REVIEW : COMMONLABS VITAMIN C BRIGHTENING GEL CREAM 70g


Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

REVIEW : COMMONLABS VITAMIN C BRIGHTENING GEL CREAM 70g Pernah dengar produk penjagaan kecantikkan jenama Commonlabs ? Commonlabs adalah jenama yang berasal dari Seoul Korea Selatan , antara misi Commonlabs s ini adalah untuk memberi penjagaan kulit wajah yang sempurna dan mengeluarkan segala produk kecantikkan yang membantu memberi kesan yang baik pada korang yang memakai . Kalau korang nak tahu , Commonlabs juga menawarkan penjagaan kulit yang dikuasakan oleh Vitamin C,E dan B5.

 

COMMONLABS VITAMIN C BRIGHTENING GEL CREAM


review produk,SKINCARE KOREA,COMMONLABS MALAYSIA,BEAUTY,COMMONLABS KOREA,REVIEW,PRODUK COMMONLABS,COMMONLABS GEL CREAM,COMMONLABS VITAMIN C BRIGHTENING GEL CREAM,COMMONLABS,

Commonlabs Vitamin C Brightening Gel Cream adalah krim pelembap untuk merawat kulit , terutamanya korang yang mengalami lukit wajah yang kusam . Produk keluaran Commonlabs ini juga mengeluarkan krim pelembap yang terdiri daripada ekstrak  Vitamin C dan mengandungi 30% Sea Buckthorn Water yang mampu memberikan kelembapan dan kilauan yang cukup pada kulit yang kusam . Ia juga mengandungi Ekstrak Orange Mandarin yang bertujuan melincinkan tekstur kulit .

 

BAHAN KANDUNGAN COMMONLABS VITAMIN C BRIGHTENING GEL CREAM


review produk,SKINCARE KOREA,COMMONLABS MALAYSIA,BEAUTY,COMMONLABS KOREA,REVIEW,PRODUK COMMONLABS,COMMONLABS GEL CREAM,COMMONLABS VITAMIN C BRIGHTENING GEL CREAM,COMMONLABS,

Bahan Utama

30% Sea Bukthorn Water,Niacinamide , 3-0-Ethyl Ascorbic Acid (1000ppm), Ascorbic Asid (100ppm), Tangerine Peel Extract , Sodium Hyaluronate, Adenosine , Gluconc Acid , Mandelic Acid , Lactobiotic Acid , Gardenia Florida , Fruit Extract, Ceramide NP , Orange Peel Oil


6 ekstrak buah yang terdapat dalam Commonlabs Vitamin C brightening Gel Cream

-ekstrak buah plum hijau

-ekstrak buah camu-camu

-ekstrak buah acerola

-ekstrak buah epal

-ekstrak buah delima

-ekstrak buah oren  

 

MANFAAT DARI COMMONLABS VITAMIN C BRIGHTENING GEL CREAM


review produk,SKINCARE KOREA,COMMONLABS MALAYSIA,BEAUTY,COMMONLABS KOREA,REVIEW,PRODUK COMMONLABS,COMMONLABS GEL CREAM,COMMONLABS VITAMIN C BRIGHTENING GEL CREAM,COMMONLABS,

-memberi kelembapan pada kulit

-mencerahkan kulit wajah yang kusam

-memberikan rawatan tekstur yang mendalam  untuk kulit cerah

-mengandungi PHA

 

CARA PENGGUNAAN COMMONLABS VITAMIN C BRIGHTENING GEL CREAM


review produk,SKINCARE KOREA,COMMONLABS MALAYSIA,BEAUTY,COMMONLABS KOREA,REVIEW,PRODUK COMMONLABS,COMMONLABS GEL CREAM,COMMONLABS VITAMIN C BRIGHTENING GEL CREAM,COMMONLABS,

Sapukan krim pelembap setiap kali selepas korang membersihkan muka .

 

DARI SEGI PACKAGING , TEKSTUR DAN JUGA BAUAN


review produk,SKINCARE KOREA,COMMONLABS MALAYSIA,BEAUTY,COMMONLABS KOREA,REVIEW,PRODUK COMMONLABS,COMMONLABS GEL CREAM,COMMONLABS VITAMIN C BRIGHTENING GEL CREAM,COMMONLABS,

Packaging

Dari segi pembungkusan produk ini nampak kemas, kuantiti krim gel pelembap ini diletakkan dalan bekas plastic , dan mempunyai penutup tudung yang sangat mudah untuk dibuka , pada kotakknya pulak lengkap lebal dan juga isi kandungan tentang produk tersebut .


Tesktur

Dari segi tekstur gel pelembap ini pula kirim ini juga sangat jernih dan sangat ringan untuk dipakaikan pada kulit muka , ianya tidak melekit dan sekaligus menyerap ke dalam kulit dengan cepat . Gel pelembap ini juga memberikan lapisan penghidratan ke kulit wajah sekaligus dapat mengunci kelembapan jauh dalam kulit .


Bauan

Dari segi bauan gel pelembap ini , ia mempunyai aroma bauan oren yang sangat kuat , tetapi masih lagi selesa memakai gel pelembap tersebut. 


KEBERKESANAN SELEPAS MENGGUNAKAN COMMONLABS VITAMIN C BRIGHTENING GEL CREAM 70G

review produk,SKINCARE KOREA,COMMONLABS MALAYSIA,BEAUTY,COMMONLABS KOREA,REVIEW,PRODUK COMMONLABS,COMMONLABS GEL CREAM,COMMONLABS VITAMIN C BRIGHTENING GEL CREAM,COMMONLABS,

korang yang mempunyai masalah tona kulit tidak sekata  , kulit nampak kusam memang disyorkan sangat untuk memakai vitamin c brightening gel cream dari commonlabs ni . ia salah satu gel cream water based sekaan sama berfungsi sebagai moisturizer dan lagi best dapat memberi kecerahan pada kulit wajah . setelah beberapa minggu memakai produk ini , CCL dapat rasakan sedikit perubahan iaitu kulit sedikit cerah dan tidak kusam . siapa yang tak suka bila kulit bersih dan berseri - seri yang penting korang kena cuba prdouk yang sesuai dan bebas dari bahan larangan yang boleh membuatkan kulit muka korang rosak . 


boleh dapatkan produk tersebut melalui 

Website : Commonlabs Malaysia

Shopee : Commonlabs Malaysia Official Store



VIETNAM ROLL GEMUK-GEMUK

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


RESEPI, VIETNAM ROLL , RESEPI VIETNAM ROLL, SOS PENCICAH VIETNAM ROLL , VIETNAM ROLL UDANG , VIETNAM ROLL CRABSTICK

VIETNAM ROLL GEMUK-GEMUK  Dah banyak hari juga plan nak buat Vietnam Rolls . 3 hari lepas ada beli barang-barang nak buat vietnam roll tersebut , tapi memandangkan kekangan masa tak sempat nak buat . Asyik postpone dan postpone aje. Hari ini baru ada kelapangan masa untuk buat . First time juga untuk cuba buat vietnam rolls ni . Selalu kalau teringin nak makan asyik beli aje . Tak puas makan . Harga pun boleh tahan juga la. Hasil berguru dengan tutorial di youtube rupanya senang juga nak buat si Vietnam Roll ni . Bila buat sendiri baru puas makan . 


RESEPI, VIETNAM ROLL , RESEPI VIETNAM ROLL, SOS PENCICAH VIETNAM ROLL , VIETNAM ROLL UDANG , VIETNAM ROLL CRABSTICK

Bahan-bahan untuk membuat vietnam roll

- rice paper

-salad, carrot , timun

- shu-un

-crab stick / udang


Cara membuat vietnam roll bersama sos pencicah . 

- rendamkan rice paper pada bekas/ dulang berisi air supaya ia sedikit lembut.

-letakkan rice paper yang sudah lembut di atas pinggan dan boleh mula letakkan semua bahan-bahan dan gulungkan . 


RESEPI, VIETNAM ROLL , RESEPI VIETNAM ROLL, SOS PENCICAH VIETNAM ROLL , VIETNAM ROLL UDANG , VIETNAM ROLL CRABSTICK


Bahan-bahan untuk membuat sos pencicah vietnam roll

- sos cili thai , sos ikan

-bawang putih

-cili padi hijau

-air limau nipis

-daun ketumbar

-kacang tanah

-minyak masak


Cara membuat Sos pencicah 

-Tumbukkan bawang putih dan beberapa tangkai cili padi . 

-Tumiskan bawang putih dan cili padi  yang telah ditumbuk hancur sehingga naik bau . 

-masukkan sos cili thai , satu sudu besar sos ikan dan masukkan daun ketumbar dan gaul sehingga sedikit mendidih dan masukkan sedikit kacang tanah yang telah dihancurkan


First time cuba , alhamdulillah menjadi juga rupa bentul vietnam roll ini . Korang yang  teringin nak makan vietnam roll boleh follow resepi kat atas . Oh lupa nak bagitahu . Untuk crabstik tu korang boleh gantikan juga dengan udang . Ikut citarasa masing-masing .



PAGI-PAGI DAH CARI NASI KERABU



Assalamualaikum dan salam sejahtera .



PAGI-PAGI DAH CARI NASI KERABU Sudah agak lama juga CCL tak makan nasi kerabu . Nasi kerabu ni memang one of favourite CCL lah . Memandangkan memang teringin nak makan  nasi kerabu singgah beli di satu kedai ni . Bukan kali pertama tau CCL beli di satu kedai ini , tapi sebelum-sebelum ni pun pernah juga singgah untuk beli .



Kecewanya bila hari ini beli nasi kerabu di kedai tersebut rasanya tidak sesedap dahulu . Memang jauh beza . Tapi alang-alang dah beli terpaksa habiskan juga .tak puas juga kali  makan Nasi kerabu daging bakar . Nasinya ok , tak ada lembik , daging pun ok sedap terasa perapan ramuan herba dalam daging tersebut . Cuma bahan-bahan di dalam nasi kerabu seperti ulam sayur dan terutamanya sos pedas nasi kerabu memang fail sangat .Boleh la sekadar mengenyangkan perut yang lapar . Syukur rezeki Allah Taala yang berikan . 

HANDMADE BOUQUET TUDUNG BAWAL

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


HANDMADE BOUQUET TUDUNG BAWAL Hari ini hari terakhir rakan sekerja CCL bekerja , esoknya dia dah mula meletakkan surat jawatan untuk berhenti kerja atas sebab peribadinya . Sudah lama juga CCL dan juga rakan sekerja bertahun-tahun lamanya , sedih juga atas pemergiannya , sunyi pulak rasanya .memandangkan hari ini hari terakhir beliau , CCL pun ada beri satu hadiah tanda kenang-kenangan . paling penting hadiah tersebut hasil kerja tangan CCL sendiri . 


Dua hari lepas CCL godek - godek aplikasi Shopee , dapat juga CCL membeli dua helai tudung bawal Fareha . plan tu untuk buat bouquet , sebab sebelum ni CCL pernah buat bouquet shawl untuk kakak CCL , kalau korang yang belum tengok hasil gubahan pertama CCL , korang boleh tengok entri ini GUBAH SENDIRI SHAWL MENJADI BOUQUET . dah tengok ? macam mana hasilnya ? Petang semalam , alhamdulillah parcel berisi tudung elamat dihantar oleh abang J&T . Risau juga kalau -kalau penghantaran lambat tak sempat nak buat . 


BOUQUET SELENDANG,BOUQUET TUDUNG BAJET MURAH,BOUQUET BAJET MURAH,TUTORIAL BOUQUET TUDUNG,BOUQUET,BOUQUET TUDUNG MINIMALIST,BOUQUET TUDUNG BAWAL,


disebabkan kekangan masa , CCL sempat buat bouquet tudung kali ini yang simple sahaja , sangat minimalist tanpa sebarang bunga-bungaan yang terselit . nak buat bouquet ni tak ada lama ambil masa yang lama . sempat juga ia siap pada pagi tadi, berbekalkan bahan wrapping paper , ribbon , getah dan juga tudung dah siap . untuk first try macam CCL ni of course la kena berguru dengan tutorial yang di google  . akhirnya menjadi juga , agak kecil sedikit sebab kekangan masa untuk nak adjust kelopaknya supaya menjadi besar . 


BOUQUET SELENDANG,BOUQUET TUDUNG BAJET MURAH,BOUQUET BAJET MURAH,TUTORIAL BOUQUET TUDUNG,BOUQUET,BOUQUET TUDUNG MINIMALIST,BOUQUET TUDUNG BAWAL,


pada pandangan korang , macam mana bouquet kedua yang CCL try buat ni ? adakah cantik atau sederhana cantik . banyak perlu diperbaiki dari segi kekemasan terutama masa nak letak wrapping paper tersebut . insyaAllah lama kelamaan akan menjadi mudah kalau kita dah cuba berkali-kali kan . 



DAPAT NOTEBOOK & KEYCHAIN HANDMADE REZEKI JOIN GIVEAWAY BLOGGER MUMMY AYU

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


DAPAT NOTEBOOK & KEYCHAIN HANDMADE REZEKI JOIN GIVEAWAY BLOGGER MUMMY AYU Bulan November yang lepas ada beberapa rakan blogger mengadakan contest , so CCL tidak terlepas peluang untuk sama-sama memeriahkan contest tersebut sama ada Giveaway mahupun segmen yang rakan blogger adakan , ada masa terluang pasti CCL akan turut serta . 


Dalam beberapa contest , alhamdulillah rezeki CCL terselit melalui Giveaway yang Mummy Ayu anjurkan . Seronok juga kadang-kadang join segala contest yang rakan blogger adakan . Selain dapat eratkan silaturrahim , kenal rakan blogger yang baru , dapat juga hadiah tanda kenang kenangan dari rakan blogger . 



hadiah dari blogger,menang contest, notebook , keychain handmade


Notebook dan keychain handmade merupakan pemberian Mummy Ayu hadiah CCL join Giveaway yang dianjurkan . Notebook yang comel designnya dan juga keychain handmade boleh digantung pada beg mekap tak pun beg telekung . 


Terima kasih Mummy Ayu atas pemberian hadiah berikut . CCL doakan semoga Mummy Ayu sekeluarga dimurahkan rezeki seluas lautan didunia . Aamiin.aamiin ..


Korang yang masih belum kenal-kenal blogger Mummy Ayu korang boleh la kunjung ke blog beliau http://mummyayu.blogspot.com



SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM

 Assalamualaikum dan salam sejahtera



SAFI MALAYSIA,SAFI YOUTH GOLD,PRODUK SAFI MALAYSIA,BEAUTY BLOGGER,BEAUTY,SAFI,REVIEW,SKINCARE SAFI,BLOGGER REVIEW,SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM , SAFI YOUTH GOLD 24K LIFTING SERUM CLEANSER


SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM Wanita dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan . Macam-macam cara dan tips dilakukan supaya memastikan diri nampak anggun muda tidak makan usia. Tak naklah umur masih lagi muda tapi wajah nampak tua .Pendek kata tak nak nampak tua . Takut kan ? Memenuhi hasrat wanita yang sentiasa mahukan  wajah yang tampil bermaya dan meremajakan wajah , Safi Malaysia kini memperkenalkan produk penjagaan kulit dengan produk Safi Youth Gold dengan formulasi baharu. Rangkaian baharu antipenuaan dan menganjal Safi Youth Gold dengan formulasi dipertingkatkan dari Safi Rania Gold.



SAFI MALAYSIA,SAFI YOUTH GOLD,PRODUK SAFI MALAYSIA,BEAUTY BLOGGER,BEAUTY,SAFI,REVIEW,SKINCARE SAFI,BLOGGER REVIEW,SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM , SAFI YOUTH GOLD 24K LIFTING SERUM CLEANSER


Safi Youth Gold memperkenalkan dua item terkini dalam rangkaian yang membantu mengurangkan masalah penuaan kulit seperti dagu berganda & kulit kendur yang berpotensi mengurangkan

keyakinan terhadap wanita moden masa kini iaitu :

-Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser

-Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum



SAFI MALAYSIA,SAFI YOUTH GOLD,PRODUK SAFI MALAYSIA,BEAUTY BLOGGER,BEAUTY,SAFI,REVIEW,SKINCARE SAFI,BLOGGER REVIEW,SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM , SAFI YOUTH GOLD 24K LIFTING SERUM CLEANSER


Fungsi 

➡Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur.

➡Mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit.

➡Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus

➡Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa.

➡Formulasi tidak melekit/berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit.

 

➡Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit:

- Menegangkan kulit

- Meningkatkan keanjalan

- Mengurangkan garis halus & kedutan

- Meningkatkan kelembapan kulit

- Melindungi kulit dari pengoksidaan

- Meningkatkan kehalusan kulit

- Memperbaiki kulit rosak Berdasarkan ujian saintifik & klinikal. 



SAFI Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser


SAFI MALAYSIA,SAFI YOUTH GOLD,PRODUK SAFI MALAYSIA,BEAUTY BLOGGER,BEAUTY,SAFI,REVIEW,SKINCARE SAFI,BLOGGER REVIEW,SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM , SAFI YOUTH GOLD 24K LIFTING SERUM CLEANSER


-Pembersih wajah diformulasi dengan 24K serum emas yang lembut dan menganjal. 

-Mengandungi bahan aktif yang mengembalikan keremajaan iaitu Triple Gold, Asid Hialuronik Super dan formulasi Anti PM2.5 dapat membersih dengan lembut sambil menghidrat secara intensif dan menganjal agar kulit tampak lebih halus, terhidrat dan anjal.



SAFI MALAYSIA,SAFI YOUTH GOLD,PRODUK SAFI MALAYSIA,BEAUTY BLOGGER,BEAUTY,SAFI,REVIEW,SKINCARE SAFI,BLOGGER REVIEW,SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM , SAFI YOUTH GOLD 24K LIFTING SERUM CLEANSER


-Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal.


-Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.


-Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.


-Triple Gold – Melindungi kulit dari radikal bebas, meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.


-Asid Hialuronik Super – Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan, menghidrat dengan intensif dari dalam dan meningkatkan keanjalan kulit agar terhidrat dan anjal.



SAFI Youth Gold Lifting Golden-C Duo Serum


SAFI MALAYSIA,SAFI YOUTH GOLD,PRODUK SAFI MALAYSIA,BEAUTY BLOGGER,BEAUTY,SAFI,REVIEW,SKINCARE SAFI,BLOGGER REVIEW,SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM , SAFI YOUTH GOLD 24K LIFTING SERUM CLEANSER

-Formulasi serum ringan dan berkesan yang diperkaya dengan kuasa Aktif Duo Age-Correcting iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3


-memberikan pembaharuan Keremajaan Kulit 7D dengan menegangkan kulit, meningkatkan keanjalan, melindungi kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit dan memperbaiki kulit rosak. 

-Kulit kelihatan lebih tegang seawal 15 minit agar lebih muda, anjal dan berseri.



SAFI MALAYSIA,SAFI YOUTH GOLD,PRODUK SAFI MALAYSIA,BEAUTY BLOGGER,BEAUTY,SAFI,REVIEW,SKINCARE SAFI,BLOGGER REVIEW,SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM , SAFI YOUTH GOLD 24K LIFTING SERUM CLEANSER

-Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal.


-Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran berbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.


-Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.


-Ceramide 3 – Menguatkan lapisan kulit untuk mengunci kelembapan, menghaluskan tekstur kulit dan meningkatkan seri wajah.


Baca juga : Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum



Kalau korang nak dagu runcing & muka tirus boleh beli sekarang di cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring 

serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada. 



SAFI MALAYSIA,SAFI YOUTH GOLD,PRODUK SAFI MALAYSIA,BEAUTY BLOGGER,BEAUTY,SAFI,REVIEW,SKINCARE SAFI,BLOGGER REVIEW,SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM , SAFI YOUTH GOLD 24K LIFTING SERUM CLEANSER

Lifting    Golden    C    Duo    Serum    (RM59.00)- https://bit.ly/3izM0fm

Lifting    24K    Serum    Cleanser (RM19.80)    - https://bit.ly/3FpssEj



THERMOS VACUUM FLASK DARI BLOGGER FIEZA SANI


Assalamualaikum dan salam sejahtera .



THERMOS VACUUM FLASK DARI BLOGGER FIEZA SANI Awal bulan November , CCL ada terima bungkusan dari Abang J&T . Bungkusan berikut datangnya dari Blogger Fieza Sani . Alhamdulillah rezeki penghujung bulan Oktober lepas , blog CCL tersenarai sebagai Top Comentators Oktober 2021 melalui blog beliau.Sebagai tanda penghargaan , Sis Fieza Sani kirimkan hadiah berupa thermos vacuum flask . Sebenarnya sudah beberapa minggu CCL terima hadiah dari Sis Fieza Sani . Hari ini baru sempat create entri berkenaan tanda terima kasih untuk beliau . 



hadiah dari blogger,MENANG TOP KOMENTATOR, THERMOS FLASK , THERMOS VACUUM FLASK, CUSTOM NAME THERMOS VACUUM FLASK


Ini dia wajah Thermos vaccum flask pemberian sis Fieza Sani . Gabungan warna hitam dan juga warna keemasan yang nampak cantik , elegent dan ekslusif menjadikan flask ni nampak mahal . Jenis tulisan pada flask tersebut sangat cantik menarik dan tertera dengan nama CCL . Design yang simple tetapi sangat menarik dan cantik . Lepas ini boleh la isi air bawa pergi ke office . 


Terima kasih Sis Fieza Sani atas pemberian hadiah tersebut . CCL doakan semoga Sis Fieza Sani sekeluarga dimurahkan rezeki seluas lautan didunia, rezeki seluas langit . Aamiin .aamiin . 


Untuk korang yang belum kenal blogger Fieza Sani . Boleh terjah ke blog beliau . 

https://www.fiezasani.xyz/



"CIKONG PADU" MEMANG BETUL-BETUL PADU


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


"CIKONG PADU" MEMANG BETUL-BETUL PADU Minuman penyejuk badan Lai Chi Kang atau lebih mudah dipanggil dengan nama Cikong semestinya menjadi pilihan ramai, tambah-tambah lagi kalau bulan puasa memang mudah la nak di cari . Tapi kalau bulan biasa memang susah nak jumpa Cikong ni dijual di kedai-kedai makan . Sekarang kalau nak makan ,segala bahan-bahan Cikong ada dijual hanya balik rebuskan sahaja segala bahan-bahan . 



FOOD, FOOD BLOGGER, LAICHIKANG, CIKONG PADU , FOOD REVIEW , LAICHIKANG PENYEJUK BADAN


Petang tadi kisahnya terlalu satu jalan ni , nampak satu khemah tertera dengan "Cikong Padu" hanya menjual cikong . Disebabkan sudah terlalu lama tidak makan. So CCL mencuba cikong padu tersebut . Namanya cikong padu memang kena dengan bahan-bahan yang diletakkan .Ramuan bahan yang diletakkan memang banyak . Memang berbaloi dengan harga satu tupperware bulat tinggi ini berharga RM5 . Memang puas hati dapat beli cikong padu ni. 

SHOPEE 11SEN : CASING HANDPHONE MURAH DENGAN DESIGN COMEL

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


SHOPEE 11SEN : CASING HANDPHONE MURAH DENGAN DESIGN COMEL  Kembali lagi dala slot "shopee murah" . kali ni CCL nak share dengan kotang pembelian barang serendah 11sen .  memandangkan sale bulan 11 iaitu Shopee 11.11 tak lepaskan peluang untuk checkout item yang ada dan berbaloi untuk kegunaan . 


BAGAIMANA MENDAPATKAN DISKAUN DARI SHOPEE,CASING HANDPHONE . CASING HANDPHONE YANG MURAH,CASING TELEFON DI SHOPEE,CASING HANDPHONE MURAH,SHOPEE 11SEN,SHOPEE,SHOPEE 11.11,

kali ini CCL dapat checkout satu casing phone dengan harga 11sen . percaya atau tidak wajiblah percaya . pembelian semasa Shopee 11.11 , free shipping lagi uolss . kalau beli diluar mahu cecah harga RM5 ataupun RM10 . Material silicone dan corak yang simple of course itu pilihan CCL . 


SHOPEE 18SEN : TALI PINGGANG COMEL

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


SHOPEE 18SEN : TALI PINGGANG COMEL Haritu CCL kongsi dengan korang pembelian barang di shopee serendah 18Sen iaitu getah pengikat rambut . Bukan satu barang sahaja tau .. Barang yang kedua CCL dapat checkout dalam shopee sempena shopee 18sen iaitu  tali pinggang.


Tali pinggang murah, tali pinggang comel , racun shopee


Tali pinggang dengan saiz yang agak comel lebarnya .. Material tali pinggang pun setanding dengan harga . , tidak tebal dan tidak nipis  . Kecil molek sahaja saiznya . Boleh gayakan dengan dress ataupun blouse yang sesuai . Pandai gayakan dengan baju mesti ootd jadi cantik . 

SHOPEE 18SEN : GETAH PENGIKAT RAMBUT


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


SHOPEE 18SEN : GETAH PENGIKAT RAMBUT Shopee ni memang tak henti-henti buat Sale  . Geram juga kadang-kadang tu . .18 Oktober lepas shopee ada buat sale 18sen lagi untuk satu barang . Paling best ada penghantaran percuma . So memandangkan 18sen punya pasal , CCL tercheckout satu item iaitu getah pengikat rambut dengan harganya sudah tentu hanya 18sen sahaja . Dengan penghantaran percuma tunggu laa estimated time selama satu minggu barulah barang ni selama mendarat ke Malaysia . 



SHOPEE, SHOPEE 18SEN, SHOPEE HAUL, RACUN SHOPEE,CORAK GETAH IKAT RAMBUT,GETAH IKAT RAMBUT,


Getah pengikat rambut ni banyak design dan warna . Kali ni CCL memilih warna biru bercorakkan polkadot . Materialnya hanya kain biasa, bukan material kain berbulu gebu gebas yer . Sesuai lah dengan harga .  



AISKRIM CORNETTO LOVE ROSE



Assalamualaikum dan salam sejahtera 



AISKRIM CORNETTO LOVE ROSE, HARGA CORNETTO LOVE ROSE , CORNETTO LOVE ROSE , REVIEW, PEMINAT AISKRIM , WALLS MALAYSIA , AISKRIM WALLS MALAYSIA , GAMBAR AISKRIM CORNETTO LOVE PEACH


AISKRIM CORNETTO LOVE ROSE Rata-rata ada yang sudah dapat merasai aiskrim terbaru dari Walls Malaysiaiaitu aiskrim Cornetto Love Rose . Untuk hari ini CCL berjaya juga buat tangkapan aiskrim Cornetto Love Rose . Selalunya out of stock, biasa lah bila baru keluar tengah-tengah panas pulak memang laku keras . tambah lagi dengan design aiskrim yang comel semestinya semua orang tercari-cari akan aiskrim ini . 


Masuk 7-Eleven tempat utama yang ditujui adalah peti aiskrim , Alhamdulillah terisi Aiskrim Cornetto Love Rose dalam peti aiskrim tersebut . So tunggu apa lagi alang-alang stok dah ada di depan mata rugi kalau tak dicuba . So dengan harga Cornetto Love Rose RM3.50 berbaloi juga.


AISKRIM CORNETTO LOVE ROSE, HARGA CORNETTO LOVE ROSE , CORNETTO LOVE ROSE , REVIEW, PEMINAT AISKRIM , WALLS MALAYSIA , AISKRIM WALLS MALAYSIA , GAMBAR AISKRIM CORNETTO LOVE PEACH

Apa yang membuatkan CCL tertarik nak beli aiskrim Cornetto Love Rose ini adalah sudah semestinya nak tengok design Kelopak bunga Ros pada aiskrim tersebut . Adakah indah khabar dari rupa ataupun betul-betul ada kelopak bunga disebalik wrapping aiskrim tersebut . Yes memang bukan indah dari rupa .tetapi designnya betul-betul kelopak bunga . Memang cantik dan menarik sangat . 


AISKRIM CORNETTO LOVE ROSE, HARGA CORNETTO LOVE ROSE , CORNETTO LOVE ROSE , REVIEW, PEMINAT AISKRIM , WALLS MALAYSIA , AISKRIM WALLS MALAYSIA , GAMBAR AISKRIM CORNETTO LOVE PEACH


Untuk pengetahuan korang  flavour aiskrim Cornetto Love Rose tersebut adalah peach dan terdapat dua warna iaitu merah jambu dan putih. Ia juga dilengkapi dengan kon aiskrim coklat dan sirap coklat. Pada asasnya, ia adalah tiga lapisan aiskrim iaitu merah jambu (atas), putih (tengah) dan coklat (bawah).


AISKRIM CORNETTO LOVE ROSE, HARGA CORNETTO LOVE ROSE , CORNETTO LOVE ROSE , REVIEW, PEMINAT AISKRIM , WALLS MALAYSIA , AISKRIM WALLS MALAYSIA , GAMBAR AISKRIM CORNETTO LOVE PEACH


Rasa aiskrim Cornetto Love Rose ini memang sedap dan tak manis sangat , Rasa gabungan sirap bandung dan buah peach memang membuatkan rasanya sedap . Lain dari aiskrim yang lain . Kon aiskrim coklat juga rangup dan penghujung aiskrim korang dapat merasai cairan sos dark coklat yang membuatkan aiskrim tersebut lagi menarik untuk korang cuba . Memang kena dengan selera tekak CCL . 



AISKRIM CORNETTO LOVE ROSE, HARGA CORNETTO LOVE ROSE , CORNETTO LOVE ROSE , REVIEW, PEMINAT AISKRIM , WALLS MALAYSIA , AISKRIM WALLS MALAYSIA , GAMBAR AISKRIM CORNETTO LOVE PEACH


Korang boleh dapatkan Aiskrim Cornetto Love Rose ini di 7-Eleven , Stesen minyak yang terpilih dan mana-mana rangkaian speedmart yang terpilih . 



MUMMY AYU'S BIRTHDAY GIVEAWAY

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


MUMMY AYU'S BIRTHDAY GIVEAWAY


GIVEAWAY , PLANNER BOOK


Lagi dua bulan InsyaAllah kita semua akan melangkahkan diri ke tahun 2022 , mudah-mudahan tahun hadapan akan memberi sinar baharu untuk kita semua teruskan kehidupan , Apabila melangkah masuk ke 2022 ni , pastinya akan ada diantara korang yang memiliki sebuah 'Planner Book" yang yang membolehkan korang merancang aktiviti harian korang dalam planner book . 

korang belum ada lagi Planner book ? jom sama-sama kita meriahkan 'Mummy Ayu's Giveaway' , ada rezeki jadi pemenang korang akan memiliki sebuah Planner book yang sangat cantik  . 

 nak tahu syarat untuk join Mummy Ayu's Giveaway korang boleh tekan link pada banner yang comel di atas