Filem : The Road

 

Assalamualaikum & salam sejahtera 


Filem : The Road Filem jenayah thriller ini menceritakan kisah Meera ( Trisha) hidup bahagia bersama suaminya, Anand dan anaknya Kavin. Mereka telah merancang untuk meraikan sambutan hari lahir Kavin di Kanyakumari, tetapi disebabkan Meera yang baru hamil dua bulan, berisiko untuk berada dalam perjalanan yang jauh. Jadi Meera tak dapat ikuti percutian ke Kanyakumari.

filem the road 2023 , sinopsis filem the road 2023 , tonton online filem the road 2023


Malangnya, Anand dan Kavin maut dalam kemalangan jalan raya. Meera pengsan dan koma selama dua minggu, dia juga mengalami trauma dan hampir b*nuh diri apabila mengetahui yang bayi dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan. Kini tinggallah Meera seorang diri. Meera mengajak kawan baiknya, Uma menemaninya melawat kawasan kemalangan Anand dan Kavin. Semasa mereka ingin pulang, kereta mereka mengalami masalah dan mereka di bantu oleh Kaaturosa yang membawa mereka pulang ke rumah. Ayah Kaaturosa memberitahu yang jalan tersebut, NH 44 kerap mengalami kemalangan. Semasa di rumah Kaaturosa, Meera tak dapat lelapkan mata dan dia pergi berjalan kaki ke kawasan kemalangan yang dia alami oleh mendiang suami dan anaknya.
Semasa dia ke sana, dia menyaksikan sebuah kemalangan kereta, dia cuba menyelamatkan mangsa kemalangan, cuba menahan kereta yang lalu lalang tapi tak ada kereta yang berhenti. Meera kembali ke kereta dia yang rosak, untuk mengambil botol air tetapi dia lupa dia tak bawa kunci kereta, sekembalinya dia ke tempat kemalangan kereta tadi, kereta tersebut hilang. Bukan mangsa je hilang, kereta pun hilang. Pelik. Meera membuat laporan polis dan minta polis menyiasat mengenai kemalangan tersebut.
Pelik dengan misteri kemalangan kereta tersebut, Meera cuba menyiasat , rupanya kemalangan tersebut ada kaitan dengan kemalangan yang di alami oleh mendiang suami dan anaknya.
Filem ni sesuai di tonton seisi keluarga. Duit mampu mengubah diri manusia yang berprinsip, dahulunya sangat mementingkan maruah, kini bila jadi hamba duit, maruah diri tergadai. Macam macam perasaan bila menonton filem ni, ada babak sedih, ada babak rasa nak maki je


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. menarik juga sinopsis CCL. saya suka filem genre macam ni

    BalasPadam
  2. menarik la jalan citer dia..skrg tgh layan KDrama, habis nanti boleh cari citer ni plak

    BalasPadam
  3. jalan cerita menarik ni.. semua rasa nak tgk.. haha

    BalasPadam
  4. menarik jln cerita filem ni

    BalasPadam
  5. Sepertinya menarik kak 👍. Saya penasaran juga apa yg terjadi sebenarnya di sebalik accident. Tak terbayang rasanya jadi meera, harus kehilangan semua anggota keluarga dia kan 😣. terkadang film begini sangat mengaduk emosi

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan