikan banyak kejanggalan yang membuatkannya berasa ragu-ragu. Melihat ibunya yang semakin terpengaruh oleh ajaran Ayah Abdul, Yusuf bertekad untuk menyelamatkannya,meskipun harus berdepan dengan pengaruh kuat yang sukar dilawan.


Agak menyeramkan apabila  menonton drama ni. Seram, jijik dan kasihan. Itulah yang dirasai lepas menonton episod 1 drama Langit Ke Tujuh ini. Seram melihat ajaran sesat, cara mereka menunggang agama sangat menakutkan, di janjikan Syurga jika patuh pada ajaran mereka. Pengikut yang taksub akan mengikut tanpa banyak soal. Terlalu taksub, sehingga yang tua salam cium tangan yang muda 🥲.  Jijik melihat Ayah Abdul yang tua gatal merenyam tak sedar diri. Sedih apabila orang yang tiada asas pendidikan agama yang kukuh terjebak dengan ajaran sesat.

Lakonan pelakon, sangat menjiwai watak. Lakonan Zamarul Hisham sebagai Ayah Abdul sangat menyeramkan, dah macam Ayah pin dah duk minta orang minum air basuhan kaki. Dan muka gatal tengok perempuan berdahi licin. Zamarul Hisham mampu menjiwai watak yang berat ni. Ekspresi muka yang gatal, serius sangat menjiwai watak penunggang agama yang gatal miang keladi. Nora Danish cantik berhijab labuh tapi dalam ni wataknya tak semanis wajah comelnya. Watak isteri pertama yang agak panas baran, sering perasap senjata . Menakutkan. Lakonan pelakon lain yang memang kategori pelakon kelas A seperti Datuk Fauziah Nawi, Faradhiya dan Faezah Elai tak perlu di pertikaikan lagi. 

Banyak pengajaran yang dapat penonton ambil dari drama ni. Kukuhkan asas agama islam supaya tahu bezakan ajaran Agama Islam dengan Ajaran sesat. Jangan terlalu mudah percayakan orang, jangan taksub sangat sesama manusia, takut nanti ketaksubban itu akan memakan diri, diri sendiri menjadi korban.

Mengakui bahawa watak Ayah Abdul berbeza daripada wataknya sebelum ini, Zamarul Hisham berkongsi, “Watak Ayah Abdul ini benar-benar mencabar kerana saya perlu menyampaikan dialog yang cukup menggerunkan kerana ia melibatkan soal agama. Walaupun hanya lakonan, kesannya tetap terasa. Setiap kali melontarkan dialog, saya perlu banyak beristighfar dan melakukan solat taubat selepas selesai penggambaran . Langit Ke Tujuh penuh dengan pedoman, terutama tentang bahaya penipuan, agenda
licik, dan taasub yang boleh membawa kepada kesesatan. Jadi, penonton perlu menontonnya untuk lebih memahami perkara ini."


Nak Recap Semula Top Commentators Sepanjang Tahun 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Nak Recap Semula Top Commentators Sepanjang Tahun 2024 Sebenarnya entri ni dikeluarkan pada awal bulan , disebabkan sibuk kerja sampai tak sempat nak draft blog so ada masa lapang sikit ni la baru sempat nak recap semula . Entri kali ni simple sahaja , sengaja CCL nak recap balik para pemenang Top Commentators dari bulan Januari 2024 sehinggalah Disember 2024 . Alhamdulillah terima kasih semua rakan-rakan blogger yang tak jemu-jemu ke ruangan blog CCL . Alhamdulillah untuk setiap bulan CCL dah tunaikan niat untuk memberi sedikit hadiah saguhati tanda penghargaan CCL kepada uguys semua . 


Jom recap semula para pemenang dan hadiah apa yang mereka dapat dari CCL 

CCL hadiahkan dinner set bowl . 


CCL hadiahkan kuali untuk memasak . 


CCL hadiahkan periuk comel 


CCL hadiahkan kuali sama macam blogger Lady dapat . 


CCL hadiahkan Set Pisau


CCL hadiahkan sehelai tudung bawal Moon&stella Entri boleh baca sini http://www.suriaamanda.com/2024/07/hadiah-top-komentator-blog-ccl.html


Rabia dapat tumbler blackpink


Kali ni MA dapat set termos air panas


Disebabkan fanny blogger Indonesia, CCL tak dapat nak kirimkan hadiah . Sebagai penghargaan CCL review blog Fanny 


CCL hadiahkan perfume paradise 



Disebabkan fanny blogger Indonesia, CCL tak dapat nak kirimkan hadiah . Sebagai penghargaan CCL review blog Fanny 



CCL hadiahkan sling bag 


Terima kasih semua rakan - rakan blogger sudi terima hadiah kecil pemberian CCL . InsyaAllah tahun 2025 CCL akan teruskan mencari top commentator untuk setiap bulan . Doakan semoga CCL murah rezeki ya .. 


Certot : Kenapa Tak Sama ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



“Tak boleh bahagikan sama rata ke?” tanya mak long.

“Yalah. Adik-beradik kita bukannya ramai mana pun,” sokong mak ngah. 

Ayah aku geleng kepala. Kubur Tok Ki masih merah, mereka sudah duduk berbincang tentang harta pusaka. 

“Kita kena ikut faraid, kak long, kak ngah.” Lembut suara ayah memujuk. 

Mak ngah yang sudah lapan kali naik haji itu menjeling ayah. “Alah… kau nak ikut faraid sebab nanti bahagian kau dapat banyak kan?”

“Astaghfirullah al-Azim… apa kak ngah cakap ni? Bukan kita bertiga je yang berhak atas harta arwah ayah. Ada orang lain. Atuk kita hidup lagi. Dia juga berhak atas harta ayah.”

Ya, moyang aku masih hidup lagi. Sedang duduk diam memandang ke luar jendela. Mungkin juga sedang memasang telinga mendengar pertengkaran ini.

“Dah, dah, jangan nak gaduh. Kita bahagi empat,” celah mak long.

“Tak boleh, kak long….” Ayah berkeras. 

Mereka terus berbalah. Aku yang memerhati dari jauh terfikir sesuatu. Mak long dan mak ngah itu bukanlah orang yang buta agama. Mereka tahu agama. Malah, boleh dikategorikan sebagai agak warak. Kalau hukum lain-lain dalam agama seperti puasa dan solat boleh kita taati dengan baik, tetapi kenapa hukum faraid mahu kita langgar? Ia juga hukum Tuhan, bukan?



Review Blog Fanny_Dcatqueen | Pemenang Top Commentators Bulan September & November 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Review Blog Fanny_Dcatqueen | Pemenang Top Commentators Bulan September & November 2024 Dah menghampiri penghujung bulan Januari 2025 ya. Dalam kekalutan bekerja CCL baru teringat ada benda yang belum selesai untuk pemenang top Commentators bulan September dan November 2024 iaitu blogger dari seberang negara Indonesia Fanny_Dcatqueen . 

Review blog, review blog fanny, fanny dcatqueen, blogger fanny dcatqueen

Disebabkan beliau dah dua kali dapat top commentator, so proses pengeposan hadiah dari CCL sebagai tanda penghargaan dan persahabatan tidak dapat dijalankan memandangkan beliau jauh di Indonesia . So sebagai gantian CCL dah janji akan review blog beliau . 


Blogger Fanny Dcatqueen

Review blog, review blog fanny, fanny dcatqueen, blogger fanny dcatqueen

Seorang blogger peramah yang berasal dari Indonesia . Hadir dengan tagline blog 'because travelling is not just a passion, it is a life need' . Melancong ni sebenarnya lebih daripada sekadar uguys menerokai tempat baru tetapi kelebihannya menjadikan uguys  lebih berfikiran terbuka terhadap budaya luar serta pengalaman yang baharu  . Begitu juga la kalau uguys kali pertama jejak ke ruangan blog Fanny . Pelbagai   moment-moment manis yang dia catatkan di ruangan blog . 


Review blog, review blog fanny, fanny dcatqueen, blogger fanny dcatqueen

Untuk uguys yang kaki travel, boleh la terjah entri-entri yang menarik yang ada dalam blog Fanny, semuanya penuh berinformasi.  Selain tempat pelancongan , blogger fanny juga selalu share tempat-tempat makan yang menarik di setiap tempat yang beliau pergi dan juga pengalaman-pengalaman beliau ketika pergi bercuti ..

Bagi CCL blog Fanny memang penuh berinformasi . Walaupun belum ada rezeki  nak travel jauh-jauh di luar negara . Bila baca blog Fanny ni dapat juga tahu serba sedikit gambaran di luar negara . 

Korang yang belum pernah masuk ke ruangan blog Fanny , jemput laa ke Fanny_Dcatqueen .

So untuk blogger Fanny terima kasih CCL ucapkan kerana tanpa jemu untuk singgah ke ruangan blog CCL . InsyaAllah ada rezeki satu hari nanti kita jumpa . 



SR Mini Giveaway 2025

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

SR Mini Giveaway 2025 Giveaway yang pertama CCL join untuk tahun ni .. Mini giveaway ni datangnya dari blogger Syazni Rahim . CCL dapat tahu kewujudan Mini giveaway ni pun dari blogger Papaglamz .. time tengah blogwalking blog beliau, alang- alang tu terus la CCL join . Mana tahu ada rezeki .

Giveaway ni baru beberapa hari sahaja bermula . Kalau korang tengok banner tu tarikh tutup penyertaan adalah 15 February 2025 .


Syaratnya 

  1. -Ada blog dan follow blog SR ni.
  2. -Copy banner di atas dan buat 1 post bertajuk SR Mini Giveaway 2025 dan link ke post ni bila orang klik banner.
  3. -Tinggalkan link post korang tu di bahagian komen blog ni.
  4. -Beralamat di Malaysia

Uguys yang nak join boleh klik link pada banner di atas.


Certot : Maaf

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Maaf

Manisnya sudah hilang. Senyumnya juga sudah lama mati. Tuhan, bagaimana mahu berpura-pura terlihat bahagia sedang hati menjerit benci, jiwa merobek dendam?

Dendam. Ya, dendam. Lukanya sudah pulih, namun parut kian berdarah seiring waktu berputar pergi.

Segalanya gelap-gelita sama seperti hatinya. Tiada ruang, tiada jalan, hatta secebis peluang demi sebuah kemaafan. Hatinya hancur lumat. Tiada cara untuk merawat kembali. Yang ada hanya berambus, berambus daripada mata aku.

Nyah daripada segala sudut dan pandangan mata ini. Jangan biar diri ini kian membenci dan terus menanam api dendam kerana sekali diacuh selamanya terbakar.

Nilai kemaafan terlalu besar sehingga tidak ternilai dan tidak tercapai dek jiwa untuk membayarnya. Bukan tidak mampu, tetapi memilih untuk tidak mahu.

Memaafkan adalah hak seseorang. Hak setiap manusia. Hak individu.terpulang kepada dia mahu memaafkan atau menanam benci. Tiada yang salah kerana segala perhitungan yang terzalimi akan tetap diadili.


Beli Peneram Comel Chu Anan Legasi Di Shopee

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli Peneram Comel Chu Anan Legasi Di Shopee Lama tak makan peneram , selalu kalau teringin nak makan memang akan beli kat pasar tani . Tiba-tiba si Shopee merealisasikan keinginan tersebut . Eh macam tahu-tahu jer kan  , terlalu lalang pulak  si peneram ni dekat live shopee . Saja kan..saja kannn ..  CCL masuk live Shopee 'Chuanan Legasi' jual peneram ni. Bukan saja-saja masuk live , sekali terbeli dua Tupperware si peneram ni . 

Peneram, cucur peneram, resepi peneram, peneram comel, peneram chu anan legasi, peneram chu anan, cucur peneram

 Peneram comel Chu Anam Legasi .  Baca feedback dari customer ramai yang cakap sedap . So why not kita cuba sedap ke tak sedap .. satu Tupperware kecil ni ada 40biji peneram comel , dijual dengan harga RM8 sahaja .. 

Peneram, cucur peneram, resepi peneram, peneram comel, peneram chu anan legasi, peneram chu anan, cucur peneram

Peneram saiz kecil , memang betul-betul comel lahh .  Rasa pun sedap paling penting peneram ni tidak terlalu manis .. so laju lah makan dengan saiz kecil ni sekejap jer ngapp. 

Lepas ni boleh repeat Tupperware besar .. ehh uguys yang nak cuba peneram comel Chu Anam boleh beli di Shopee Chuanan Legasi



14 Januari 2020 - 14 Januari 2025 Cukup 5 tahun

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

14 Januari 2020 - 14 Januari 2025 Cukup 5 tahun

Pemergian arwah tok , al fatihah untuk arwah

Tarikh keramat ni akan tersemat dalam hidup CCL sampai bila-bila . Tanggal 14 Januari 2020 betul-betul mengajar  CCL apa itu erti kehilangan . Kehilangan yang paling menyakitkan adalah kematian . Kehilangan orang yang kita rapat , orang kita sayang lagi menyakitkan , bukan hanya ditinggalkan sementara tapi selamanya ..  

Kadang Susuk tubuh badan ni yang dah menjaga CCL sejak kecil sehinggalah  besar kini dah genap 5 tahun pemergian arwah tok CCL . Betul lah kalau dipisahkan oleh kematian adalah luka dan rindu yang takkan sembuh sampai bila-bila . 

Belajar untuk redha . Ya redha dengan pemergian arwah tok . Semua di atas muka bumi ni semuanya pinjaman Allah . Tiap masa kita kena bersedia dengan apa yang Allah nak bagi dan apa yang Allah nak tarik balik . 

Rindu sebatas Al-fatihah