Pokok Duit-Duit Melekat Pada Batang Pokok

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Pokok Duit-Duit Melekat Pada Batang Pokok Balik kampung hari tu , menebas halaman dusun dengan rumput yang tinggi paras pinggang  , buang ranting- ranting pokok yang sudah reput dan mati , alih-alih terpandang pada pokok duit-duit yang melekat pada batang pokok .gambar diambil pada batang dan dahan pokok Ciku .

Duit-Duit adalah sejenis tumbuhan yang hidup menumpang pada pokok lain tanpa mendatangkan sebarang mudarat.Duit-Duit atau nama saintifiknya "Drymoglossun Piloselloides Presl" adalah sejenis hidupan subur menjalar dengan akarnya melekat pada kulit pokok besar.Ia membiak melalui spora yang terdapat pada daunnya.


pokok duit-duit , nama saintifik pokok duit-duit

Daun Duit-Duit bersaiz lebih kurang 1sm atau lebih & bertangkai pendek .Bentuknya bulat,tebal & bundar dengan permukaan daun yang berlilin manakala tepinya rata.Daun yang sudah tua berwarna hijau tua.Tumbuhan ini adalah dari jenis tidak berbunga & tidak berbuah.

Seluruh pokok duit-duit berkhasiat sama ada di dalam keadaan segar mahupun yang telah dikeringkan. Apabila direbus,air rebusannya dipercayai dapat menyembuhkan penyakit kuning ,penyakit kelamin ,masalah sembelit ,batuk,keputihan bagi wanita & bagi penyakit kencing bernanah.

Untuk pemakaian di luar badan ,ia dipercayai amat mujarab dalam menyembuhkan penyakit kulit seperti kudis & kurap.Caranya ialah menumbuk daunnya sehingga lumat lalu dilumurkan pada tempat yang sakit.Tanaman herba ini bersifat sejuk,beralkali,tawar & antitoksik.

 


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. walaupun pokok duit duit hidup menumpang khasiat nya luar biasa .

    BalasPadam
  2. Bagus juga air rebusan pokok duit duit ni ye.. mesti ramai jugak tak tahu. Naniey baru tahu..

    BalasPadam
  3. rupanya duit-duit boleh jd ubat kudis.. br tau

    BalasPadam
  4. lama x jumpa pokok ni....masa kecik2 kat kg selalu jumpa & wat main shopping2

    BalasPadam
  5. Dulu masa kecik2 akak suka main pokok duit2 ni..buat main jual2 la, jadikan syiling..hahha...

    BalasPadam
  6. oohhh ada fungsinya pokok duit2 ni rupanya

    BalasPadam
  7. waahhh lain mcm rupanya khasiat pokok duit-duit ni ye

    BalasPadam
  8. nice info.. baru tau yang dia dpt mnyembuhkan penyakit kulit

    BalasPadam
  9. dulu2 kat pokok kelapa selalu ada je pokok ni...

    BalasPadam
  10. anak-anak takut pokok ni, sebab bagitahu duit hantu :D

    BalasPadam
  11. tak tau pulak daun duit2 ni boleh buat ubat penyakit

    BalasPadam
  12. Oh saya baru tahu khasiatnya 😍. Dah sering lihat tanaman ini, tapi dulu zaman kecil hanya dibuat utk main masak2 dengan teman 😅 . Ternyata banyak khasiat yaa

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan