Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Filem : Killer Soup Filem Hindi bergenre "black comedy" jenayah thriller ini di katakan mengambil inspirasi dari kisah benar mengenai kes pembunuhan berkaitan sup. Terdapat beberapa kes pembunuhan berkaitan sup dan salah satunya kes pembunuhan yang berlaku pada tahun 2017 . M Swathi Reddy membunuh suaminya Sudhakar Reddy dan membakar mayatnya dengan bantuan kekasihnya Rajesh. Dia kemudian cuba meyakinkan keluarga Sudhakar bahawa Rajesh adalah Sudhakar dengan mencurah asid ke mukanya dan membawanya ke hospital untuk pembedahan plastik. Bagaimanapun, apabila keluarga Sudhakar menawarkan Rajesh sup kambing, dia enggan mengatakan bahawa dia vegetarian. Ketika itulah mereka menyedari bahawa lelaki di hadapan mereka bukanlah Sudhakar kerana dia sangat menyukai daging.
Kes tersebut ada sedikit persamaan dengan siri yang mempuyai 8 episod ini yang mengisahkan Swathi Shetty (Konkona Sen Sharma ) isteri kepada Prabhakar Shetty ( Manoj Bajpayee ) seorang ahli perniagaan yang tak berjaya dalam perniagaan. Pelbagai perniagaan dia buat, yang terbaru dia ingin meminta dana dari abangnya untuk membuka resort. Swathi memujuk suaminya agar membuka sebuah restoran untuknya. Dia sudah pergi ke kelas masakan selama 3 bulan untuk menunjukkan yang betapa seriusnya dia ingin membuka restoran sendiri. Hampir setiap hari dia masak sup kaki kambing tapi mungkin dia tak ada bakat dalam bidang masakan kerana sup yang dia masak tak sedap, suaminya hanya pura pura suka makan sup Swathi tapi di belakang Swathi, dia buang sup tu ke tong sampah.
Dalam diam, Prabhakar mengupah penyiasat persendirian menyiasat isterinya dan alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui yang Swathi curang di belakangnya, menjalinkan hubungan cinta dengan Umesh Pillai ( Manoj Bajpayee) yang seiras dengan mukanya cuma bezanya Umesh ni matanya juling. Berlaku pertengkaran antara mereka bertiga dan Prabhakar maut. Dan bermula lah rancangan Swathi menjadikan Umesh sebagai Prabhakar. Demi cinta, Umesh sanggup biarkan Swathi letak asid ke mukanya walaupun pada awalnya dia berasa takut. Semuanya di lakukan demi Swathi, dia nak Swathi gembira. Setelah kematian Prabhakar, barulah Swathi tahu banyak rahsia yang Prabhakar , Umesh dan orang disekelilingnya sembunyikan darinya dan hidupnya menjadi huru hara.
Adakah Swathi berjaya memasak sup yang sedap dan membuka restoran? Drama ni memang awal awal dah tunjuk siapa penjenayah , tak perlu nak teka siapa penjenayah . Pihak polis hampir buntu nak selesaikan kes ni, setiap kali polis jumpa bukti, sesuatu terjadi dan Swathi terlepas. Drama ni tak sesuai di tonton seisi keluarga.
Sejauh mana anda sanggup bekorban demi cinta? Adakah pengorbanan anda berbaloi atau akhirnya di khianati? Kalau memang CINTA, jujur je la cakap masakan yang pasangan anda masak tu sedap atau tak. Kalau kurang sedap, cakap elok elok, masin ke kurang perisa ke supaya dia boleh perbaiki masakan dia, tak la dia syok sendiri sampai nak buka restoran .
Selepas habis menonton siri ni , saya pun keliru , adakah saya menonton drama ni sebab sup kaki kambing atau Manisha Koirala? Apa kaitan Manisha Koirala dengan siri ni? Nak tahu kenalah tonton siri ni.. Dan mungkin akan ada pelbagai pendapat tentang drama ini.
5 Ulasan
bookmark dulu. nti kena tengok ni hehe
BalasPadamrasa macam dah lama manisha koirala x berlakon...
BalasPadamkenapa sup?
kenapa bukan kari?
Kena masuk dalam list ni.. tengok pelakonnya best2..
BalasPadamOk masuk list..
BalasPadammasukkan dalam wishlist dulu la..
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan