Lain Orang Lain Cara

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Lain Orang Lain Cara Ada orang bila marah dia diam seribu bahasa. Ada orang bila ketawa dia kuat. Ada orang bila menangis dia temui kesabaran, kekuatan dan kepuasan. Ada orang hanya diam boleh tenangkan hatinya.


Ada orang jenis kalau tak puas hati, dia tanya juga sampai dia pasti. Ada orang jenis tak puas hati, dia simpan pendam perasaan sendiri. Ada orang jenis marah, dia terus luah supaya rasa itu tak semakin parah. Ada orang jenis marah, dia simpan sorang sampai rasa itu terus membarah. 


Ada orang jenis sedih, dia tak malu menangis sayu mengadu pilu. Ada orang jenis sedih, dia diam-diam sendiri mengongoi tepi bucu. Ada orang kalau dia terasa, dia tak kisah pergi jumpa untuk bertanya. Adaa orang kalau terasa, dia bawa diri bisu membatu seribu bahasa.


Ada orang kalau gembira, dia suka berkongsi kisah satu dunia. Ada orang kalau gembira, dia duk senyum sendiri sorang-sorang diri dia. Ada orang kalau merajuk hati, dia jumpa depan-depan luah rasa yang terbuku. Ada orang kalau merajuk hati, dia diam-diam bawa diri dengan perasaan yang membeku.


Ada orang perangai dia memang suka kongsi semua cerita. Ada orang sikap dia suka simpan segalanya sebagai rahsia.


Setiap manusia sifatnya berbeza.Reaksinya tak sama. Raikan yang berbeza. Fahamkan yang tak serupa.Jangan minta orang jadi kita seperti kekoknya kita menjadi dia.


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Teka saya ni orangnya macam mana? 😅

    BalasPadam
  2. Sesuai dengan peribahasa lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

    BalasPadam
  3. masing2 mempunyai cara tersendiri.. bagi ldy, diam lebih baik.. menyendiri lebih baik.. lari dr situasi yg membingitkan lebih aman..

    BalasPadam
  4. Sebab tu manusia ni unik.. raikan perbezaan personaliti setiap orang...

    BalasPadam
  5. setuju..lain orang lain cara...akak kalau marah akak x suka pendam..nanti jadi penyakit...dan bila dah luah akak jenis cepat lupa..move on..

    BalasPadam
  6. betul tu, lain org,lain caranya.. tak sama setiap org hehehe

    BalasPadam
  7. betul tu.. setiap org ada caranya tersendiri.. tak akan smaa

    BalasPadam
  8. menangis boleh hilangkan tekanan

    BalasPadam
  9. Setujuuu kaaak. Kita harus paham karakter orang tak sama dengan kita. Jadi tak seharusnya terucap, 'gitu aja kok sedih sih'. 'Kenapa harus marah dibilang begitu', 'terlalu sensitif ih, masa langsung marah'.

    Banyaaaak yg seperti itu soalnya. Menganggap semua orang sama seperti dia.

    Saya sendiri kalo marah suka menyendiri dulu, sampai perasaan saya balik ke normal. Baru setelah itu pikirkan langkah selanjutnya.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan