Assalamualaikum dan salam sejahtera
GIVEAWAY #BUSYRAKONGSIREZEKI WANG TUNAI RM100 Hai para pembaca blog CCL . Agak lama betul CCL berhenti untuk join sebarang contest segmen mahupun giveaway yang dianjurkan rakan blogger akibat kekangan masa . Di awal bulan September ini alhamdulillah mula bersemangat nak support contest rakan blogger . Antara contest yang tengah berjalan mencari pemenang sekarang ini adalah dari blogger Busyra .
Blogger busyra tengah adakan contest "Giveaway #BusyraKongsiRezeki" Wang Tunai RM100
Syarat-syarat penyertaan:
1. Follow blog busyratakiyudin
2. Like facebook page Y.ra Printing
3. Buat 1 entri "Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100"
4. Copy & paste banner di atas dan link kan ke entri ini
5. Dalam entri tersebut, nyatakan 1 entri lain yang korang suka dalam blog busyra
6. Komen link penyertaan korang di ruangan komen
Pemilihan Pemenang:
Setiap penyertaan akan disemak oleh busyra sendiri dan bagi yang memenuhi semua syarat diatas barulah dipilih secara random.. Pemenang akan menerima wang tunai sebanyak RM50 x 2 orang. Giveaway ini berlangsung dari 30 Ogos 2021 sehingga 10 Sept 2021..
Entri yang paling suka dalam blog Busyra .
Sebenarnya bila CCL masuk le dalam blog Busyra teliti setiap entri yang si Busyra ini post memang tak jemu-jemu untuk membaca . Cara penulisan yang santai dan terselit sedikit tips dan juga info yang berguna . Pendek kata tidak membosankan .
Dan entri yang paling CCL suka baca melalui blog Busyra adalah entri berkisahkan "Perkembangan blog dari dahulu hingga sekarang" .
CCL paling suka baca rentetan perkembangan blog seorang blogger dari mula-mula terjebak ke dunia blogging sehinggalah ke sekarang . Kadang-kadang bila baca blogger-blogger yang dah berjaya boleh dijadikan sebagai salah satu inspirasi atau dorongan untuk CCL berjaya juga . Nak cipta sesebuah blog bukan satu perkara yang mudah . Kena usaha dan kena post entri-entri yang dapat menarik perhatian pembaca .
Si blogger Busyra start create akaun blogger sejak tahun 2010 . Ini bermakna blog Busyra dan blog CCL sama-sama naik menapak dalam dunia blog . Start tahun 2015 si Busyra dah ada domain blog sendiri , manakala blog CCL sehingga sekarang masih lagi menapak sebagai "blogspot" . Hari itu ada terfikir juga nak pakai domain sendiri .
Tahun 2017 blog si Busyra dah jana income dari adsense , manakala blog CCL pulak tahun 2021 baru diapprove untuk bersama-sama adsense . Nampak tak jauh lebih bagus blog Busyra berbanding blog CCL walaupun sama-sama menapak .
Dari segi entri blog si Busyra memang tidak membosankan . Segala tips, review, tutorial dan info memang dapat membantu new beginning blog dan juga blogger-blogger yang dah lama menapak seperti CCL .
Untuk korang yang nak join contest si Busyra ini boleh tekan link di atas . Si Busyra mencari 2 orang pemenang melalui contest ini . Mana tahu kalau-kalau terselit rezeki untuk menjadi salah sorang pemenang kan ..
Tarikh tamat contest : 10 SEPTEMBER 2021